Wednesday, August 27, 2014

Tetap Terbang Tinggi

MH 370 & MH17
Heartbreaking news buat seluruh rakyat Malaysia 
Biarpun bukan ahli keluarga aku yang terlibat aku turut menitiskan air mata 
Bukan setakat aku
Aku pasti seluruh rakyat Malaysia dihimpit pilu, kesedihan dan air mata atas apa yang terjadi
Takziah buat seluruh keluarga mangsa 
Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka 
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul 
Moga Allah memberikan kekuatan ketabahan dan kesabaran buat crew MAS, keluarga mangsa serta kenalan rapat dalam menghadapi kesukaran ini 
2014 meninggalkan lipatan sejarah terhebat kepada seluruh rakyat Malaysia
Sentiasa doakan moga Allah Taala pelihara Malaysia
Tanah Air Tercinta

Dan ini pula kisah untuk aku kongsikan 
Suatu ketika, aku juga punya teman 
Teman yang suka terbang tinggi membelah awan biru 
Membawa muatan barangan dan ratusan penumpang
Khairil Syazareen 
Aku tidak tahu di mana kau berada sekarang
Apapun doaku moga kau sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Taala

Aku simpan lagi 
Gambar-gambar pesawat yang kau hadiahkan serta beberapa coretan video penerbangan. 
Terima kasih. Banyak yang aku pelajari tentang awan biru yang indah.
Aku gembira dengan pemberian ini kerana sekurang-kurangnya aku mengerti begitu indah alam ciptaan Tuhan ini tatkala berada tinggi di awan biru.
Lucu bagi diriku, jadual penerbangan aku menaiki flight pun kau ketahui, Khairil.
Itu sewaktu aku masih belajar di Tanah Melayu.

 


(New)

 

 


Khairil kau katakan suatu hari nanti aku pasti menjadi penumpang pesawatmu.
Aku tersenyum mendengarnya 
Ya, bukankah tugas kau membelah awan biru untuk membawa penumpang ke destinasi mereka. 
Moga apa yang terjadi tidak mematahkan semangat kau untuk terus tetap terbang tinggi menabur bakti kepada orang ramai dengan penuh tanggungjawab
Tidak lupa kepada Kies, selamat menjalankan tugas sebagai juruterbang 

Tetap Terbang Tinggi 

video
Flight To Mulu 

video

video

Flying High (^_^) 
                                                                                       Lots of Love, 

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Kerana Mereka ... Mungkin kah ?

"Don't have to. You have given me too much food. 
I think you should give to orang miskin kat luar tu better. All the best" 

Allah .. terlukanya hati aku tatkala membacanya. Langsung, penerbangan ke Kuching hampir dua jam pada malam itu, 17 Jun 2014 umpama berjam-jam lamanya. Makanan disediakan oleh pihak syarikat penerbangan juga tidak ku jamah. Aku hanya memerhatikan sahaja makanan di hadapanku. Tiada upaya tiada daya. Perasaanku sedih. Terasa mengalir air mataku. Betapa tidak. Dr adalah antara orang yang aku kagumi dalam hidup ini. 

Kalau dahulu, dr pernah menyatakan kepada aku bahawa giving food is much better than giving things. Betapa sukanya dr bila menerima buah tangan dari aku bila sekembalinya aku dari Tanah Borneo. Bukan bermakna aku membeli jiwa guru-guruku, pensyarah-pensyarahku. Tidak sama sekali. Buah tangan yang sentiasa aku berikan kepada semua guruku, pensyarahku sebagai tanda terima kasih dariku. Itu sahaja dengan harapan semoga mereka dan keluarga mereka gembira dengan buah tanganku yang tidak seberapa. Biarpun, aku bekerja dengan titik peluh sendiri setiap kali cuti semester untuk memastikan aku balik ke Tanah Melayu membawa buah tangan kepada teman-temans serumahku, rakan-rakan sekelas, serta pensyarahku. Namun aku berpuas hati asalkan mereka gembira. 

Kalau dulu, pada permulaan bila orang lain takut akan dirinya .. bagiku dr adalah seorang yang unik. Kawan-kawanku sering mengadu, betapa takutnya kalau dr ni mengajar. Aku suka ketika dr mengajar. Aku sangat meminati kesemua subjek yang diajarnya. Biarpun agak mencabar, namun aku tetap menyukai subjek-subjek beliau. Antara yang pernah beliau katakan kepadaku, 

"You'll f inish next year, I hope you can continue your study at our new institute." 

"Read more and have an open mind, insyaAllah you will achieve your dream" 

Sebenarnya, biarpun ringkas sahaja ucapan beliau. Namun, inilah antara suntikan semangat ketika aku menghabiskan sisa-sisa tahun akhir aku di Usim sebagai pelajar pengajian Akidah dan Agama. Dr sangat sukakan buku. Bahkan hampir kesemua buku, tajuk buku, penulis buku agaknya dalam memori mindanya. Membuatkan aku begitu kagum. 

