Wednesday, August 17, 2011

If The Beloved Were Among Us ::: Rasulullah S.A.W



Assalamualaikum kawan-kawan.. Alhamdulillah hari ni dah masuk 17 Ramadhan untuk tahun ni. Namun terasa sedih pula. Ramadhan akan meninggalkan kita juga nanti. Untuk itu, hari ni ana nak share sebuah video lagu Arab. Ana suka benar dengan lagu ni. Sempena Nuzul Al-Quran di bulan yang mulia ini. Ana harap video lagu ini sekurang-kurang nya menjadi pemangkin untuk kita mengingati junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Terimalah لو كان بيننا الحبيب / If The Beloved Were Among Us



Ingin ana berkongsi secara ringkas daripada kisah sempena Nuzul Al-Quran ini. Betapa Malaikat Jibril mengajar Rasulullah S.A.W membaca Surah Al-Alaq dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan kesungguhan walaupun pada mulanya Rasulullah S.A.W mengalami kesukaran mengikut perintah Jibril. Sehingga Jibril memeluk Rasulullah S.A.W dengan kuat.

Maka .. begitu juga dengan kehidupan hari ini. Misalnya,kita boleh sinonimkan keadaan ini kepada ibu bapa yang merasakan susah untuk mendidik dan mengajar anak-anak mereka, jika mengalami kesusahan maka peluklah anak-anak .. berikan keyakinan kepada mereka. Janganlah marah atau mengherdik mereka dengan perkataan tidak sesuai .. adakah Jibril marahkan Rasulullah ? Tidak kan ... maka banyak pengajaran yang dapat kita perolehi di sini.

Wahyu pertama dalam Surah Al-Alaq Ayat 1 sehingga 5 menunjukkan betapa Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan menggalakkan umatnya rajin menuntut ilmu. Junjunglah Al-Quran, junjunglah iman dan taqwa, junjunglah ISLAM yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita.


Mengapa kita menulis dan membaca ? Anda tanya diri sendiri .. anda tahu jawapannya ..
Renung-renungkan dan selamat bermuhasabah diri ...

p/s : Semoga terhibur dengan video lagu tadi. Kalau suke entry ni.. sila2 lah LIKE.

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

6 orang sayang saya:

Nur RaFezza Fetheri said...

Allah rahmati kami dengan Al-Quran. Jadikan ia pilihan cahaya petunjuk dan rahmat.. Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan

~NajiLaA~ said...

suka cara pedekatan rafezza. :)

Nur RaFezza Fetheri said...

Alhamdulillah..tq

emydiaz3 said...

syukur..alhamdulillah

sizuka[Izzati] said...

Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini :)

Nur RaFezza Fetheri said...

Sama-sama .. moga cinta kita terus subur buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...