Friday, February 10, 2012

Sarawak

 Assalamualaikum pembaca sekalian, 

Kali ini saya membawa anda semua mengenali negeri kelahiran saya iaitu Sarawak. Mungkin masih ramai yang kurang mengenali negeri di Tanah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Tapi sekurang-kurangnya biarlah berkenalan dahulu sebelum terjatuh cinta. Mana tahu anda pula yang jatuh cinta dengan Sarawak Bumi Kenyalang. 

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia.) Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di Pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur. 

Sarawak berada dalam kawasan Tropika dengan iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting. Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya ( Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong). Setiap bahagian ditadbir oleh seorang residen dan dibahagikan kepada dua atau empat kawasan. 
Sarawak dipisahkan sejauh 600 km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di Timur Laut, kesultanan Brunei di Utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah Timur. 

Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching ( populasi : 658 549 ), Miri (populasi : 271 671 ), Sibu ( populasi : 265 719 ), Bintulu ( populasi : 199 514 ), Sarikei ( populasi : 56 798 ), Sri Aman ( populasi : 64 905 ) dan Limbang ( populasi : 40 959 ). Kini Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005. 
Bendera Negeri Sarawak



Inilah bendera Sarawak yang mempunyai warna Kuning, Hitam dan Merah. Em, warnanya sama dengan bendera Negeri Sembilan kan ? Kebetulan saya pun belajar di Negeri Sembilan sekarang. Apa pula maksud di sebalik warna bendera ni ? 

Bintang Kuning Berbucu 9


Melambangkan terdapat 9 bahagian asal di Negeri Sarawak
Warna Kuning 


Melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), Perpaduan serta kestabilan rakyat berbilang kaum
Warna Merah


Melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat 
Warna Hitam 


Melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyat
Lambang Sarawak  
 Burung Kenyalang melambangkan keberanian, kegagahan dan keazaman. Ia juga menunjukkan Bumi Kenyalang terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". 
 Sayap dan ekor burung Kenyalang mempunyai 13 jalur melambangkan 13 buah negeri dalam Malaysia.
Kaki burung Kenyalang memegang satu pita yang bertulis cogan kata Sarawak, iaitu Bersatu, Berusaha, Berbakti melambangkan kedaulatan negeri yang sentiasa menjunjung cita-cita negara Malaysia. 
 Bunga Raya melambangkan bunga Kebangsaan Negara Malaysia
 
----------------------------------------------------------------
Rujukan

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

2 orang sayang saya:

Gadis Ungu said...

Sarawak Tanah Airku

izat amir said...

Salam kaq,,, sorry bruk jumpa entry tok,, eheheh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...