Thursday, May 31, 2012

KEMBARA DAKWAH FKP

Assalamualaikum pembaca yang disayangi,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala kerana hingga ke saat ini saya masih dikurniakan nafas untuk dapat menulis lagi. Sudah agak lama saya tidak membuka sarang ilmu saya ini. Terlalu banyak kekangan sehingga saya sendiri sudah lama tidak menukilkan bicara hati saya.

__________________________________________________________________________________________

Sebulan berlalu dengan cepatnya, 

Itulah antara apa yang saya rasakan ... baru terasa seperti semalam. Ya sebulan yang lalu, saya sempat pergi ke sebuah perkampungan orang Asli Meranti, Pekan Pahang. Itulah kembara dakwah saya selama seminggu bersama dengan rakan-rakan sewaktu cuti pertengahan sementer ini berlangsung. Teringat lagi tarikh tersebut, 7 April sehingga 12 April 2012. Inilah kali ke - 3 saya masuk ke perkampungan di pedalaman dan inilah kali ke-2 saya berkampung di Kampung Orang Asli. 

* Apa yang anda tahu tentang orang Asli ? 

Sepanjang di sana, pelbagai perkara menarik mencuit perhatian dan minda saya. Mana tak nya, 

* Anak2 orang Asli ni cergas, 24 jam aktif. Saya x pasti bila mereka tidur. 
* Orang Asli ni pemalu org nya tapi mereka sangat baik hati.
* Ada yang hidup susah .. Terlalu susah ( Inilah yang mengharukan saya ) 
* Ada yang pandai .. sangat pandai .. tapi sayang seribu kali sayang .. tinggalkan alam persekolahan kerana
   beberapa faktor. 
* Percaya atau tidak .. mereka sangat kreatif .. kadang-kala x terfikir sebuah bangunan dan permainan baru .. 
   tp anak2 org Asli ni berjaya mencipta seni bina yg kreatif bila kami suruh buatkan guna bahan2 terpakai.
* Kerana kami anak2 angkat, mereka sanggup bersusah payah. Buatkan tikar, bakul, carikan sarang burung 
   untuk kami bawa balik . .

Banyak lagi perkara lain yang menarik .. tapi itu antara yang boleh saya kongsikan .. 

Kehidupan mereka .. bila ditanya .. apa pandangan mak cik / pak cik terhadap Islam ? 

* Dengan penuh yakin menjawab, "Islam tu agama yang baik lagi benar, memang kami berminat 
   dengan Islam tapi untuk menganut agama Islam tidak sama sekali". 

* Mengapa ? 
   "Puncanya datang dari orang Islam sendiri. Pernah kami adakan satu majlis. Khuatir jika diadakan 
   pada bulan puasa maka akan menganggu keharmonian penduduk Islam maka kami tukarkan tarikh 
   kepada betul2 penghujung bulan Disember supaya tidak bercanggah dengan bulan puasa.
  Malangnya, pesta tersebut dipenuhi oleh orang Islam yang mabuk & menari terhuyung-hayang
  bersuka ria. Itulah yang membuatkan orang asli menggeleng-gelengkan kepala mereka. 

* Nah ! Sikap orang Islam itu sendiri memalukan.  

Bila ditanya, bagaimana mak cik / pak cik / ibu / ayah tentang pengamalan dan cara hidup orang Islam seperti yang dilihat ?

* Mereka menjawab, Islam ini nampak seperti merumitkan. Tapi, kalau kami tahu, mungkin boleh  
   melakukan amalan seperti apa yang orang Islam sendiri amalkan. Cuma, nak buat mungkin susah 
   macam puasa ke, kami tak tahu boleh ke kami buat.

Tapi, paling menyedihkan .. bila ..... kami bertanya .. 

Adik-adik nak belajar sembahyang tak ? Kanak-kanak orang asli dengan pantas mengangguk seraya berkata, Nak .. Nak .. 

Jom, ikut kami... Itulah saat kami bawa mereka bersama kami. Pakaikan tudung dan solat bersama golongan kanak-kanak ini. 

Ya .. amat menyedihkan. Betapa tidak, ada yang Islam tetapi mereka terkontang-kanting tidak mengetahui apa-apa tentang Islam, solat misalnya. 

Dari situ, jelas terasa betapa besarnya tugas da'ie. Betapa berat memikul amanah menyampaikan misi dakwah ini. Ini antara rentetan sepanjang berada di sana yang dapat saya kongsikan. 

video

Have a look .. some pic from my album. 


Sebelum Bertolak 

Memasak di hari pertama


Gotong - royong memasak


Panorama Kampung 



Tolong angkat makanan je .. masak ? Hehe .. ada pak cik da tlg masakkan


Aktiviti dengan kanak-kanak


Sifu Ajar Buat Tikar 

Pewarna untuk daun sengkuang 

Belajar buat perhiasan dari reben


Hasil kerja


Sesi belajar menganyam

Pemeriksaan kesihatan untuk penduduk kampung


Sukan bersama penduduk kampung

Santai bersama nenek angkat Nori Mohd Noh

Pertandingan Gubahan






Waa .. dapat tangkap ikan besar .. 

Rumah air nenek saya

Add caption

Dapat kail ikan

Dapat sarang burung ..

nenek tercinta

Keluarga angkat

Perigi 

5 Star Bathroom

                                                                        Salam sayang, 


Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

3 orang sayang saya:

EyaaSarahh said...

Salam.Jom Join GA nie.
http://misspolkadotstory.blogspot.com/2012/06/mega-tech-giveaway-by-mizzsninie-cikmun.html

Senarai Hadiah:
* Sebuah MP3 Player
* Sebuah Phone Samsung
* Sebuah Kamera Lomo
* Button Badge K-pop
* Inner Neck
* 30 Bloglist Selama Sebulan
* 10 Banner

uyaitusaya said...

cerita yang menarik! mana tawu kot2 sy kena mengajar orang asli! :)

Nora Karim said...

kesiannya mereka yang beragama islam di sana... terkontang-kanting... :-(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...