Monday, August 1, 2011

Cinta Yang Pergi (Episod Akhir)

   
SUDAH BERAKHIR


Inilah kemuncak kepada kisah ini. 
Inilah pengakhiran yang tiada siapa menyangka menjadi sebegini. 
Kemuncak kepada kisah 19 MAC 2004
Berakhirnya kisah Hisyam dan Rafezza. 
Hancur pergi bersama janji-janji palsu Hisyam. 



JANJI HISYAM
Untuk sempurnakan impian 19 MAC 2004 kami


JANJI HISYAM
Bekerja untuk membina masa depan kami bersama


JANJI HISYAM
Untuk membahagiakan diriku sehingga ke akhir hayatnya


JANJI HISYAM 
Untuk membahagiakan kedua-dua orang tuanya


JANJI HISYAM
Menyunting diriku kelak setelah tamat pengajian 


JANJI HISYAM
Untuk membina Usrah Sakinah Mardhatillah yang kami impikan
Aku teringat lagi janjinya dalam surat pertama yang dihantarnya kepadaku 
8 tahun dahulu


Janji untuk membahagiakan kedua-dua ibu dan ayahnya


Namun, itu hanya janji bila dia sendiri melukakan hati ibu dan ayahnya
Keluarganya


Dan hatiku
Turut terluka dengan tindakan Hisyam sendiri








Aku benar-benar terkilan 
Kerana dia sanggup menyakiti hati insan-insan yang menyayangi dirinya
Kalau aku tidak mengapa lagi
Kalau hati kedua ibu ayahku tidak mengapa lagi
Tetapi hati kedua emak dan bapanya
Hati keluarganya sendiri
Tidak engkau hiraukan wahai Hisyam

Benar

Hisyam pernah berkata kepadaku

Dia sudah tidak kisah dan tidak peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi untuk kembali kepadaku tidak sekali-kali

Aku teringat lagi di saat dia menyerangku
dengan kata-kata kesat beberapa minggu yang lalu

Dia benar-benar marah kepadaku

Apakah silapku?

Sedangkan aku tahu cerita sebenar

Aku tahu hakikat kebenaran dari keluarganya sendiri

Lantas aku dipersalahkan

Lantas aku yang dibenci

Akibat kesalahan yang tidak aku lakukan


Adilkah itu?

Sedangkan engkau sendiri mencipta sengketa ini


Engkau mencipta derita dan sengketa


Engkau dengan mudah menuding jari menuduhku


Untuk menyembunyikan kesilapanmu


Sedangkan aku di sini menanggung derita


Lantas engkau marah kepadaku

Sengaja engkau berkata jangan membuat dirimu benar-benar membenci diriku

Itulah antara ucapan engkau kepada diriku

Begitu mudah bagi engkau  

Menuturkan kata-kata yang agak kasar

Aku tahu engkau sengaja bersikap begitu

Dengan harapan dapat keluar dari kemelut cinta tiga segi yang engkau ciptakan ini


Engkau begitu marah kepadaku


Sedangkan


Aku langsung tidak pernah


Menjentik Isna


Mengherdik Isna


Apatah lagi


Memarahi Isna 


Sebaliknya engkau melindungi dan mempertahankan Isna


Di hadapanku


Namun aku masih bersabar


Dan


Tanpa sebarang pesanan engkau pergi melarikan diri begitu sahaja


Engkau memang pengecut

Pengharapan keluargamu untuk bertemu denganku

Akhirnya
Pengharapan yang bertukar menjadi 
MIMPI NGERI


29 Jun 2011,
Merupakan hari yang indah,
Hari penuh sejarah pada tahun ini,
Hari Isra' Mikraj. 
Tapi.....hari itu ..........................................
Hisyam datang ke rumahku,
Aku pelik dia datang membawa bunga telur
Dia memberiku bunga telur tersebut tanpa berkata apa-apa
Kemudian,
Dia berlalu pergi begitu sahaja
Bersama deruman enjin motosikalnya
Memecah kesunyian ketika itu
Dan sekali lagi 
Air mataku menitis
Kerana
Aku memanggilnya berulang kali
Namun,
Tidak diendahkannya panggilanku
Dan
Hisyam berlalu pergi begitu sahaja
Pandanganku berubah melihat sinar cahaya
Semakin lama dan semakin cerah
Lalu
Aku terkejut dan bangun dari tidurku
Astaghfirullahaladzim...
Istighfarku dalam hati berulang kali.Aku bermimpi lagi.
Sudah masuk waktu Subuh rupa-rupanya. 
Segera aku bangun dari tidurku. 

