Sunday, November 27, 2011

Happy New Year Hijriah 1433 H



 Assalamualaikum my beloved reader


SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akhbar


Syukur kita masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat hidup sempena tahun baru hijrah ini


Perpindahan tahun Hijrah


Penutupnya dengan doa akhir tahun Hijriah


1432 H kini 1433 H



Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Rasulullah S.A.W, para anbiya dan yang diingati selalu para sahabat dan auliya' Allah yang dimuliakan.
Semoga kita sentiasa mengikuti jejak langkah mereka.
InsyaAllah


Dah baca doa awal tahun Hijriah  semalam ...   



       Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah Taala sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan di atas keluarganya dan para sahabat baginda. 

        Ya Allah, Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. 

         Ya Allah, Tuhan yang telah mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau Wahai Tuhan yang menguasai lagi Maha Tinggi. 

      Wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka. Dan semoga selawat Allah Taala selalu dilimpahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda. Amin ya Rabbal A'la Min


Kadang-kadang terfikir, 
Kenapa perlu kita seronok sangat bila tiba tahun baru Masihi ?
Tunggu sampai lewat malam jam 12 tengah malam
Semata-mata nak meraikan tahun baru
Pasti ada parti, konsert dan macam-macam lagi. 
Sehingga timbul pelbagai gejala negatif bila tibanya sambutan tahun baru Masihi
Kenapa tidak kita tukar trend ini ?
Kita boleh mulakan dalam kelompok keluarga rakan dan teman 
Berkumpul bersama dan meriahkan sambutan tahun baru Hijriah pula

Nah,
Sekarang ini pun tahun baru
Tahun baru Hijriah 
Tahun baru yang sepatutnya tersemat sejarahnya dalam diri setiap umat Islam
Bermulanya titik penghijrahan 
Rasulullah S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah pada 622 M
Tersebarnya syiar Islam itu
Itulah sepatutnya yang menjadi ingatan kepada kita
Kerana kita lebih mengingati tahun baru Masihi
Dengan harapan, mulakan azam baru semangat baru
Sedangkan,
Kenapa tidak kita juga memulakan azam baru
Kehidupan baru yang lebih baik dari sebelumnya
Mengambil iktibar dari perisitiwa Hijrah Nabi S.A.W
Bukan bermakna kita menyisihkan penggunaan tahun Masihi itu
Tapi sekurang-kurangnya
Kita menjadi umat yang menghargai dan mengingati
Sejarah dan pengorbanan Nabi S.A.W dan umat terdahulu


Moga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Buat diri saya sendiri dan anda, moga kita berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. 


Cintailah diri agama kita, cintailah Allah dan Rasul, cintailah sesama mukmin juga jangan lupa cintailah diri sendiri. Moga kita menjadi orang yang bahagia berjalan di atas muka bumi ini dengan nama Allah.


Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk  perpaduan


Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman


Salam Maal Hijrah 1433 dari saya buat anda semua (^_^)









Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

2 orang sayang saya:

Fendy said...

suka lagu Hijrah 2....Salam Maal Hijrah 1433H

Nur RaFezza Fetheri said...

Salam Maal Hijrah .. betul Fendy lagu tu membangkitkan semangat kita

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...