Saturday, November 19, 2011

Just For Both Of You


 Assalamualaikum my beloved reader, 
Do you see the picture ? 
Like a twin right ?
They are smiling
So cute
Nadzirah Mazlan & Sakinah Ibrahim
Sanah Helwah to both of you



Semua ukhti PT5853 yang dicintai Allah dan disayangi Nabi
Adik kita yang sorang ni already 20 years old
Alhamdulillah .....
Tak gitu Nad ? Ni bagi hadiah sikit. 
Hello Kitty birthday badge for birthday girl
Selamat mengenang kembali hari anda diberanakkan 20 tahun lalu
16 November 1991
Nadzirah Mazlan


Tapi agak berbeza sedikit di sini
Agak tua sikit la ... (^_6)
Sakinah Ibrahim
21 tahun lalu anda diberanakkan 
18 November 1990
You're already 21 years old
Hadiah nya  tak la seberapa. Tapi kalau dah tengok cukup la kan ? 

Cuma doa yang kami panjatkan kepada Allah
Itulah hadiah itulah harapan
Itulah kebaikan yang kami harapkan

Ya Allah
Telah bertambah usia sahabat-sahabat kami
Panjangkanlah usia mereka
Agar lebih lama mereka dapat mentaatiMu
Jadikanlah kehidupan dunia ini sebagai ladang
Moga di akhirat kelak mereka mengutip hasilnya


Ya Allah
Tambahkanlah amalan mereka di saat bertambahnya usia mereka
Jadikanlah mereka anak yang solehah
Jadikanlah mereka anak yang baik
Penyejuk mata ibu dan ayah
Harta yang tidak ternilai tiada tandingan
Kurniakan mereka imam harapan
Agar bersama mereka beriringan meniti jalan ke Syurga
Jadikanlah mereka wanita solehah
Bidadari idaman buat penghuni syurga
Sebaik-baik hiasan dunia ini

Ya Allah
Permudahkanlah segala urusan mereka
Murahkanlah rezeki ke atas mereka
Lindungilah mereka
Peliharalah mereka daripada sebarang perkara yang keji dan mungkar
Bittaufiq Wannajah
Jadikanlah mereka orang yang berilmu dan beramal dengannya
Kurniakanlah kejayaan dan kebahagiaan kepada mereka di dunia dan akhirat


Ya Allah
Sahabat buat hati gembira
Mesra kami penawar duka
Rindu kami menambah rasa
Rajuk kami membuah ceria
( Tapi jangan suka merajuk, payah nak pujuk ) 


Ya Allah
Silaturrahim kami Ukhuwwah Fillah
Bermusuh kami Nauzubillah
Berpisah mati InsyaAllah
Diiringi
Pengubat hati Doa Rabitah
Hidupkan kami dengan Mahabbah
Agar jiwa kami sentiasa berMuhasabah
Jadikan hari-hari yang kami lalui hari yang indah


Ya Allah
Rahmati kami dalam meniti usia
Terpisah kami di alam nyata
Temukan kami di Taman Syurga
Taman Impian Taman Harapan Hamba-Mu
Semoga kasih sayang kami berkekalan sehingga ke akhir hayat
Moga Al-FALAH itu menjadi milik kita semua bersama



Semua Ukhti PT5853 yang disayangi ... keep smiling 
Be happy go lucky 
Moga kasih sayang kita berkekalan hingga akhir hayat
(^_^)

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...