Pagi itu


Rabu 29 JUN 2011, 

Seawal pagi lagi kawan-kawanku mencariku. Antara mesej mereka berbunyi, 

"Salam, Fera ini no tel kau ke ?"

"Salam, Fera ada tak Awin cari kau ?"

"Salam, Fera, tolong angkat telefon."

Kira-kira jam 12 tengah hari, aku mendapat panggilan dari seorang rakan. 

"Assalamualaikum, Fera."

"Wa'alaikummussalam. Ya Fera ni. Kenapa?"

"Fera tahu tak ?"

"Tahu apa ? Kenapa ni ?"

"Fera,kalau Fera dengar mesti tak percaya.
Hisyam dah nikah kira-kira jam 10 pagi tadi"

Sebak. 
Aku hanya mampu terdiam.
Kemudian, aku berkata sambil ketawa. 

"Sekarang dah jam 12 tengah hari, dah selamat dia menjadi suami orang." 

"Macam mana boleh tahu ?" Aku tanya lagi.

"Tahu dari keluarga angkat Hisyam di Sampadi. Mak angkat Hisyam beritahu.
Lepas tu kawan-kawan kita yang lain tahu dari keluarga angkat dia."

"Tak apalah kalau begitu, terima kasih banyak ya".

"Fera, bersabarlah ya. 
Rasa tak percaya juga ni."
Balas kawanku


Dalam hatiku, antara percaya atau tidak.Aku ingin menelefon ibunya tetapi aku pendamkan sahaja. Segera aku menghantar SMS kepada along dan angah Hisyam untuk bertanyakan hal sebenar.Aku tanyakan kepada tunang along,Kak Gee mengenai perihal sebenar. 

Sehinggalah petang itu, baru aku mempunyai kekuatan untuk menelefon ibunya. Benar, Hisyam dah nikah. Aku tahu dari ibunya. Tapi kenyataan ibunya membuatkan aku terfikir, mengapa dia sanggup buat begitu. Teresak-esak aku menangis bila bercakap dengan ibu Hisyam. Tanpa aku sedari, air mata aku mengalir deras.

"Mak cik, betul ke Hisyam dah nikah ? 
Dengan siapa ?"
Tanyaku 

"Benar, nak. 
Pagi tadi jam 10 pagi Hisyam dah bernikah dengan Isna.
Mak cik pun sedih jadi macam ni. Mak cik pun tak pergi dia nikah."


Dari nada suara ibunya, kedengaran sedih dan sayu nadanya. Kota Samarahan ke Miri terlalu jauh. Ibarat ke dari N.9 ke negeri Kelantan. Hisyam di Miri dan keluarganya di Kota Samarahan. Kalau pun dia memberitahu ibunya, apalah daya ibunya untuk pergi ke sana secepat mungkin. Aku tidak pasti sama ada dia telah maklumkan pada ibunya terlebih dahulu mengenai pernikahan mereka atau pun selepas nikah baru dia memaklumkan kepada ibunya. 

"Allahu Akhbar, 
mak cik sampai hati dia buat saya begini. 
Kalau benar dia sudah tidak perlukan saya lagi dalam hidup dia, 
kenapa tidak dia sendiri berhadapan dengan saya?
Kenapa tidak dia sendiri khabarkan kepada saya bahawa dia hendak menikah?
Secepat itu dia membuat keputusan.
Sebelum ini,bersungguh-sungguh dia berjanji untuk selesaikan segala-galanya bila saya dah balik Sarawak nanti.
Dan tempoh hari dia merayu-rayu lagi dengan saya minta masa untuk berfikir?
Saya tak faham dah dengan dia mak cik.
Kenapa dia sanggup buat macam ni?"

"Fera, Hisyam cerita pada mak cik bahawa setiap kali dia mesej dan telefon Fera,
Fera tak pernah pedulikan dia, 
Fera tak pernah balas mesej dia dan tak pernah angkat call dia selama ini". 

Tut..tut...tut...tut...tut...tut...tut...tut...

Talian terputus bersama dengan air mataku yang hangat mengalir dan aku tidak sempat untuk menjelaskan perkara sebenar kepada ibunya. Baru kini aku tahu dan jelaslah segala-galanya kepada diriku. Sungguh tidak aku sangka, Hisyam melemparkan kata-kata yang tidak benar tentang diriku.Benarlah seperti apa yang telah along dan angah ceritakan sebelum ini.