Aku sempat berjumpa pensyarah-pensyarah lain sebelum aku pulang ke Tanah Borneo. Tapi tidak dr. Mungkin dr sudah tersilap faham. Bahawa sebelum ini hanya dua kali aku berikan buah tangan dari Tanah Borneo itupun selepas tamat semester 6 & 7. Makanan sebelum ini adalah rezeki dr sewaktu kelas dan opis praktikal ku mengadakan jamuan. Lagi, selebihnya adalah dari Asyikin. Aku hanya wakilkan kepada budak junior untuk menyampaikannya kepada dr. Tidak .. bukan aku yang always giving him food. Ya sepatutnya makanan yang patut aku berikan kepada orang miskin. Teruk sangatkah aku ini ? Di Nilai ini aku tidak berjumpa lagi dengan orang yang duduk meminta sedekah, bagaimana itu ? Terlalu tajam ucapan dr. Sedih ! Aku yang bersedih membacanya. 

Aku sedar sewaktu zaman praktikal, berlaku kejadian yang tidak diingini. Aku merasakan aku dan rakan-rakan sepraktikum telah menyusahkan dr dengan masalah remeh kami. Sungguh, aku tidak ingin menyusahkan dr dengan masalah remeh ini kerana itu aku berdiam diri. Tidak aku menyangka tergamak kawan-kawanku menceritakan segala-galanya kepada dr tatkala aku sendiri mendengarnya. Allah. Mataku berair, aku mengenggam erat tanganku menahan amarah. 

Sia-sia. 
Aku mendiamkan diri tentang permasalahan remeh kami kerana aku tidak mahu dr mengetahuinya. Namun, sangkaanku meleset. Terlebih dahulu kawan-kawanku mengkhabarkan segala-galanya kepada dr tanpa bertanya perihal sebenar kepadaku. Lebih menyedihkan, menyakitkan .. seorang kakak. Yang aku sangka adalah seorang kakak yang amat aku kagumi dan sayangi selama ini bukanlah seorang kakak lagi. Dia sudah menjadi orang asing bagi diriku. Terserlah ketidakmatangan si kakak bila mana aku menjadi bahan hinaan di facebook. Manusia. Begitu mudah menilai orang. Lebih dahsyat. Lebih senang menghukum orang dengan hanya mendengar sebelah pihak. Adilkah itu ? 

Kerana nasihat dari Dr R aku berusaha bersabar. Hasilnya, alhamdulillah .. permasalahan remeh itu terlerai sungguhpun aku tersiksa selama tempoh praktikal. Manusia, bijak menghukum tanpa bertanya. Sudahnya aku menjadi pelarian apabila pergi dan balik kerja. Teringat lagi, mujur ada staff yang masih sudi menumpangkan aku ke tempat praktikal bahkan menumpangkan rumah untuk aku berlindung. Dihimpit fitnah, kata-kata umpatan dan prasangka aku berdiam diri walaupun aku keseorangan ketika itu. Orang yang aku sayang, aku percayakan mereka pergi begitu sahaja dari hidup ini. Dan aku merasakan, kala ini biarlah mereka pergi dari hidupku. Kerana pengakhiran aku bersama mereka adalah tidak seindah sewaktu aku mula mengenali mereka. 

Kerana mereka .. mungkinkah ? Mengapa aku merasakan kelainan pada mesej terakhir dr. Mesej yang akhirnya menimbulkan 1001 perasaan yang bercampur baur dalam diri aku. Tiga orang insan yang kalau boleh, aku ingin pergi dari hidup mereka .. kalau boleh aku melupakan mereka dan tidak mengenali diri mereka, kerana sebenarnya aku mudah terluka andai mendengar nama mereka.

Mohon maaf andai yang membaca diari buruk aku ini mungkin terluka .. kerana aku juga manusia. 

                                                                                             Salam Sayang, 



Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Alf Mabruk Azian and Azura


Assalaamualaikum .. geng sk pulo confirm kenal orang puteh dalam gambar tok .. 
Btw, alf mabruk Azian on your second graduation during august graduation ceremony, University of Otago. 
Betul ndak kah english aku tok .. haha gasak jak cya. Boh manas cikgu, ampun k. 
Harap Cikgu Azian faham apa di padah aku. 
Lambat sikit aku nak polah official wish aku dalam diari purple buruk aku tok. Baruk ada kesempatan bah. 
Alhamdulillah, as friend kamek orang suma tumpang bangga dengan ko. Yeah ! 

 

Sik dilupakan kawan kita sorang lagik, Azura. Alf mabruk juak Azura bakal menyambung pengajian. 
Lamak ko pergi sinun. 4 tahun. We gonna miss you, Azura. 
Kamek orang doakan moga Allah permudahkan segala urusan ko dalam kembara ilmu rah sinun. 
Kita skype ka dapat juak ndiat muka ko. Kamek orang mintak maaf awal2 mun selama jadi kawan ko ada kekurangan indah kah. Halal kan makan minum kamek orang. 
Cepat kit balit Sarawak dapat kita berjumpa gik. 


Once again, alf mabruk to Azian and Azura. 

