Friday, July 6, 2012

Saja Nak Menulis

Assalamualaikum my beloved reader, 

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya x update blog ni. Akhirnya baru kali ni berkesempatan nak update. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia saya hingga ke hari ini dan saya harapkan agar saya masih dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini. Sekarang dah masuk 17 Sya'ban. Menunggu masa ketibaan bulan Ramadhan menghampiri kita. InsyaAllah. (^_^)

Sekarang, saya dah berada di kampung halaman setelah lebih kurang menghabiskan setengah tahun di universiti untuk satu semester. Cuti semester katakan. Membuatkan saya tersenyum bila tibanya cuti. Inilah masa untuk saya merehatkan seketika diri setelah penat berhempas-pulas dalam kesibukan mencari ilmu. Sebaik sahaja, kapal terbang hampir mendarat di lapangan terbang, saya tersenyum bila menyaksikan panorama yang indah dari atas kapal terbang. Dalam hati, "Alhamdulillah, akhirnya aku kembali semula di tanah kesayanganku".

Saya akui semester ini agak padat ditambah lagi dengan subjek kursus yang agak "boleh tahan" isu perbincangannya, cuma harapan saya agar kali ini saya masih lagi mengekalkan keputusan cemerlang setiap semester. Ya Allah, lembutkanlah dan lapangkanlah hati pensyarah-pensyarah ku sewaktu menyemak kertas Imtihanku. Permudahkanlah urusan mereka dalam menerima hujah-hujah dan jawapan yang aku lontarkan dalam kertas jawapan Imtihan. Amin. 

Dalam kesibukan menghadapi Imtihan, setiap kali menghampiri satu paper saya pasti akan menghubungi ibu. Sudah menjadi kebiasaan saya semenjak sekolah menengah lagi. Dalam pada itu, terasa lucu + terkejut juga bila ibu khabarkan yang keluarga kami akan menerima anak angkat dari UNIMAS. Apapun, saya ucapkan syukur pada Allah. Itu sahaja saya mampu katakan. Pada masa yang sama, saya tahu bagaimana keadaan keluarga saya. Saya mengerti jiwa dan perasaan ibu ayah dan cuma saya harapkan agar apa yang akan kami sekeluarga lalui akan dipermudahkan kelak. Sekarang, menghitung hari menunggu kedatangan Ramadhan dan juga menunggu tetamu istimewa kami. Moga engkau permudahkan segala urusan hamba-Mu ini ya Allah. Amin. 
                                      Salam sayang, 

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...