Aku teringat lagi, kata-kata along.
"Hisyam kata,Fera keluar dengan lelaki lain.
Along tak tahu nak sebelahkan sesiapa dah."

Kata-kata Angah Hisyam pula berkata, 
"Adik, Hisyam kata hubungan korang dah lama terputus sebab adik ada LELAKI lain di universiti". 

Ya Allah, 
Betapa aku sibuk di universiti belajar dan berjuang mendapatkan ilmu tetapi semudah itu dia melemparkan tuduhan bahawa aku ini berhubungan dengan lelaki lain. 

Sedikit pun aku tidak pernah menghampiri mana-mana lelaki semata-mata aku teringat rayuannya pada aku satu ketika dahulu supaya jangan meninggalkan dirinya jika aku berjaya memasuki universiti.

Aku cukup menjaga pergaulan ku dengan mana-mana lelaki selama aku di universiti hatta sejak dari sekolah menengah lagi,tetapi tuduhan itu terlampau berat bagiku.  Alhamdulillah, aku kotakan janji aku selama aku berada di universiti.Tetapi dia sendiri mengkhianati janji tersebut. 

Untuk sekian lamanya, aku bersabar, aku mendiamkan diri. Akhirnya,tumpah umpama musim hujan yang tak henti air mataku. Aku benar-benar terkejut dengan perkhabaran yang sampai kepadaku. Sepanjang hari aku mengalirkan air mata duka.Aku berjanji kepada diriku, itulah air mata duka ku yang terakhir!!!

Aku nangis semahu-mahunya hari itu.
Sepanjang hari aku menangis.
Aku sedar tangisan berdarah sekalipun tidak berguna.
Lantas aku khabarkan kepada ibu dan ayahku
Betapa mereka terkejut dengan perkhabaran yang aku bawa.
Aku menjadi mangsa. 
Kepada sebuah pasangan yang melakar impian dan mencipta bahagia.
29 JUN 2011
Sah akad di tangan Hisyam menerima Isna dalam hidupnya
Telefon ku tidak henti-henti menerima panggilan dan mesej
Dari kawan-kawan sekolah menengah dan IKMAS
Bertanyakan perihal Hisyam 
Aku tidak tahu dari mana begitu cepat khabar angin 
Mengenai pernikahan Hisyam tersebar
Walhal sebelum ini kisah hubungan aku dan Hisyam berantakan
Kerana orang ketiga pun sudah sampai ke tangan orang lain
Aku tidak tahu secepat itu
Khabar itu terbang ditiupkan angin
Tidak sempat aku menjawab panggilan seterusnya, datang lagi panggilan seterusnya..seterusnya..seterusnya..dan seterusnya sehinggalah lewat malam.
Banyak panggilan yang aku terima 
Begitu juga dengan mesej


"Assalamualaikum...Fera"


Aku berkata"Wa'alaikumussalam.." 


Tiba-tiba,aku ternampak..incoming call


AKu katakan,
"Kejap-kejap lepas ni call balik sebab ada orang telefon ni"


Baru sahaja aku mengangkat panggilan tersebut,
datang lagi incoming call..incoming call..incoming call begitulah seterusnya dan seterusnya sampailah aku rimas.
Begitu juga menjelang Subuh
Sebaik sahaja mencelikkan mata
Pasti ada panggilan dan mesej bertanyakan Hisyam 
Siapa tahan?
Siapa sanggup dihujani pertanyaan?
Seminggu aku dikejar dengan pertanyaan yang pelbagai tentang Hisyam
Bahkan aku sendiri tidak tahu apa-apa

Pada petang hari pernikahan Hisyam datang, mesej along kepadaku,


"W'salam,along tak tahu pun dia nikah ? 
Dia beritahu adik ke ?

Along mesej lagi pada sebelah malamnya, 
"Salam, adik. 
Along masih cuba pujuk Hisyam pulang Kuching untuk bincang perkara ni.
Sekarang, Hisyam tak angkat call & dia off hp. Along dah mesej dia. Along akan cuba tolong adik. 
Along benar-benar minta maaf dengan adik. 

Dalam hati aku terdetik,
Dah terlambat along. Dia dah sah jadi suami orang. Idok le aku nak jadi no 2 setelah diperlakukan sebegini.Sempat lagi aku bergurau dalam hati.
Namun,betapa hatiku pedih saat itu.
Apapun, aku tahu along dah cuba sedaya upaya untuk tolong aku.
Sungguh along dan angah berusaha menolong dari dulu lagi untuk selamatkan hubungan kami.
Aku ucapkan terima kasih kepada along dan angah kerana aku tahu mereka sedaya upaya membantuku.
Tidak lupa kepada Kak Gee.
Terima kasih kerana menjadi kakak yang baik buatku.
Walaupun hanya seketika aku mengenali dirinya.


