Wednesday, November 16, 2011

10 Wasiat Hasan Al-Banna

Assalamualaikum my beloved reader, 

Hari ini ingin Fera kongsikan sesuatu yang Fera dapat dari sahabat Fera sendiri dan beberapa sumber yang Fera baca dari internet dan artikel. 
Jom kita baca bersama-sama. 
10 Wasiat Hasan Al-Banna.
Supaya dapat kita Refresh Our Iman hari ini.



As-Syahid Imam Hasan Al-Banna

 

1) Wahai sahabatku, segerakanlah tunaikan solat di awal waktu di kala mendengar azan. 


Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan di situ ada sumber pertolongan di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat Al-Quran yang dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah juga Allah mensyariatkan solat di medan perang walau di saat genting dan cemas. 


2) Wahai sahabatku, bacalah Al-Quran dan cuba memerhatikan mesejnya. Selalulah berzikir dan carilah ilmu walaupun sedikit. Kurangilah masa yang tidak bertujuan. 

Sesungguhnya Al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah anda dan saya. Bacalah Al-Quran kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan sedaya upaya kita mencuba menghayati mesejnya. Selalulah berzikir, berzikir dan terus berzikir. Di situ adanya kedamaian di situ adanya ketenangan dan di situ adanya kebahagiaan. Jadilah kita hamba Allah yang sejahtera.


3) Wahai sahabatku, dorongkanlah diri untuk menguasai bahasa Al-Quran.

Mulakan dahulu walau sepatah perkataan. Sebenarnya kita telah lama bermula iaitu sejak kita mulai solat setiap hari. Sebut dulu walau tidak memahaminya. Antara mala petaka pertama menimpa umat kira ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya (Ad-Diin ) tetapi kita mengutamakan bahasa pasar. Ayuh !!! Apa tunggu lagi ??? Kepada anda dan saya sendiri bukalah ruang walaupun seminit !!!!!

Say 
4) Wahai sahabatku, usahlah bertarung idea tanpa adabnya !!! Berdebatlah jika berbuahkan kebaikan. Namun awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. Syaitan namanya !!!


5) Wahai sahabatku, senyumlah selalu dan bersederhanalah dalam ketawa. 


Rasulullah S.A.W adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa pada tempatnya. Tetapi berpada-pada sahaja. Ahli falsafah Plato berkata pementasan hiburan yang tidak bermutu maka terlalu banyaklah ketawa bodoh yang hanya disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing. 

Begitu juga Aristotle berpendapat agar golongan belia ditegah daripada hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular keburukan dalam diri. 



6) Wahai sahabatku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan kita.

Kata seorang penyair berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, namun ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubati dengan bergurau mestilah dalam keadaan terbatas sama seperti memasukkan garam ke dalam gulai. 


7) Wahai sahabatku, kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. 

Bahkan penyakit hati pula. Luqman Nur Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai. Surah Al-Isra' memberi tips kepada kita. Jangan keraskan suaramu dalam solat. Tetapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya. 


8) Wahai sahabatku, Usahlah mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. 


Ayuh!!!Hindarilah mengumpat. Sedaya-upaya tidak sesekali mencabuli jemaah-jemaah lain. Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging ??? Pasti anda suka. Tetapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati ??? Sekali-kali tidak !!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Dibolehkan mengumpat apabila ada tujuan syarie'
* Untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* Untuk menghapuskan kemungkaran
* Kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* Kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan 

Sama macam buah strawberry ni. Kita tengok sedap kan ? Dah tentu kita nak makan yang segar dan bukan buah strawberry yang buruk. Begitu juga, sama-samalah kita menghindari diri dari memakan daging saudara sendiri. Berusahalah kita menjaga lidah kita daripada menyatakan sesuatu yang tidak bermanfaat dan keji. 


9) Wahai sahabatku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian. Salam kasih sayang untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan. 
Lihatlah pensyariatan ibadah haji Pelbagai bangsa datang berkunjung. Pelbagai lapisan datang berkunjung. Pelbagai darjat datang berkunjung.


10) Wahai sahabatku, maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa, Hadkanlah masa penunaiannya.Biasakan hidup berjadual di hadapan. 

Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda. Bersegeralah kerana .. Rasulullah S.A.W menggesa kita bersegera dalam melakukan amal kebaikan ... Sayangilah masa saudaramu. Hormatilah waktu mereka ... Usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktahnya. 




p/s : Buat diri Fera sendiri dan semua, moga kita berusaha menjadikan diri kita lebih baik. InsyaAllah, banyakkan muhasabah diri. Bersama-sama kita menjunjung ISLAM itu dalam diri kita. 
ISLAM itu indah. 









Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...