Thursday, July 18, 2013

Dalam Hujan

Assalamualaikum, 

Hari ini genap seminggu sudah aku bekerja sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Alhamdulillah. Allah Taala hadirkan hujan lepas jerebu menyilau pemandangan di seluruh Malaysia. Sudah beberapa hari ini aku balik ke rumah selesai bekerja dalam keadaan dibasahi hujan. Namun, entah mengapa hari ini perasaan ini menjadi sedih. Secara tiba-tiba aku memikirkan orang yang tak sepatutnya. 

Si Dia .. Sudah berbahagia bersama isteri dan anaknya .. bakal menambah bilangan anak lagi .. khabarnya ...
Entah mengapa, hari ini ... dalam hujan aku menangis lagi. Dua tahun sudah berlalu dan aku berusaha mengusir duka di hati ini .. Aku suka menangis dalam hujan kerana tak seorang pun tahu aku menangis. Itulah hakikatnya hari ini. Hatta melintas jalan raya, air mataku mengalir bersama hujan yang menyembah bumi. Perasaan ini dibuai sedih bila tiba-tiba teringatkan si dia. Bukan kerana aku masih mencintainya. TIDAK ! TIDAK SAMA SEKALI. Cuma aku terasa sakitnya bila dikhianati. Apapun berusaha menanamkan sifat sabar itu. Aku redha dengan ketentuan Allah. Aku yakin itu yang terbaik buat diriku. 



Apapun, aku sentiasa bermohon padaMu Ya Allah agar Engkau kurniakan jodoh yang baik buat diriku. Ingin aku mempunyai seorang suami serta anak-anak yang setia di sisi. Izinkan aku berpeluang untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang sempurna buat suami dan anak-anakku. Moga kesedihan lalu itu adalah hadiah terbaik buat diriku. Salam Ramadhan Kareem. 

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

1 orang sayang saya:

Musafir Senja said...

fira sayang..akak bangga dengan fira, sentiasa kuat..sentiasa berjaya, sentiasa tabah dalam mengharungi hari-hari mendatang..benar dik..akak rindu adik,rindu kenangan kita,rindu keakraban yang pernah kita lalui, rindu dengan gelak tawa yang dihiasi bersama..rindu semua tu..ya Allah, tangan ini tidak mampu menggapai sahabatku ini, aku mohon Kau menjaganya ya Allah,kerana aku tahu, Kau sebaik2 jagaan..
::asmat|comm|2012|usim::

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...