Aku teringat pesanan ayahku,


Sejurus mengetahui khabar mengenai pernikahan Hisyam,
Ayahku menghubungi ku,
Ayahku berkata,
"Kakak, ayah tahu kakak sedih.
Tetapi kakak kena bangun kena bangkit semula.
Dia bukan yang terbaik untuk kakak.
ALLAH nak jodohkan kakak kelak dengan orang yang lagi baik dari dia.
Kalau berNIKAH pun dia sudah membelakangkan keluarga itu tandanya dia bukan lelaki baik.
Kalau sudah hati ayah dan ibunya dia lukai,
maka kakak tidak perlu bersedih untuk lelaki sebegitu.
Biarkan dia dengan apa yang telah dilakukannya.
Namun kelak,
Jika dia menyesal,
Andai suatu hari dia datang mencari kakak,
biar dia langkah mayat ayah dahulu.
Ayah tidak akan benarkan sekali-kali dia datang mencari kakak lagi.
Cukuplah apa yang dilakukannya terhadap kakak.
Banyakkan bersabar kakak.
Kakak kena kuat.Tumpukan perhatian pada pelajaran kakak."

Malam itu juga, 
Mesej-mesej kak angah pula berbunyi,
"Nikah?Biar betul?Apa Hisyam tak ada keluarga?Ingat dia boleh nikah ikut kehendak dia tanpa beritahu apa-apa dengan kami?
Tak ada pun Hisyam cakap apa-apa."


"Sampai hati Hisyam buat tindakan macam ni adik."

"Sabar dik, mak di kampung risau dah dan mak kata bapa dah terdiam tidak terkata dengan tindakan Hisyam".

"Sedih, kakak dik.Malu pun ada dik, sampai hati Hisyam sanggup buat tindakan sebegitu tanpa berbincang dengan kami.Sanggup dia membelakangkan keluarga. Kecil hati mak dan bapa bila Hisyam buat begitu. 
Apa dia ingat dia anak yatim piatu ????? 


"Pening dah kakak dik,kakak tak tahu nak kata macam mana dah.Sampai hati Hisyam buat macam ni.Adik bersabarlah.Dik,kakak nak nombor telefon Isna.Adik ada simpan tak?


Kemudian,antara SMS dari alongnya berbunyi,

"Along pun tak tahu kenapa dia jadi begitu sampai macam tu sekali.
Hisyam senang-lenang ambil cuti dan off hp. Mak di kampung dah susah hati. 
Setiap hari along ulang alik dari tempat kerja ke kampung dan bawa mak pergi rumah angah. Sekurang-kurangnya mak dapat bermain dengan Mia dan mak dapat lupakan sekejap masalah ini". 

"Dik, minta no telefon lain Hisyam dengan Isna. Tahu tak ?" 

Dan ternyata banyak lagi mesej dari along dan angah yang sampai kepadaku. Mereka menzahirkan kekecewaan mereka terhadap tindakan Hisyam.Paling aku tidak tahan, Bila keluarga Hisyam minta no telefon Hisyam dan Isna dariku. Aku ? Siapa aku ?Aku orang luar dah.Bukan siapa-siapa.Aku dah tak berhak dalam urusan mereka.

Tetapi ku gagahkan diri bertanya dengan pihak PERYATIM mengenai Hisyam dan meninggalkan pesanan kepadanya bahawa keluarga Hisyam sedang mencarinya. Aku minta kepada staff PERYATIM supaya menghubungi Hisyam dan meminta dia menghubungi keluarganya.Itu yang aku mampu buat. Sekurang-kurangnya aku sekadar membantu keluarganya.

Maklumat tentang Hisyam telah ku perolehi. Aku khabarkan kepada keluarganya bahawa Hisyam tidak dapat dihubungi dan dia sedang bercuti. Tambahan pula, Hisyam telah berpindah ke luar dari kediaman staff PERYATIM. Kepelikkan timbul dalam diriku, keluarga isterinya tidak juga mengkhabarkan perkara itu kepada keluarga Hisyam sendiri mengenai pernikahan mereka.Bukankah isterinya pernah berkata kepadaku bahawa dia mempunyai makcik? Apakah mereka bersepakat? Bukankah sebelum ini kerap Isna menelefon emak Hisyam meminta restu.Tetapi bila dah nikah boleh jadi huru-hara sebegini.Kalau tidak menganggu dan melibatkan aku tidak lah aku kisahkan sangat.Tetapi ini dah melampau menganggu privasi aku.Ahh...Biarlah..itu bukan urusan ku..Kerana aku jauh, jadi aku tidak boleh menilai dan berkata sesuatu yang aku tidak tahu. 

