Friday, August 26, 2011

Kak Gee - Suara Hati Ini

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, hari ini dah masuk Ramadhan ke 26, esok ..esok dan esok tak lama lagi nak menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Syukur Ya ALLAH, Engkau masih panjangkan usia hambaMu ini. Anu menghargai kehadiran Ramadhan kali ini. Semoga masih ada sinar buat diri ini meniti hari-hari yang mendatang. Kadang-kala, anu berasa ana kuat untuk menghadapi semua ini, kadang-kala, ana berasa lemah dan kerana itu Ya Allah, ana sentiasa mengharapkan rahmatMu agar ana diberi kekuatan, ketabahan hati untuk menempuh semua ini.

Apa yang hendak ana nyatakan di sini, suara hati ana hari ini. Hari ini ana berjumpa dengan seseorang. Seseorang yang ana tak pernah jumpa seseorang yang ana tidak pernah dengara suaranya namun bagi ana, hanya kasih sayang ana bertaut pada insan tersebut. Kak Gee. Biarlah adik berterus-terang lagi di sini. Terlalu sekejap rasanya masa berlalu bila berbual-bual dengan kakak. Sebenarnya, sebaik sahaja selepas mimpi ngeri itu terjadi, adik semahu-mahunya tidak mahu sesiapa pun mengetahui pasal adik terutama kakak, along dan keluarganya. Bukan kerana adik takut, tidak sekali-kali. Adik berani tampil ke hadapan untuk bercakap perkara benar. Namun apalah gunanya, kerana adik sedar adik sudah tidak mempunyai hak dan lawan adik telah lari begitu sahaja. Lari ketakutan membawa diri.  

Namun, bila kakak mencari adik, bila kakak hubungi adik, tidak tergamak rasanya memutuskan hubungan kasih sayang kita. Walaupun kita kenal untuk tempoh yang singkat, namun ikhlas adik katakan adik menyenangi dan menyayangi diri kakak. Kerana sayang pada kakak, walau kita tak pernah berjumpa sebelum ini, tetapi adik mempercayai kakak, kerana adik ingat lagi kata-kata kakak kepada adik bila kakak menemani adik. Anggaplah kakak umpama kakak adik sendiri. Sampai bila-bila adik ingat kata-kata kakak. Adik tak pernah lupa.

Dan kerana itulah yang mendorong adik berani berhadapan dengan kakak. Hadirkan diri adik di hadapan kakak. Adik terlalu rindukan kak angah. Malah adik sebenarnya berasa sangat sedih kerana kehilangan teman baik, kawan baik seperti kak angah. Tersiksa rasanya tidak dapat hubungi kak angah seperti biasa namun adik sedar kedudukan adik sekarang. Adik menahan diri adik dari menangis lagi dan adik tak mengerti mengapa sewaktu menulis ini air mata adik jatuh berlinangan. Adik teringin hendak menemui kakak dan kerana itulah adik benar-benar hadirkan diri adik di hadapan kakak. 

Adik berfikir banyak kali sebelum ini. Adik tidak bersalah, untuk itulah adik sendiri sanggup datang jumpa kakak semata-mata ingin membetulkan tuduhan palsu tersebut. Semata-mata ingin mengenali kakak. Adik tidak kisah kalau sesiapa pun memandang buruk terhadap adik atas apa yang terjadi, namun cukuplah adik meminta satu perkara sahaja. Demi ALLAH, tuduhan tersebut adalah palsu dan adik ingin membersihkan nama adik yang telah buruk di hadapan kakak sendiri, along dan keluarga. Selepas ini, adik akan pergi jauh. Adik tidak mahu menyimpan cerita luka ini lagi. 

Terima kasih adik ucapkan kerana kakak sudi berjumpa dengan adik. Kepada along dan keluarga, adik mohon maaf untuk segala-galanya andai terdapat sikap atau perlakuan adik yang menyakiti hati tanpa disedari. Adik tidak berniat nak menyusahkan sesiapa terutama along atas apa yang telah terjadi ini. Along sudah terlalu banyak berkorban. Along terlalu memikirkan orang lain berbanding dirinya dan adik doakan moga Allah membalas kebaikan along kelak. Kak angah, adik sayang kakak dan begitu juga kak Gee. 

Adik tak menjangka begini jadinya pengakhiran kepada prasangka baik adik selama ini. Namun, jauh di sudut hati adik tetap berprasangka baik terhadap Allah. Adik bertawakkal kepada Allah Taala atas segala yang terjadi ini. Kak Gee, terima kasih untuk segala dorongan dan nasihat kakak kepada adik. Alhamdulillah, ayah dan ibu menerima salam kakak dengan baik dan adik cuma sampaikan kembali salam mereka kepada kakak dengan lafaz Assalamualaikum. 

Adik harap, along dan kak Gee sudi terima pemberian ikhlas dari adik. Anggaplah ia hadiah seorang kawan kepada kawannya. Hadiah seorang adik kepada kakak dan abangnya. Hadiah sempena perkahwinan along dan kak Gee. Bukan adik nak membeli hati along dan kak Gee, tapi sekadar tanda penghargaan dari adik kerana adik banyak menyusahkan along, kak Gee. Maaf, mungkin adik tidak dapat hadirkan diri. Namun, bila berlangsungnya walimah along dan Kak Gee kelak, khabarkan kepada adik. Adik titipkan doa dan kegembiraan dari jauh. Mengenali kak Gee detik terindah dalam hidup adik. Begitu juga kak angah, along dan keluarga. Mak cik dan pakcik, Fera sayang kalian. Fera doakan moga pak cik dan mak cik sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Taala. 

Apapun terjadi, InsyaAllah adik kuatkan semangat. Doakan adik berjaya mendukung dan mencapai cita-cita adik. Sekali lagi, adik benar-benar mohon maaf untuk segala-galanya. Salam 10 akhir Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin. 

p/s : Pertama kali jumpa kak Gee,exactly you're more beautiful berbanding dalam gambar. Terdetik dalam hati adik tadi.Seyes. Adik tak tipu (^_^)

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

2 orang sayang saya:

A-Chik said...

berpisah dengan org tersayang mengundang kesedihan..

Nur RaFezza Fetheri said...

Memang menyedihkan kerana terpaksa menahan diri daripada menghubungi orang yang kita sayangi. Semoga mereka terus menyayangi diri ini.Walau di mana diri ini berada, kasih sayang mereka akan tetap dikenang sampai bila-bila kerana kasih sayang ini ikhlas datangnya dari hati ini.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...