Tuesday, August 2, 2011

Nur Ramadhan

Assalamualaikum


Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua teman-teman yang disayangi. Moga ukhuwwah dan kasih sayang kita akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat kita. 
Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu sinar kebaikan buat diri kita.

Alhamdulillah,
Syukur kita masih berkesempatan menemui Ramadhan kali ini
Kerana kita tidak tahu bilakah masanya
Ajal menjemput kita pergi dari dunia yang fana ini
Siapa tahu ini Ramadhan yang terakhir buat diri kita?
Mudah-mudahan amalan kita diterima oleh 
Allah Taala
Aku merasakan Ramadhan tahun ini paling bermakna buatku dari tahun-tahun sebelumnya
Biarpun aku terasa kejanggalan 
Kerana sesuatu yang pergi dari hidupku

Namun,
Aku bersyukur
Kerana aku berusaha untuk bangkit dari kelemahan
Bangkit dari kealpaan
Bangkit dari kesilapan lalu
Ternyata Allah Taala menyayangi hambaNya
Tahun ini juga,
Ramadhan begitu bermakna buatku
Kerana aku mampu meraikannya bersama-sama insan-insan yang aku sayangi
Kalau tahun lepas,
Aku tidak balik ke Sarawak
Aku rindukan keluargaku
Dan
Teman-temanku
Aku rindukan suasana Ramadhan di kampung halamanku
Namun,
Kali ini Ramadhan bersama usrati
Bersama teman-teman
Moga cintaku terus subur untuk mengabdikan diri kepadaMu 
Ya RABB

Ya ALLAH
Berikanlah aku kekhusyukan dan tawadhuk itu
Dalam melaksanakan ibadahMu
Peliharalah aku daripada api nerakaMu YA ALLAH
Ampunilah aku
Sesungguhnya aku benar-benar bertaubat di atas kesilapanku
Di masa lalu
Moga masih ada peluang untuk aku
Menjadi hamba ALLAH yang baik
Menjadi WANITA SOLEHAH
Penghuni syurgaMu

Ya ALLAH
Jadikanlah aku WANITA yang bahagia
Jadikanlah aku WANITA yang berakhlak mulia 
Limpahkanlah aku dengan sifat-sifat Mahmudah
Jauhkanlah aku dari sifat-sifat Mazmumah
Sifat-sifat yang keji dan mungkar
Ya ALLAH
Moga Ramadhan kali ini memberi kekuatan kepadaku
AMIN YA RABB




Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...