Wednesday, August 27, 2014

Tetap Terbang Tinggi

MH 370 & MH17
Heartbreaking news buat seluruh rakyat Malaysia 
Biarpun bukan ahli keluarga aku yang terlibat aku turut menitiskan air mata 
Bukan setakat aku
Aku pasti seluruh rakyat Malaysia dihimpit pilu, kesedihan dan air mata atas apa yang terjadi
Takziah buat seluruh keluarga mangsa 
Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka 
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul 
Moga Allah memberikan kekuatan ketabahan dan kesabaran buat crew MAS, keluarga mangsa serta kenalan rapat dalam menghadapi kesukaran ini 
2014 meninggalkan lipatan sejarah terhebat kepada seluruh rakyat Malaysia
Sentiasa doakan moga Allah Taala pelihara Malaysia
Tanah Air Tercinta

Dan ini pula kisah untuk aku kongsikan 
Suatu ketika, aku juga punya teman 
Teman yang suka terbang tinggi membelah awan biru 
Membawa muatan barangan dan ratusan penumpang
Khairil Syazareen 
Aku tidak tahu di mana kau berada sekarang
Apapun doaku moga kau sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Taala

Aku simpan lagi 
Gambar-gambar pesawat yang kau hadiahkan serta beberapa coretan video penerbangan. 
Terima kasih. Banyak yang aku pelajari tentang awan biru yang indah.
Aku gembira dengan pemberian ini kerana sekurang-kurangnya aku mengerti begitu indah alam ciptaan Tuhan ini tatkala berada tinggi di awan biru.
Lucu bagi diriku, jadual penerbangan aku menaiki flight pun kau ketahui, Khairil.
Itu sewaktu aku masih belajar di Tanah Melayu.

 


(New)

 

 


Khairil kau katakan suatu hari nanti aku pasti menjadi penumpang pesawatmu.
Aku tersenyum mendengarnya 
Ya, bukankah tugas kau membelah awan biru untuk membawa penumpang ke destinasi mereka. 
Moga apa yang terjadi tidak mematahkan semangat kau untuk terus tetap terbang tinggi menabur bakti kepada orang ramai dengan penuh tanggungjawab
Tidak lupa kepada Kies, selamat menjalankan tugas sebagai juruterbang 

Tetap Terbang Tinggi 

video
Flight To Mulu 

video

video

Flying High (^_^) 
                                                                                       Lots of Love, 

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...