Dek kerana tak tertahan privasi hidupku terganggu. Aku minta sahabat baikku Azura menghantar mesej ke fb isterinya supaya meminta "mereka" menghentikan hide and seek dan menghubungi keluarga. Tetapi Azura kata,"Itu hak kau. Baik kau cerita hal sebenar agar kau tidak menanggung beban mereka yang melarikan diri.Tidak sepatutnya mereka seronok berNIKAH tetapi semua orang mencari engkau termasuk keluarganya. 

Aku beranikan diri mesej ke fb isterinya dan nyatakan hal sebenar.Aku katakan cukuplah sudah si "Dia" menambah luka di hatiku dan memfitnah aku.Tidak cukupkah lagi dengan menipuku. Maka, bertanggungjawablah atas perkahwinan sendiri dengan bersemuka dengan semua orang, mengapa aku yang harus menanggung kebahagiaan mereka'.


Tiba-tiba.............................
Baru aku perasan dan teringat.
Terdapat satu tarikh yang Hisyam catatkan dalam telefon bimbitnya.


29 OKTOBER 2010

Cari lagu DARI KERANA MATA

Kebetulan
Aku mendapat panggilan telefon dari Nieys 
mengkhabarkan kepadaku perkara sebenar
Memang
Hisyam dan berhubungan dengan Isna dari bulan Oktober tahun lepas
Nieys menceritakan kepadaku

"Fera,ada senior Nieys masa sekolah rendah yang bekerja di PERYATIM. 
Kebetulan dia berhenti bekerja lalu tempatnya digantikan oleh Hisyam.
Sebelum tu, Isna memang bercouple dengan orang dari PERYATIM juga.
Entah macam mana suatu hari senior Nieys katakan heboh cerita di PERYATIM bahawa Isna dan Hisyam couple.Dan hubungan Isna dengan teman lelaki lama nya dah terputus.
Itu yang Nieys tahu dari cerita senior Nieys.
Itulah cerita sebenarnya.
Maknanya, mereka dah couple dari Oktober 2010 lepas lagi Fera.

Menangis sekali lagi diriku bila mendengar kata-kata Nieys.
Aku sudah menjangka mereka mempunyai hubungan.
Cuma aku tidak punya bukti yang kukuh dan kuat.
Hisyam bermati-matian menafikan segala-galanya dari aku selama ini setiap kali aku bertanya
Aku sedar sebelum ini kerap Isna mencoretkan ayat-ayat cinta berbunga-bunga di dinding facebook Hisyam.
Namun aku biarkan sahaja kerana bagiku mungkin dia hanya kawan ketika itu.
Namun,
Aku tidak menyangka
Hisyam sendiri menyemai racun yang membunuh kasih sayang selama 
8 TAHUN INI
Sungguh engkau amat kejam Hisyam
Mengapa tidak engkau berterus-terang segala-galanya dengan diriku
Dari engkau menyiksa perasaan aku selama berbulan-bulan
Sedangkan engkau bahagia di sana bersama Isna
Mengapa tidak engkau akhiri terus hubungan kita secara terus-terang
Mengapa tidak pengakhiran secara baik ???











Ya ALLAH
Betullah apa yang telah Isna katakan kepadaku selama ini
Sewaktu aku menghubungi dirinya beberapa minggu yang lalu
Isna mengatakan,
"Dah lama kami couple dari bulan OKTOBER tahun lepas"

