Tuesday, June 18, 2013

Perlu Ke Marah ?

Assalamualaikum

Setelah sekian lama aku tidak menjenguk blog aku ini, berkongsi suka duka ku. Baru hari ini aku berkesempatan. Itupun atas dasar sedih. Sungguh, hatiku terusik lagi. Sukar untuk aku ungkapkan perasaan ini. Bercampur baur antara marah, sedih, geram, terkilan ... Hanya Allah yang mengetahui. Betapa aku cuba memujuk hati ini. Mujur ada teman seperjuangan Khairunnisa' Husbi. Dia mengingatkan aku agar berpada-pada dengan kesedihan ini. Agak terkilan dengan gurauan kawan-kawan hari ini. Pagi2 lagi mood spoil. Ingatkan nak ulangkaji pelajaran tapi aku tak boleh. Aku tak ada mood. 

Acap kali aku dihidangkan dengan soalan-soalan yang sebenarnya agak sensitif dalam diri masyarakat Borneo. Apalagi tentang pemikiran negatif tentang orang2 Tanah Borneo ini. Kami duduk rumah panjang tinggal atas pokok, makan ulat dan macam-macam lagi. Kalau dahulu, ada yang bertanyakan aku, duit kat Sarawak tu sama ke tak dengan duit di sini, Semenanjung ni ? Helo, we're Malaysian ok. Jalan kat sana masih tanah merah berdebu tu ke ? Itu antara soalan yang pernah ditujukan oleh coursemates aku selama belajar di Tanah Melayu ni. Itu aku tak kisah lagi. Itu soalan-soalan yang sudah biasa diajukan kepadaku.

Tapi bagi aku yang ini agak keterlaluan. Agak keterlaluan. 

Dua tiga hari sebelum ni, ada kawan aku yang bergurau, "nanti kalau nak datang ke rumah Fera kita terkejut sebab keluarga Fera semua telinga panjang. Telinga panjang tu sembunyi dalam tudung dia. Pastu, rupa-rupanya keluarga fera cannibal." Aku dalam nada gelak membalas gurauan tersebut dengan bersahaja. Aku layan dan aku biar dan biarkan sahaja gurauan tersebut. Aku biarkan sahaja walaupun sebenarnya hati aku terluka. Aku sengaja untuk bergembira. Aku mengaburi mata semua orang. Ikutkan hati memang aku nak cabut lari je dari situ. Then, 2,3 days later, member ni ajak pergi picninc. Memang, ikutkan hati lagi lah aku tak nak pergi. Apakan daya ...

Namun, 2, 3 hari kemudian bila ada antara kawan2 yang bergurau dalam group whats app. Terus-terang aku tahu ini gurauan semata-mata tapi tidak bagi aku. Ini sensitif. Sudahlah tempoh hari member sorang ni gatal mulut cakap family aku cannibal, nak tak nak telinga panjang. Sedap je cakap ikut mulut dia. Datang pula member lain buat joke yg tak berkenan di hati aku. Kiranya beginilah perbualan mereka, 

Member A : Tiket B kita x belikan. 
Member B : Tak mengapa nanti tinggalkan kita di Sarawak saje.
Member A : Tak apalah sebab muka B macam muka orang murut ... Hahaha
Member B : Jahat nya A .. tak baik taw ..
Bla ... bla..bla .. bla mereka pun bergurau lah .. 

Aku biarkan sahaja untuk 2, 3 hari ini. Tapi pagi tadi aku pun tak faham mengapa aku begitu marah, begitu sensitif... Kesian juga dengan member B. Aku balas whats app tersebut dengan harapan nak katakan tidaklah muka orang Murut itu hodoh. Aku katakan, "jangan main2 kebiasaannya tak kisah lah apa2 etnik, mana2 suku kaum x kisah bidayuh, iban, melanau, murut ke .. semua mereka cantik2. Mereka sweet. Rata2nya begitulah."

Aku cakap lagi, "rata2 cantik je sebab aku ramai kawan2 pelbagai etnik ni."

Bukan nak memuji or melebih-lebihkan sesiapa. Tapi jawapan ini adalah jalan untuk aku menutup gurauan ini sebenarnya. Jawapan untuk aku menutup kemarahan aku. 

Tiba2 member A aku katakan, "Nak tak nak lagi2 org Sulu kan ? Orang murut tak cantik. Hahaha"

Member B aku membalas, 'Wahai kakak Sulu, I'm Malay ok." 

Dalam hati aku terdetik rasa sedih, "dia tahu ke tidak orang Murut tu orang mana ? Siapa mereka ?". Orang Murut sebenarnya menetap di Sabah bukan Sarawak." ... Bukan topik cantik atau tidak yang berlegar di kepala aku. Tapi aku letakkan diri aku sendiri di tempat kaum Murut. Bayangkan kalau mereka orang Murut sendiri yang mendengarnya. Kedua, cantik itu subjektif. Bukanlah aku nak katakan orang2 Sarawak ni cantik. Takkk.. Bukan begitu. Setiap orang Allah kurniakan kelebihan dan bersyukurlah kita menjadi siapa diri kita hari ini. 

Akhirnya, aku membalas whats app tersebut. Aku katakan,
"Kalau2 terdengar kaum lain katakan kaum Melayu ini macam apa, entah apa2 .. amacam ? Tak sedap juga nak dengar kan ? Tak kisahlah kaum apa pun, etnik apa pun, manusia jugak."

Mengakhiri komen lantas aku tutup telefon. Aku tak tahu mengapa tapi aku tidak ingin membalas lagi. Aku tidak ingin untuk memberikan sebarang ulasan. Aku terkilan. Aku tahu itu gurauan semata-mata, tapi tidak bagi aku. Aku terkilan, terkilan dan terkilan. Aku marah, sememangnya aku marah dan aku marah.

