Friday, August 5, 2011

Senyumlah Pada Kejahatan Orang

Assalamualaikum

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah

Ana menulis lagi kali ini .. Sesuatu yang datang dari lubuk hati ana sendiri setelah beberapa ketika

Kebetulan,

Ana terbaca artikel Dr H.M Tuah Iskandar 


"Senyumlah Pada Kejahatan Orang"

Artikel ni memang "BEST" bagi ana sebab bagi ana ia umpama ubat yang mampu membuatkan ana berfikir dan kemudian tersenyum. 
Jom!
 Ana kongsikan serba sedikit apa yang dikatakan oleh Dr H.M Tuah Iskandar dengan situasi dan keadaan yang ana sendiri alami,

Sebelum ini,dalam coretan Cinta Yang Pergi ana telah ceritakan sesuatu telah terjadi dalam kehidupan ana.
Sebagai manusia, kita tidak lari dari ujian Nya.

Mula-mula dahulu, 
Ana terasa payah untuk melalui segala-galanya
Ana lemah pada masa itu
Tetapi sedikit demi sedikit ana cuba bangkit 
Sehinggalah ana bermuhasabah diri
Akhirnya
Ana telah sedar
Kini
Jika ana lemah 
Ana sendiri mencipta kelemahan itu
Jika ana jatuh tersungkur
Ana sepatutnya segera bangun agar tidak kelihatan lemah
Di hadapan mereka yang telah menyakiti ana
Dan 
Senyumlah
Sabarlah 
Tawakkal
Atas apa yang telah terjadi
Hanya pada Allah Taala ana sandarkan harapan
Kerana ana tahu
Ada hikmah atas semua yang menimpa diri ana
Atas musibah lalu
Kerana
Allah Taala sayangkan hambaNya


Benar kata orang
Sebaik mana pun kita, perkataan buruk tetap kita terima sama ada kita sedari atau tidak. Apa yang diperkatakan itu mungkin juga baik dan mungkin juga buruk.

Usah terlalu peduli dengan keburukan-keburukan yang disebarkan orang.Itu sudah semestinya tidak benar kalau kita tidak melakukannya.
Namun, andai benar maka jadikanlah itu sejarah silam yang telah kita lupakan.Lagipun, manusia memang suka mencungkil keburukan dari kebaikan.

Misalnya,
Seekor anjing telah menggigit seorang lelaki ia bukanlah menjadi masalah kerana itu adalah kebiasaan haiwan tersebut,
Namun,
Adalah luar biasa dan menjadi perhatian sekiranya seorang lelaki menggigit seekor anjing 
Sudah tentu ia menjadi perhatian dan rebutan pihak lain untuk menghebahkan dan menyiarkan mengenainya

Begitu juga dengan kehidupan ini
Mengapa orang berbuat jahat terhadap anda?
Mengapa orang langsung tidak mempedulikan perasaan anda?
Mengapa orang sanggup mengkhianati dan menipu anda?
Mengapa dan mengapa?
Terlalu banyak persoalannya

Sebenarnya
Mereka ingin melihat kita bersedih, menangis, marah, mengamuk dan semua sikap yang tidak baik.Dengan itu mereka ada sebab untuk ketawa.Itu adalah temasya bagi si busuk hati.

Tetapi andainya,
Kita mampu tersenyum seandainya kita tidak ketawa
Kita sebenarnya telah menyebabkan mereka terjelepok
Beringatlah
Mereka akan berasa susah hati dan berasa payah sekali
Nah,
Mengapa hendak menangis oleh perlakuan jahat manusia
Sebaliknya
Bersikap tenang dan ketawalah
Jangan difikirkan mereka yang telah menyakiti hati kita
Sekalipun mereka tetap dalam ingatan mereka
Betul, bukan ?

Benteng pengubat hati kita
Sebenarnya
Bergantung pada diri kita sendiri
Bila ana merasakan terlalu berat tuduhan yang pernah dilemparkan 
Oleh mereka kepada ana
Pada permulaan dahulu
Ana rasakan teramat sedih 
Tatkala air mata ana bertakung di kelopak mata
Hati ana merintih

Namun,
Kemudian,
Ana percaya dan ana tetap sangka bahawa sememangnya ana tidak jahat
Itulah benteng terbaik untuk ana mengubati hati
Apabila Allah diletakkan paling atas dalam kehidupan maka tiada apa-apa kejahatan yang mampu memusnahkan lagi


Cukup!
Ana ingin segera keluar dari kesakitan ini
Tidak perlu berasa sakit sebab kesakitan pada tubuh badan sudah cukup menyakitkan
Tidak usah ana menambah sakitnya di jiwa kerana ana tahu
Kesakitan di jiwa 
Adalah kesakitan yang teramat sangat
Ia sukar sembuh malah lebih mudah parah jika gagal merawatnya dengan baik
Ana berusaha mengubati luka ini
Luka yang beransur-ansur untuk sembuh
Namun,
Ana tahu parutnya tetap kekal sampai bila-bila

Maka,
Dalam hidup ini usahlah berharap semua orang menyukai kita,
Ramai juga tidak
Bukan ada sebab bahkan kita tidak mengenali mereka yang membenci kita pun
Seperti juga ana
Bukan ada sebab bahkan insan tersebut tidak mengenali diri ana
Ana sendiri pun tidak mengenali dirinya
Bertemu pun tidak pernah
Untuk itu,
Siapa mereka untuk menghakimi diri ana?
Mengapa perlu risau keburukan kita di mata insan
Sedangkan
Kita tidak endahkan keburukan kita sendiri di hadapan 
Allah Taala
Siapa manusia untuk menilai orang lain ?
Hanya kerana mereka lihat 
Mereka tidak berfikir dan merasai kesulitan orang lain
Siapa manusia yang berhak menghina dan mencaci orang lain?
Sedangkan Allah Taala mengangkat martabat manusia
Yang merupakan sebaik-baik ciptaanNya
Siapa manusia itu untuk mendatangkan kesenangan dan kesulitan kepada orang lain
Sedangkan Allah Taala lebih berkuasa atas segala-galanya

Mengapa ?
Usah hairan dengan sikap manusia itu sendiri
Lagipun bukan semua perkara baik itu yang kita lakukan akan menimbulkan rasa sayang
Kadang-kadang
Tanpa sebab kita dibenci
Tanpa sebab yang tidak kita ketahui
Kita diburuk-burukkan
Maka
Usah pedulikan 

Hidup memang macam-macam
Usahlah bersedih oleh ketidakadilan yang terpaksa kita hadapi
Ia sentiasa baik
Jika kita mengetahui hikmah sabar yang Allah Taala sediakan untuk kita kelak
Usah lawan setiap serangan kerana itulah yang dikehendaki oleh mereka yang ingin melihat kejatuhan kita
Semakin kita lawan maka kita sendiri akan semakin terasa sakitnya

Terbaik
Senyumlah dan ketawalah
Yang akan memadam semua kesulitan itu
Tiada duka yang abadi di dunia ini
Tiada sepi yang akan merantai kehidupan kita selamanya


Untuk itu,
Kepada ana sendiri
AYUH!
Bangunlah
Jangan dibiarkan emosi menguasai akal fikiran
Sebaliknya
Bersabarlah dan bertahanlah

Fikirkan...
Untuk apa ALLAH TAALA menurunkan ujian ini kepada ana
Kerana ana tahu
Ana mampu memikulnya
Kerana ana tahu
ALLAH TAALA menyayangi hambaNya
I WILL SURVIVE !!!



Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...