2 hari sebelum tarikh tersebut adalah hari lahirku
Mengapa dia berpura-pura selama ini terhadapku?
Mengapa sanggup balik ke Kuching semata-mata berjumpa aku dan memujukku pada Disember tahun lepas
Akhirnya
Aku mengerti sikapmu Hisyam
Engkau takut
Takut helahmu sampai ke pengetahuan keluarga
Takut dimarahi keluargamu kerana menyakiti aku
Rupa-rupanya,tidak sampai sebulan engkau di Miri Hisyam
Tetapi 
Begitu mudah hatimu berubah
Secepat itu
BANDAR MIRI MENCURI HATIMU
Tidak sampai sebulan engkau di sana
Engkau sudah mencari pengganti diriku
Padanlah
Engkau berhelah denganku
Engkau katakan engkau sibuk selama ini
Engkau katakan khuatir orang PERYATIM tahu hubungan kita
Kerana mereka suka menyibuk perihal orang
Engkau alihkan segala-gala yang ada di facebook
Semata-mata melindungi helahmu
Engkau menjauhi ku sewaktu datang ke universitiku
Bila aku duduk bersama-sama anak-anak Yatim
Rupa-rupanya
Engkau takut identiti diriku di hadapan anak-anak Yatim tersebut
Terbongkar
Jika orang-orang PERYATIM sendiri tahu siapa aku
Siapa aku sebenarnya ketika itu?
Engkau takut
Kelak akan merosakkan hubungan engkau dan Isna 
Yang sedang mekar
Kelak akan terbongkar rahsia engkau
Sungguh
Dari rupa luaranmu
Engkau berwajah malaikat
Menyembunyikan keburukanmu dan menunjukkan kebaikanmu
Namun
Tidak ku sangka
Engkau seorang pendusta dan penipu
Demi kepentingan sendiri
Kau sanggup lukakan hati insan-insan yang benar-benar menyayangi engkau
Keluargamu sendiri
Engkau tolak ke tepi hanya kerana sebuah perkahwinan
Dan
Menjadi mangsa keadaan
Menjadi buruan orang
Adalah aku
Aku!

8 Julai 2011

Aku kembali ke Sarawak. 

Selamat pulang ke Tanah Air Ku.

Namun, 

Belum lagi kapal terbang mendarat,

Dari atas pesawat, 

Aku menangis bila ternampak tanah Sarawak dari atas udara

Aku terasa tiba-tiba aku hampir dengan dirinya

Air mataku mengalir

Kerana di sini tersimpan banyak memori dan kenanganku

Esoknya, 

Aku ke IKMAS kerana Isnin ini, adik aku pula akan Konvo. 

Terasa macam goreng pisang panas yang laris dijual

Begitulah kisahku

Dari bertemu senior dan junior IKMAS

Tidak sah jika persoalan mengenai dirinya ditanyakan kepadaku

Aku minta maaf..


Bukan salah orang yang bertanya


Tetapi aku tahu, orang sekeliling begitu mengambil berat kerana 


itu mereka bertanya perihal sebenar.

Aku tak mampu kerana... di sini jua memori tercipta

Walau seketika kenanganku bersamanya  

Tertayang di hadapan mataku di mindaku

Umpama layar skrin yang besar tanpa henti

Aku ingin segera keluar dari IKMAS

Ingin majlis konvokesyen adikku selesai

Kerana aku tidak betah lagi untuk berada di tempat itu


Tempat yang mengundang dukaku

Tapi aku berjanji

Beberapa tahun akan datang

Aku akan kembali lagi ke sana  

Kerana aku rindukan 

Gedung ILMU itu

IKMAS bermulanya aku mengorak langkah seterusnya

Sampai ke unuiversiti Ku

USIM

Akan aku kembali

Untuk berkhidmat di sana. 


InsyaAllah

Membangunkan institusi Islam itu sendiri


Kelak! Pasti akan tiba masanya
.................................................................

Tiba-tiba, suatu hari ... 

Hisyam, 013-8294026 Isna, 019-8773290 

Aku mendapat mesej dari isterinya memberikan no telefon "mereka" kepadaku. Untuk apa ? Menyakiti diriku ? Aku katakan, aku tidak perlukan nombor telefon mereka bahkan tidak ingin untuk aku menyimpannya.

Sempat aku berbalas 2,3 mesej dengan isterinya dan dia berkata jangan menganggu rumah tangga mereka. Sungguhpun dia anak yatim piatu, dia tahu hukum hakam agama. 

Lantas hatiku berbicara,
Sungguh jika tahu hukum hakam agama,
Walau dia anak yatim,
Andai dia sendiri mempunyai maruah,
Bagaimana sekalipun,
Jika,
Hisyam benar-benar hendak menikahi dirinya,
Dia akan tetap mengingatkan Hisyam,
Agar sekurang-kurangnya,
Mengkhabarkan kepada keluarga Hisyam,
Mengutamakan mak dan bapa Hisyam,
Kerana Lelaki
sungguhpun telah berkahwin,
Ibu dan bapa tetap yang pertama dalam hidup mereka
Apakah "mereka" sama-sama tidak terfikir ? 
Walhal angah sendiri menceritakan kepadaku
Betapa Isna kerap menelefon emak Hisyam meminta restu
Tetapi SANDIWARA apa sekarang ini?
Engkau bernikah
Tetapi wajarkah keluarga engkau tahu pernikahan engkau dariku
Siapa aku?
Al-Wakil kepada engkau?
Engkau pengecut dan penakut
Aku yang menjadi sandaran untuk keluarga engkau mencari dirimu
Wahai Hisyam dan Isna
Setelah bernikah keluarga pun engkau tidak hubungi
Akukah ?
Menjadi balai menerima aduan ?
Mendengar setiap keluh kesah keluargamu
Sedangkan aku???
Hanya ALLAH yang tahu perasaanku ketika itu


