Wednesday, November 9, 2011

Salam Aidil Adha


Salam Aidil Adha buat semua muslimin muslimat
Terciptanya lembaran sejarah 
Dari Kisah Nabi Ibrahim a.s & anaknya Nabi Ismail a.s
Sejarah agung 
Sebuah pengorbanan 
Moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur

Assalamualaikum pembaca yang disayangi,
Alhamdulillah kita berkesempatan menyambut Aidil Adha tahun ini
Sekali lagi tahun ini Fera beraya di perantauan
Rindu pada usrah dan teman yang tercinta
Rindu masakan ibu
Rindu gelak tawa adik-adik
Apapun
Itulah kebiasaan yang dialami bila berjauhan dengan orang yang disayangi

Alhamdulillah,
Dengar laungan takbir tak bermakna menyimpan kesedihan
Tapi sepatutnya merafakkan syukur pada Allah
Memperbanyakkan amalan ibadah
InsyaAllah
Kita banyakkan bertakbir bertasbih dan bertahmid mengingati Allah
Itulah peluang yang sepatutnya kita rebut
Sempena Aidil Adha yang mulia ini
Jom kita buat untuk seketika 
Sebab 
Hari ni dah hari Tasyrik ke-3

Dah sudah ? 
Kalau dah Alhamdulillah
Terkenang tahun lepas pagi raya minum air kosong dengan roti 
Selama seminggu cvti mid sem
Itulah makanan rutin untuk bertahan selama seminggu duduk asrama
Apapun syukur itu lebih baik dari kelaparan


Berbeza tahun ni
Fera ikut kawan balik kampung
Sempat beraya di rumah kawan di Kuala Selangor
Belajar la juga buat karipap dan dua tiga jenis masakan lain
Dalam hati nak Try Test Cuba Rasa buat sendiri
(Hehe ... jadi tak jadi belakang kira)
Sebab Fera memang suka masak-masak ni
Duduk dengan keluarga Izzah menyeronokkan
Terima kasih buat Izzah & keluarga
Moga Allah balas kebaikan Izzah & keluarga


Alhamdulillah
Sempat luangkan masa jumpa my beloved Sis Mastura Ali
Thanks a lot my dear sister
For always be with me
Kak Mas tengah imtihan sekarang
So saya minta kawan-kawan doakan lah kakak saya ni cemerlang dalam imtihan
Amin ... InsyaAllah
=) 
Bittaufiq Wannajah


Tapi dalam gembira pun
Still I'm worried about my bestfriend
She's not feeling well
Don't know what I can say
No words I can use to describe about her condition
Plus
I Miss her very much
Moga Allah sembuhkan dia
Sungguh
Saya sayang dia

Em... 
Cepat masa berlalu
Cuti pun dah nak habis 
So minggu depan kuliah start balik
Cuti-cuti ni pun kena la rajinkan diri
Ilmu pun kena sentiasa di cari
Beringatlah

 Kalau binatang-binatang korban sudi korbankan diri 
Kenapa tak kita sudi mengorbankan masa dan tenaga untuk mengejar ilmu ?
Ikhlas kerana Allah
InsyaAllah
Itulah yang kita cari
Mardhatillah
Selamat Maju Jaya =) 


Itulah erti sebuah pengorbanan sempena Aidil Adha ini =)





Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...