Thursday, November 10, 2011

Ada apa dengan lamaran ???

Assalamualaikum ...

Ana tak tahu kenapa tiba-tiba rasa nak menulis petang ni. Ada sesuatu yang menganggu fikiran ana. Kepada sesiapa yang membaca entry ini ana harap bacalah dengan tuntutan akal. Sekadar ana ingin berkongsi apa yang ana rasa apa yang ana lalui. Tapi hakikat. Inilah pendapat dan perasaan ana sendiri. 

Cinta 

Bila berkaitan dengan cinta kebiasaan kita akan membayangkan sesuatu yang indah. Cinta itu anugerah Allah. Namun, belajar dari kesilapan lalu membuatkan ana risau meletakkan anugerah Allah ini pada tempat yang tak sepatutnya. 

Dulu, 
Ana mengaku ana pernah mencintai seseorang semasa di menengah rendah dan sehinggalah menjejakkan kaki ke IPTA sekarang. Namun, cinta itu akhirnya terkubur tidak kesampaian. Mencintai seseorang terlalu lama sedar tak sedar 8 tahun berlalu. Bayangkan ia akan menjadi indah jika 8 tahun itu adalah alam perkahwinan. Tapi akhirnya ia menjadi hubungan yang sia-sia. Kerana apa ? Itulah kemanisan yang menjadi kepahitan sebenarnya. Mimpi indah yang tidak pasti akan jadi kenyataan. 

Semenjak itu,
Ana berhati-hati menilai apa itu cinta. Ana belajar dari kesilapan. Terasa diri ini mengagungkan cinta manusia yang dikatakan fitrah itu melebihi cinta Allah. Alhamdulillah, ana bersyukur Allah masih menyelamatkan ana memberi kehidupan yang lebih baik. Ana jauh lebih tenang dari sebelumnya. 

Justeru,
Ana takut cinta kepada insani itu melebihi cinta kepada Allah. Ana berbahagia dengan apa yang ana ada sekarang. Ana ingin menjadi seorang yang tafaqquh fid-din. Itulah amani bukan sekadar Mumtaz dalam Imtihan sahaja. Ana berusaha memperbaiki diri. Itulah yang ana lakukan bila menyedari kekhilafan diri ini terlalu leka dan alpa dengan dunia. 

Kini dan hari ini,
Datang satu lamaran kepada ana. Datang lamaran dari seorang senior sekolah yang ana kenali 8 tahun lalu masa di sekolah menengah. Lamaran bukan untuk berkahwin. Tetapi lamaran untuk menjadi kekasih. Hanya kekasih ! Ana berasa takut, fobia, susah hati dengan keadaan ini sebenarnya. Ana tidak mahu terjebak lagi dengan permainan cinta manusia. Ana tidak mahu !

Saat ini,
Terus terang ana mengaku. Ana tidak bersedia dan tidak mempunyai keinginan untuk mempunyai hubungan istimewa dengan sesiapa. Kerana ana mempunyai amani. Ana ingin bercinta selepas berkahwin. Itulah keinginan ana. 

Dan,
Anta mengajak ana ke arah sebuah perhubungan yang tidak pasti akan menjadi kenyataan atau tidak. 
Anta : "Ana serius.Bukan main-main bukan untuk menipu". 
Ana menolak," Sebaiknya kita hanya berkawan, ada jodoh tidak ke mana".
Anta membalas, " Kita kena berusaha juga,jodoh kena dicari". 
Bolehkah hanya menjadi kawan ?"
Ana berkata, " InsyaAllah, itu lebih baik. Ana tidak ingin menjalinkan hubungan perasaan istimewa dengan sesiapa pun." 

Dari situ ana ketahui, 
Kebanyakan orang silap pemahaman mengenai usaha mencari jodoh. Katakanlah ana kolot sekalipun Ana tidak mahu dengan cara yang salah yang akhirnya akan menyebabkan syaitan ketawa jika kita rebah di pintu nafsu. Cukuplah ana sudah diuji dengan cinta manusia. Ana khuatir ana akan kehilangan cinta Allah dan ketenangan yang ana miliki kini. 

Tapi,
Bukan untuk ana merasakan diri ana lebih baik. Itulah pendapat ana. Dalam hati ana, kini cuma ada keinginan untuk menuntut Ilmu dan Tafaqquh Fid-Din. Itulah amani ana. Cinta insani boleh datang dan pergi dalam hidup kita. Dari pengalaman itulah mengajar ana untuk berhati-hati. Ana tidak ingin rebah di pintu nafsu. 

Wahai hamba Allah, 
Terus terang ana tidak bersedia untuk mencipta perhubungan ini
Menjadi sepasang "kekasih"
Bukan kerana ana pernah patah hati
Tetapi 
Kerana ana sedar Islam itu lebih indah untuk dijulang
Ana masih pencinta Ilmu
Ana masih hak milik ibu ayah
Ana tidak ingin cinta Allah di hati ini berkurangan
Kerana sekarang hati ana berbahagia
Menjadi hamba Allah
Menjadi tuan kepada diri sendiri
Namun,
Jika sudah menjadi suratan jodoh
Tidak akan ke mana kerana sudah tertulis di Loh Mahfuz
Ana mohon maaf
Harap anta mengerti wahai hamba Allah
Biarlah masa kelak akan menentukan segala-galanya
Andai membaca coretan ini
Ana menzahirkan beribu kemaafan
Tapi
Itulah hakikat yang ana rasakan
Ana menulis ini bukanlah untuk membuatkan anta marah
Membuatkan anta kurang selesa
Tapi untuk ana jelaskan segala-galanya
Harap anta memahami

Bercinta tidak seindah yang kita rasakan
Memang
Permulaan indah
Kemudian
Pertengahan berliku-liku
Klimaks dengan perbalahan yang tak sudah
Penghujung perpisahan dan penderitaan
Itu sudah pernah ana sendiri alami
Itulah yang nyata
Maka itulah yang ana ingin kongsikan
Pengalaman sendiri
Namun sedarlah
Tiada siapa menyayangi kita
Lebih baik melainkan .....
Allah Taala
Kerana Dia amat kasihkan hamba-Nya
Maka sama-samalah kita letakkan cinta Allah itu Cinta Pertama






Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

2 orang sayang saya:

nieys said...

mun nya lamar jadi isteri?pa jawapan tak?

Nur RaFezza Fetheri said...

hehe .. mun lamar jd isteri kena la plah istikharah. tp deng,blm masa nya hati kmk terbuka & terfikir ttg cinta.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...