Mengapa baru sekarang tiba-tiba engkau sibuk memberikan nombor telefon kalian
Walhal sudah penat kawan-kawan sendiri menghubungi Hisyam
Namun respon dari Hisyam amat mengecewakan
Sanggup engkau sendiri membuang kawan-kawan yang engkau kenal bertahun-tahun lamanya
Hatta kerana seorang isteri
Sungguh kawan-kawanmu mengadu kepadaku
Mereka terkilan dengan sikap engkau Hisyam
Langsung SMS dan CALL mereka engkau tidak hiraukan
Kalau benar engkau membenci diriku
Janganlah sehingga engkau membuang kawan-kawan kita sendiri
Itu tidak sepatutnya
Apapun
Itu kehidupan engkau
Terserah!
Aku tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan mu lagi


Dan ISNA sendiri

Aku katakan kepada Isna aku sendiri tahu hukumnya HARAM menghancurkan rumah tangga orang. Aku bukanlah "DESPERATE" sangat nak lelaki sebegitu.Rupa-rupanya mesef di fb tidak mencukupi. Isterinya menghantar mesej ke telefon bimbitku mengatakan berulang kali jangan dan jangan menganggu rumah tangga mereka. Dia mungkin tidak faham, dahulu aku khabarkan kepadanya kepada "mereka" bahawa mereka telah menyusahkan hidup aku dengan berNIKAH sebegitu dan jangan sekali-kali membalas mesej aku ke fb dan ke hp ku.Adakah dia tidak mengerti bahawa aku tidak tahan menjadi BURUAN orang bertanyakan hal Hisyam yang aku sendiri tidak tahu apa-apa. 


Kalaulah Hisyam sendiri mendengar rakaman call Isna tersebut.Isna sendiri berkata bahawa dia tidak mempercayai Hisyam 100% walaupun dia mempunyai hubungan dengan Hisyam.Hisyam tidak mengetahui nya.Tetapi,setelah bernikah bersungguh-sungguh engkau melindungi Hisyam.Apa engkau mengira aku hendak mengambil hak mu Isna? Tidak sekali-kali.TIDAK!

Setiap kata-kata Isna merobek luka di hatiku.Namun,sempat lagi aku meminta maaf kepadamu Isna kerana Ramadhan ini.Namun,luka jua yang engkau coretkan dalam SMS mu.Kerana tidak tertahan, aku terus patahkan sim card dan lemparkan ke luar tingkap.Bila membuka fb sejurus selepas itu, alangkah terkejutnya aku membaca sebuah mesej di dalamnya adalah.....................

Perkataan paling tidak dapat aku lupakan, aku dicop 
..............................................................
"PENIPU"
"PEREMPUAN KAKI FITNAH" 
"PEREMPUAN MURAHAN"
..............................................................
Ini dah melampau wahai Isna


Kerana bersabar 

Aku terus dan akan terus bersabar 


Mujur aku telah patahkan sim card ku sebelum membaca mesejmu di fb


Kalau tidak!


Aku tidak pasti apa akan terjadi selepas itu


Kerana sabar aku mendiamkan diri


Terus aku deactivate fb tersebut


Biarlah..biarlah..biarlah..


