Wednesday, August 27, 2014

Kerana Mereka ... Mungkin kah ?

"Don't have to. You have given me too much food. 
I think you should give to orang miskin kat luar tu better. All the best" 

Allah .. terlukanya hati aku tatkala membacanya. Langsung, penerbangan ke Kuching hampir dua jam pada malam itu, 17 Jun 2014 umpama berjam-jam lamanya. Makanan disediakan oleh pihak syarikat penerbangan juga tidak ku jamah. Aku hanya memerhatikan sahaja makanan di hadapanku. Tiada upaya tiada daya. Perasaanku sedih. Terasa mengalir air mataku. Betapa tidak. Dr adalah antara orang yang aku kagumi dalam hidup ini. 

Kalau dahulu, dr pernah menyatakan kepada aku bahawa giving food is much better than giving things. Betapa sukanya dr bila menerima buah tangan dari aku bila sekembalinya aku dari Tanah Borneo. Bukan bermakna aku membeli jiwa guru-guruku, pensyarah-pensyarahku. Tidak sama sekali. Buah tangan yang sentiasa aku berikan kepada semua guruku, pensyarahku sebagai tanda terima kasih dariku. Itu sahaja dengan harapan semoga mereka dan keluarga mereka gembira dengan buah tanganku yang tidak seberapa. Biarpun, aku bekerja dengan titik peluh sendiri setiap kali cuti semester untuk memastikan aku balik ke Tanah Melayu membawa buah tangan kepada teman-temans serumahku, rakan-rakan sekelas, serta pensyarahku. Namun aku berpuas hati asalkan mereka gembira. 

Kalau dulu, pada permulaan bila orang lain takut akan dirinya .. bagiku dr adalah seorang yang unik. Kawan-kawanku sering mengadu, betapa takutnya kalau dr ni mengajar. Aku suka ketika dr mengajar. Aku sangat meminati kesemua subjek yang diajarnya. Biarpun agak mencabar, namun aku tetap menyukai subjek-subjek beliau. Antara yang pernah beliau katakan kepadaku, 

"You'll f inish next year, I hope you can continue your study at our new institute." 

"Read more and have an open mind, insyaAllah you will achieve your dream" 

Sebenarnya, biarpun ringkas sahaja ucapan beliau. Namun, inilah antara suntikan semangat ketika aku menghabiskan sisa-sisa tahun akhir aku di Usim sebagai pelajar pengajian Akidah dan Agama. Dr sangat sukakan buku. Bahkan hampir kesemua buku, tajuk buku, penulis buku agaknya dalam memori mindanya. Membuatkan aku begitu kagum. 

Aku sempat berjumpa pensyarah-pensyarah lain sebelum aku pulang ke Tanah Borneo. Tapi tidak dr. Mungkin dr sudah tersilap faham. Bahawa sebelum ini hanya dua kali aku berikan buah tangan dari Tanah Borneo itupun selepas tamat semester 6 & 7. Makanan sebelum ini adalah rezeki dr sewaktu kelas dan opis praktikal ku mengadakan jamuan. Lagi, selebihnya adalah dari Asyikin. Aku hanya wakilkan kepada budak junior untuk menyampaikannya kepada dr. Tidak .. bukan aku yang always giving him food. Ya sepatutnya makanan yang patut aku berikan kepada orang miskin. Teruk sangatkah aku ini ? Di Nilai ini aku tidak berjumpa lagi dengan orang yang duduk meminta sedekah, bagaimana itu ? Terlalu tajam ucapan dr. Sedih ! Aku yang bersedih membacanya. 

Aku sedar sewaktu zaman praktikal, berlaku kejadian yang tidak diingini. Aku merasakan aku dan rakan-rakan sepraktikum telah menyusahkan dr dengan masalah remeh kami. Sungguh, aku tidak ingin menyusahkan dr dengan masalah remeh ini kerana itu aku berdiam diri. Tidak aku menyangka tergamak kawan-kawanku menceritakan segala-galanya kepada dr tatkala aku sendiri mendengarnya. Allah. Mataku berair, aku mengenggam erat tanganku menahan amarah. 

Sia-sia. 
Aku mendiamkan diri tentang permasalahan remeh kami kerana aku tidak mahu dr mengetahuinya. Namun, sangkaanku meleset. Terlebih dahulu kawan-kawanku mengkhabarkan segala-galanya kepada dr tanpa bertanya perihal sebenar kepadaku. Lebih menyedihkan, menyakitkan .. seorang kakak. Yang aku sangka adalah seorang kakak yang amat aku kagumi dan sayangi selama ini bukanlah seorang kakak lagi. Dia sudah menjadi orang asing bagi diriku. Terserlah ketidakmatangan si kakak bila mana aku menjadi bahan hinaan di facebook. Manusia. Begitu mudah menilai orang. Lebih dahsyat. Lebih senang menghukum orang dengan hanya mendengar sebelah pihak. Adilkah itu ? 

Kerana nasihat dari Dr R aku berusaha bersabar. Hasilnya, alhamdulillah .. permasalahan remeh itu terlerai sungguhpun aku tersiksa selama tempoh praktikal. Manusia, bijak menghukum tanpa bertanya. Sudahnya aku menjadi pelarian apabila pergi dan balik kerja. Teringat lagi, mujur ada staff yang masih sudi menumpangkan aku ke tempat praktikal bahkan menumpangkan rumah untuk aku berlindung. Dihimpit fitnah, kata-kata umpatan dan prasangka aku berdiam diri walaupun aku keseorangan ketika itu. Orang yang aku sayang, aku percayakan mereka pergi begitu sahaja dari hidup ini. Dan aku merasakan, kala ini biarlah mereka pergi dari hidupku. Kerana pengakhiran aku bersama mereka adalah tidak seindah sewaktu aku mula mengenali mereka. 

Kerana mereka .. mungkinkah ? Mengapa aku merasakan kelainan pada mesej terakhir dr. Mesej yang akhirnya menimbulkan 1001 perasaan yang bercampur baur dalam diri aku. Tiga orang insan yang kalau boleh, aku ingin pergi dari hidup mereka .. kalau boleh aku melupakan mereka dan tidak mengenali diri mereka, kerana sebenarnya aku mudah terluka andai mendengar nama mereka.

Mohon maaf andai yang membaca diari buruk aku ini mungkin terluka .. kerana aku juga manusia. 

                                                                                             Salam Sayang, 



Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...