Monday, August 22, 2011

Lelaki Idaman Ana


Keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..Insyallah..
Lelaki idaman ana
Lelaki idaman ana adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah
Lelaki idaman ana adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki idaman ana adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Lelaki idaman ana sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya
Lelaki idaman ana tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki idaman ana sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman ana adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa ana bersama
Dialah lelaki idaman ana

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

6 orang sayang saya:

Shorim Kasih said...

amin...bagaimana pula perempuan idamanku??? huhu

Nur RaFezza Fetheri said...

Em .. apa kata Shorim pula yang tulis pasal Perempuan Idaman .. sbb anta lelaki ..

Shorim Kasih said...

susah sbb saya sendiri pun tak tahu nak tulis perempuan idaman saya sdgkn diri sndiri tak layak mengidamkan seperti itu...

Nur RaFezza Fetheri said...

Itu cuma impian ana .. dan impian itu ana cuma susuli dengan doa.Betul kadang-kala kita tidak mengharapkan sehebat itu tetapi kalau kita mendapat, itulah anugerah Allah untuk kita syukuri.Rahsia jodoh tak siapa yang tahu kecuali Allah.

Shorim Kasih said...

kitak oghang srawak ka? sik da hal, kamek kelakar sarawak jak la..benda kitak molah tok nang benar mun kitak ghasa kitak mampu mnghrpkn mcm ya n kitak ya kamek rasa, satu hari ketemu juak dgn mebiak yg kitak mok ya..amin

Nur RaFezza Fetheri said...

yup.. i'm sarawakian. tq ats doa ya. Amin. Moga ktk owez dlm lindungan & rahmat Allah Taala.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...