Aku menunggu lagi .. Sehingga ke sebelah petang baru aku ada kekuatan untuk melihat handphone.

Notification whats app berbunyi ... segera aku buka. Sebenarnya aku enggan melihat, takut aku kecewa dan lebih terluka dengan gurauan mereka. Aku sebenarnya, ikutkan hati aku dah rasa nak memaafkan tetapi ...

Bila aku terbaca,

"Saya tak bersalah dalam hal nie"

Memang hati aku luluh. Aku segera leave group. Ini lebih baik. Terngiang2 di telinga aku, apabila lecturer aku katakan lebih baik berdiam diri dalam beberapa keadaan, diam bukan bermakna sombong. Diam untuk aku bermujahadah menahan marah sebenarnya. Memang aku marah.

Dalam beberapa hari ni, aku lebih selesa mendiamkan diri. Aku tahu aku tak sepatutnya bersikap begini. Tapi aku betul2 tak mampu nak berbuat apa2. Diam lebih baik. Diam dan diam. Pada masa yang sama, dua hari berturut-turut kawan yang cop keluarga aku cannibal tu hubungi aku. Aku tahu ada perkara yang dia perlukan pertolongan aku. Aku terasa pelik. Sudah aku katakan kepada kawan2 terdekatku jangan beri no telefon aku kepada kawan yang cop keluarga aku cannibal. Aku dah jadi tak ada mood nak layan semua orang. Memang aku off handphone. Malam sebelumnya, si member A ada whats app aku sebelum kejadian aku reply message di whats app. Aku marah sebenarnya selepas dari apa yang aku baca di whats app. Namun aku sembunyikan perasaan marah tu. Tapi esoknya, bila terbaca, "Saya tak bersalah dalam hal nie"

Yes, memang aku marah yang tak terbendung.

Mungkin ada antara kawan2 aku yang salah faham melihat muka aku bersahaja. Melihat aku diam. Aku mendiamkan diri untuk beberapa hari. Tapi apa aku mampu buat ? Aku memang sombong. Memang aku sombong. Aku sombong.

Kalau segala bentuk gurauan tersebut di tempat aku, memang aku jamin orang akan angkat parang punya. Memang menempah maut kalau bergurau begitu. Kalau dengan aku, aku setakat marah. Tapi kalau ke sana, dek didengarnya orang sana ? Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Keluarga aku pun terdiri dari kaum lain. Ada bidayuh, ada Iban, ada Melanau. Kawan2 aku ramai dari pelbagai etnik. Agaknya, kalau mereka sendiri berjumpa dengan my family and my friends ? Berguraulah begitu, agak-agak jika kepala tak hilang. Aku tahu mungkin bagi kawan2 aku, gurauan je. Tak kan bergurau begitu pun salah ? Mungkin ini dalam fikiran mereka. My answer is simple, just think that you're in my place. Aku datang ke sini, belajar and try to live well with people around here. Making some friends and I do love all of my friends. I do love them very much. Having our joyful and sadness together. I never think that this could happen to us. To me. Is it a mistake if I'm not Malay ? Is it a mistake that I'm from Borneo ? Am I Malaysian or not ?

Aku tak ingin begini. Aku dah lali dengan penghinaan yang orang lemparkan kepada kami orang Borneo.  Kawan-kawan, even its a joke, but remember its not just a joke. Joke among them, but not ME ! Kerana sayang aku ingin memberi peringatan untuk diri aku sendiri, kerana sayangkan kawan-kawan kadang-kala aku kena bertegas jangan bermain perkara yang nampak simple di mata mereka tapi tidak bagi aku, tidak bagi kami orang Borneo.

Aku tak kisah kalau nak bergurau apa sekalipun tapi tolong jangan bergurau anything berbaur perkauman dengan aku. Cantik tak cantik ? Anything melibatkan keluarga. Keluarga aku cannibal and bertelinga panjang. Instead of making jokes like that its not funnny but its how you look the creation of others at the lower place. Never forget, the One who creates us. Do the people with their long ears could choose for not being born in their race ? Kita boleh memilih ke untuk tidak dilahirkan dalam satu-satu etnik ? Its very bad also to think that we're cannibal. Aku tak suka ! Aku sangat2 tak suka ! Truly, Sabahan & Sarawakian we're not upon our race only but we take care of all races.That's us ! All races !

It Should Be Mutual Respect Not Only One Sided Respect ! 

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

6 orang sayang saya:

Anonymous said...

Sejujurnya, kalau saya di tempat saudari pun saya akan marah. I agreed. It should be mutual respect not only one sided respect !

Aku Anak Sarawak said...

Saya pun orang Sarawak juga. Saya faham apa yg penulis ni rasakan. Tapi agak keterlaluan kalau gurauan tu menyentuh tentang perihal keluarga dan kaum. Cuba empathy sikit, letakkan diri anda sebagai individu yang hidup dan bergaul rapat dengan kaum lain. Ia bukan sebab anda Malay dan menjadikan kaum lain itu sebagai gurauan. Itu tidak sepatutnya.

Ad said...

Murut itu di Sabah bah ... the 3rd largest population in Sabah .. lain kali jangan bergurau fakta salah owww ... apapun appreciate it, fera for feeling empathy even Murut are not Sarawakian.

Anonymous said...

Sabar

Anonymous said...

IT SHOULD BE MUTUAL RESPECT AND NOT ONLY ONE SIDED RESPECT !

sars azhar said...

long story yet interesting .
sgt setuju .
follow me .
http://sarsazhar.blogspot.com/
:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...