Friday, August 5, 2011

Halal Atau Haram

Assalamualaikum pembaca sekalian

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Mahabbah

Sempena bulan yang mulia ini

Alhamdulillah, syukur kita masih lagi bernafas hari ini untuk meneruskan ibadah kita di bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Dan sekali lagi

Pada hari ini,
ana ingin mengambil kesempatan ini untuk turut berkongsi mengenai isu terkini yang sedang hangat dperkatakan mengenai 

HALAL atau HARAM

Pure Creamy Butter dari New Zealand 


dan jawapannya

Pure Creamy Butter dari New Zealand tersebut haram kerana disahkan mengandungi DNA babi
oleh pihak JAKIM & JAIS sendiri



Ya Allah

Hati ana terdetik, kenapa baru sekarang berita mengenai penggunaan mentega tersebut disahkan haram.
Sedangkan,
Sudah terlalu lama creamy butter tersebut digunakan secara meluas.
Dari ana kecil,
Masih di zaman kanak-kanak
Sekarang usia ana sudah menjangkau 22 tahun
Bukan ana tidak tahu
Creamy butter tersebut kiranya "famous" 
Digunakan oleh masyarakat setempat
Khususnya di Sarawak ni

Em..sehinggakan ana terdengar dari kawan ana
Seseorang berkata kepada dirinya
Perlu samak badan
Lepas tu kawan ana kata
Ada orang kata kena minum air tanah

Kalau kita dah termakan tu
Yang "tak halal"
Banyak2 kan lah istighfar memohon keampunan kepada Allah
Bukan kita sengaja
Kalau dah tahu dah tentu kita tak nak makan walaupun percuma
Tapi kalau kita dah tahu
Maka SEMESTINYA jauhilah yang HARAM

Firman Allah Taala dalam Al-Quran:


Apapun,
Ana kira bernasib baik juga sekarang ini
Dihebahkan kepada orang awam
Agar sekurang-kurangnya mereka "alert"
Pasal benda ni

Lagi-lagi sekarang ni dah Ramadhan Al-Mubarak
Tak lama lepas tu Syawal pula menjelma
Sudah pasti masyarakat khususnya kaum wanita
Sibuk nak buat kuih itu lah nak buat kuih ini lah
Ha.. pengusaha kek lapis tak ketinggalan
Ana dengar ramai yang batalkan tempahan kek lapis
Sebab
Khuatir dalam kek ada penggunaan Creamy Butter tersebut
Ana harapkan moga pengusaha-pengusaha kek lapis ni lebih pentingkan
Keadaan Halal Haram ni dari keuntungan ya
Sempena di bulan penuh barakah ini
Sama-sama lah kita
Mencari keuntungan dunia akhirat
InsyaALLAH




Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...