Sunday, November 27, 2011

Khabar Duka Dari Jauh

Assalamualaikum my beloved reader,
       
Cuma ingin saya kongsikan sebuah cerita. Mungkin ia hanya cerita biasa bagi sesetengah orang. Tapi jauh di sudut hati, saya tersentuh dengan apa yang terjadi ini. Hari ini saya mendapat panggilan dari ayah. Mengkhabarkan kepada saya tentang sebuah berita duka. Ada seorang penduduk kampung saya telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas. "Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un"




Mengapa hati saya begitu tersentuh ? Hamba Allah tersebut telah banyak berjasa kepada saya. Usianya telah lanjut. Dia hanya seorang lelaki tua. Dia hanya seorang insan biasa. Namun, 22 tahun lalu dialah yang mendengarkan kalimah Allah di telinga saya bila mana saya dilahirkan kerana ayah saya tiada di sisi ketika itu. Akhirnya, setelah usia saya genap 22 tahun dia kembali ke rahmatullah. 

Saya memanggilnya Pak Wa. Dia seorang atuk yang baik juga bekas imam di kampung saya. Saya menghormatinya kerana dia begitu penyayang dan baik hati. Alhamdulillah, mujur saya sempat melawatnya pada hari raya Aidil Fitri yang lepas memandangkan saya mendengar dia kurang sihat. Alhamdulillah, dia masih boleh berjalan walaupun selepas jari-jari kakinya dipotong. Walaupun nampak kekurangan pada dirinya, dia tetap masih tersenyum. Saya kagum melihat Pak Wa tetap tersenyum dengan penuh kesabaran walaupun di akhir hayatnya terpaksa melalui keadaan yang menyedihkan. 

Hidup ini terlalu singkat. Betapa tidak saya terkenangkan zaman kanak-kanak saya. Dulu, saya gemar membeli makanan di kedai Pak Wa. Sering kali dia sedekahkan makanan yang dijualnya kepada saya. Zaman kanak-kanak itulah kegembiraan yang saya rasai. Kini, saya telah pun berusia 22 tahun. Semua itu hanya tinggal memori. Dewasanya saya dan perginya Pak Wa dari kehidupan ini. Mengingatkan saya bahawa semakin bertambah usia semakin hampir kita dengan kematian. Mati itu pasti, hidup ini InsyaAllah, Allah jua berhak menentukan segala-galanya. 


Namun dalam hati saya terdetik, beruntungnya Pak Wa kerana meninggal dunia pada hari Penghulu kepada segala hari. Hari Jumaat Saiyyidul Ayyam. Hari yang penuh Baraqah. Hari yang penuh dengan keberkatan. 


To my beloved reader, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Pak Wa walaupun anda tidak mengenalinya. Ya Allah, moga roh Pak Wa ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh. Dan peringatan untuk diri kita yang masih hidup, hargailah kehidupan yang sementara ini. Moga kita dimatikan dalam keadaan Husnul Khotimah dan Nauzubillahiminzalik Suul Khotimah. Semoga semakin bertambah umur kita maka bertambah juga ilmu iman dan amal kita. 


Ayam tak patukItik tak sudu
Tetapi Allah mengangat kita ke satu mercu
Betapa banyak Allah kurniakan rahmat
Kerana kita adalah sebaik-baik umat
Sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah Taala
Itulah kita







Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...