Tuesday, February 14, 2012

Sejarah Sarawak

Asal Nama Sarawak
Asal nama Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak berasal daripada, 
  • Sungai Sarawak. Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Kota Samarahan.
  • Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari sejenis galian batu bijih iaitu " Serawak " yang mengandungi belerang dan antimoni ( Rujuk Kamus Dewan Edisi 3 ). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah di Sarawak pada ketika itu kaya dengan antimoni. 
Pemerintahan Inggeris 
  • Lebih dari 150 tahun lalu, Sarawak merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei. Sarawak yang kaya dengan sumber alam menyebabkan James Brooke berusaha untuk menguasai Sarawak. Cita-citanya tercapai setelah beliau berjaya mengatasi kebangkitan rakyat tempatan terhadap pemerintahan wakil Kesultanan Brunei. Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak dengan dikenali sebagai Raja Putih Sarawak. 
  • Bermula tahun 1841 sehingga 1941, Sarawak telah diperintah oleh James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke.  Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung Barat Sarawak iaitu di sekitar Kuching. Sewaktu kematian James Brooke pada 1868, anak saudaranya Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Raja. Kemudian, beliau pula diwarisi oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke. 
James Brooke
Charles Brooke
Charles Vyner Brooke
  • Sebelum kurun ke-19, Sarawak berada di bawah Kesultanan Brunei. Pembesar-pembesar tempatan telah dilantik oleh Kesultanan Brunei untuk mentadbir Sarawak. Mereka berkuasa mentadbir Sarawak tanpa campur tangan Kesultanan Brunei. 
  • Walaubagaimanapun, pada kurun ke-19, Sultan Brunei telah melantik seorang pembesar Brunei iaitu Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil pemerintah Kesultanan Brunei di Sarawak. Beliau telah mengambil alih kuasa politik pembesar tempatan. Pangeran Indera Mahkota telah memerintah dengan tidak adil dan ini menyebabkan penduduk tempatan tidak berpuas hati. Berikutan kegagalan beliau itu, Sultan Brunei telah menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota menamatkan kebangkitan penduduk tempatan. 
  • Pada tahun 1840, Pangeran Muda Hashim menerima kunjungan seorang pedagang British bernama James Brooke. Beliau telah meminta bantuan James Brooke untuk menamatkan kebangkitan tersebut. Pangeran Raja Muda Hashim berjanji akan melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak sekiranya kebangkitan itu dapat ditamatkan.
  • Dengan bantuan, dan kekuatan tentera James Brooke akhirnya Pangeran Raja Muda Hashim berjaya menamatkan kebangkitan rakyat Sarawak pada ketika itu. Pangeran Raja Muda Hashim menyedari tindakannya melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak tidak akan mendapat persetujuan Sultan Brunei. Oleh itu, beliau bertindak melenggahkan perlantikan James Brooke. 
  • Tindakan Pangeran Raja Muda Hashim menyebabkan James Brooke marah lalu membedil Bandar Kuching. Keadaan ini memaksa Pangeran Raja Muda Hashim melantik James Brooke menjadi Gabenor dan Raja Sarawak yang pertama pada 24 September 1841. 
  • Pada tahun 1842, James Brooke menghadap Sultan Brunei bagi mengesahkan kedudukan beliau. Pada tahun 1846, secara rasmi James Brooke telah diiktiraf oleh Sultan Brunei sebagai Raja Sarawak yang merdeka. 
Kuburan Keluarga Brooke ( White Rajahs )
  • Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai "Raja Putih" ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.
  • Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada di eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Keluarga Brooke memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askar. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina. 
                                                              Salam Sayang, 
________________________________________________________________________________
Rujukan





Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

2 orang sayang saya:

Muhammad Aqil Aiman said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Aqil Aiman said...

x leh copy laa pulak..ssh nk bwt folio..tapi isi tetap terbaik

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...