Apapun, kepada semua kawan2 aku doakan moga kita bahagia dan berjaya dengan apa juak yang kita polah, yang kita ceburi dalam hidup tok. 
Yang penting, moga Al-Falah dunia akhirat ya menjadi milik kita suma. Amin. 
InsyaAllah, ikhlaskan niat kita kerana Allah Taala dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada kinek tok dan hari tok. Alhamdulillah. =)

Aku hadiahkan ayat-ayat cinta sebagai penutup kalam aku : 

Firman Allah Taala Surah an-Naml [27:40] : 
"Ini adalah kurniaan dari Tuhanku" 

Firman Allah Taala dalam Surah ar-Rahman [55:13] : 

 
"Renung-renungkan dan selamat beramal" 
(^_^)

p/s : Pinjam gambar ko cikgu Azian, hahah dari whats app bah. Azura aku pinjam surat dari email ko. No worries. People won't get your pic. 
                                                                                                 Lots of Love,  

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Tuesday, August 26, 2014

Geng SK Pulo Raya Lagik

Assalamualaikum .. 

Cerita Geng SK Pulo sikit ... bukan Geng Kampung Pisang ok ! 

Alhamdulillah .. raya 2014 berkesempatan berkumpul bersama ... so aku abadikan kenangan aku di sitok bersama-sama dengan mereka yang tersayang dalam diari purple unik abad tok.


Kembar di belakang dari kiri : Roas & Diana 
Duduk di hadapan dari kiri : Azian, Izzie, Azura, Nazrain, Rafezza & Maszuriana 
Kacak aksesori pakey oleh cdak dalam gambar tok. 

Well, gambar lepas touch up sikit .. heee .. aren't we cute ? 
7 Puteri Kayangan 
Diana sik da dalam gambar tok .. abaikan .. owh la tedah nya lok .. haha .. 
sapa suruh ko ngegeh mok jadi jurugambar tek diana .. 
Mun ada aksesori sik dapat jadi puteri kayangan .. so terpaksa buang dlok aksesori ya. 

Berjarah lok bah .. eksyen da jak .. 

@t Salehah's house with our cute permata hati bersepec kat tengah2 ya.. tkod cnoe ney ow ?
Baruk ku perasan Tkod Cnoe tek sikda kat sitok pas ku post gambar tok ...
apa boleh wat tkod.. ko ampun jak dosa ak .. tangan aku malas nak delete gambar yang sikda gambar ko.

Baruk ada gmbr tkod cnoe ctok .. tapi kenak lah ada kelebar rah baju ko ya tkod ??? wana uren gik ya.

Peace ....
yeah .. spec tkod cnoe juak mengancam dalam gambar tok .. haha .. cute jak orang bujang sorang dalam gambar tok .. peace ..peace ..peace ..


Again  .. and again .. Smile (^_^)


Kisah Pak Somet di hari raya ..
Konon lah mok makan western ari raya tek, last alu menyomet juak lah kmk org ...
apapun Alhamdulillah .. هذا من فضل ربي

Raya @t rumah mem Tkod Cnoe .. aku pun sik tauk pa ndak di keceng tkod rah tengah ya .. 
ada aimy dgn ratna sekali time tok. 


Gambar raya tahun lepas 2013
Gambar lamak tertemu tek .. @t Cikgu Dollah's house time tok .. =) 
Ampey cepat owh dah besar kita .. cikgu dah beruban dah .. 
Rasa gik sekolah rendah marek jak kenak cubit telinga oleh cikgu Dollah tok sbb aku salah jawapan m3. 

Cuba tekak rah cney tok ? Jawab dalam hati drik pun jak k. 

Gambar penutup .. Yg lain boh jeles k sebab gambar biak 3 orang tok tercute abad tok dalam blog aku. 

Kepada yang sik da dalam gambar harap maaf. Icah, lom madak gik bergambar dengan kau koh. 
Hadeh... Tang ada kua sungkey jak posa tek tapi x ingat juak bergambar. 
Mun sik ko merik gambar pasport jak dengan aku cah. Haha.. guro jak bah. 
Rami gik geng Sk Pulo, tp x dapat suma ada dalam gambar tok. 
Ne tauk raya2 akan datang, panjang umur bertemu Ramadhan & Syawal kita bergambar lagik keyh. 
Mun sik pun time kua makan kah kita bergambar lagik k. 
Aku dah sik larat nak ingkah gambar dah tok.  
At least mun gambar dalam simpanan hilang, ada juak k diat dalam diari pupel unik ku yang burok tok. 
Doa aku, mudah2n kasih sayang kita berpanjangan sampey ke akhir hayat kita. 
Selamat malam .. kawan2. Genap hari tok 26 Ogos 2014 bersamaan 30 Syawal 1435 H. 
Post penutup raya. 
Terimalah pantun akhir untuk kitak horang. Yan, mun salah grammar aku ampun k. Haha. 

You .. All of you are the most beautiful flowers in my garden of friendship, 
remain the same forever. 
FRIENDS
We shared smiles
We wiped the tears and through the years
Our friendship has grown along with us
You .. all of you are truly a wonderful part of my life
Thank you for being such a wonderful friend. 
                                                                                                  
                                                                                           Lots of love, 

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...