Aku pujuk hatiku


Siapa isterinya untuk mengungkap kata-kata sebegitu kepadaku ?
Apakah haknya untuk berkata begitu ?
Sedarlah dirinya masih muda setahun jagung 
Usia mentah berumur 18/19 tahun 
Adakah dia berhak sesuka hati nya melemparkan kata-kata kesat sebegitu kepadaku. 
Aku juga manusia 
Mempunyai hati dan perasaan
Cukup sudah aku terluka
Jangan ditambah dukaku lagi

Tiba-tiba aku teringat
Aku begitu menyanjungi junjungan besar kita 
Nabi Muhammad S.A.W
Sungguhpun,
Baginda anak yatim,
Tetapi baginda amat kasihkan orang lain
Baginda tidak pernah menyakiti hati orang lain

Isna,
Terus-terang
Hilang rasa hormatku kepadamu
Aku berhati-hati menuturkan kata kepadamu selama ini
Kerana aku khuatir
Bicaraku mengundang duka di hatimu 
Aku takut
Benar-benar takut
Menyakiti hati anak yatim
Terlalu berat kata-kata yang engkau lemparkan
Walaupun benar apa yang aku katakan
Walau engkau enggan menerimanya
Tetapi 
Beringatlah kebenaran itu memang pahit
Kadang-kala tidak sanggup rasanya untuk menerima kenyataan
Mungkin engkau terasa mimpi
Enggan percaya
Tetapi itulah "KENYATAAN HIDUP"
Biar aku engkau katakan "PEREMPUAN KAKI PENIPU"
Biar aku engkau katakan "PEREMPUAN KAKI PEMFITNAH"
Biar aku engkau katakan "PEREMPUAN MURAHAN"
Aku tetap tidak takut
Aku tidak kisah
Bagiku 
Kebenaran itu tetap tidak berubah
Kerana kebenaran itu telah dirosakkan oleh Hisyam sendiri

Jika merasakan aku adalah penghancur rumah tanggamu
Engkau silap!
Aku cuma berkata benar 
Mempertahankan hak dan privasi hidup aku
Segala apa yang aku katakan
Adalah kebenaran yang tidak akan berubah 
Sampai bila-bila
Engkau mengerti itu!

Jika aku ini berbahaya
Mengapa ?
Mengapa ? 
Mengapa ?
Mengapa ?
Mengapa ?
Mengapa masih engkau sendiri memberi nombor telefon 
Suamimu kepadaku
Memberi nombor telefon dirimu 
Kepadaku 
Untuk apa?
Sedangkan 
Aku tidak pernah meminta pun
Jauh sekali ingin menyimpannya
Bahkan benci untuk menyimpan segala kenangan
Yang berkaitan dengan dirinya


Dahulu,
Sewaktu pernikahan kalian,
Sibuk kawan-kawan sekolah menengah dan IKMAS sendiri menghubungi Hisyam,
Namun,
Hampa............
Kerana Hisyam langsung tidak dapat dihubungi
Hisyam mematikan telefon
Tidak membalas sebarang mesej
Kenapa baru sekarang memberi nombor telefon kalian?
Untuk apa?
Aku tidak meminta itu
Aku sendiri tidak mengerti

Jika aku ini engkau katakan 
Penghalang suatu masa dahulu antara hubungan kalian
Dan
Engkau sendiri meminta kepadaku
Agar jangan menjadi gangguan kepada hubungan kalian
Nah!
Sekarang berfikirlah
Aku hanya orang luar yang tidak mempunyai apa-apa kaitan
Mengapa harus begitu bimbangkan aku?
Engkau harus percaya dengan kekuatan akad kalian
Bukan bimbangkan aku ini
Adakah aku ini umpama bayang-bayang yang mengekori suamimu?
Engkau silap!
Mati hidup semula sekalipun aku tidak ingin mengetahui dan mengambil berat perihal suamimu


Engkau silap!
Kini dan selamanya
Aku tidak sekali-kali mencari dirinya
Menghubungi dirinya jauh sekali semenjak dia bergelar SUAMI
Hatta SMS atau CALL aku tidak pernah
Walau sekalipun memujuk rayu 
SUAMIMU ISNA!
Kerana aku masih punya HARGA DIRI
Kerana aku masih waras
Menilai kebaikan dan keburukan
Tidak perlu engkau mengajarku
Tidak perlu engkau zahirkan hukum hakam agama kepadaku
Sudah elok aku berdiam diri selama ini
Akibat kesakitan yang Hisyam sendiri ciptakan
Akibat kesengsaraan yang Hisyam sendiri nyalakan
Akibat kepedihan yang Hisyam sendiri tusukkan di hatiku
Akibat penderitaan yang Hisyam sendiri tidak ketahui
Maka
Tidak perlu engkau mengajarku
Aku cuma menzahirkan tindakan kalian berNIKAH 
Cara sebegitu 
Membebankan aku kerana orang lain 
MEMBURUKU
Aku menjadi PELARIAN
Atas kebahagiaan hidup orang lain
Atas kebahagiaan kalian

PERINGATAN!!!!! 
Buat ISNA sendiri andai dia membaca coretan ini
Perasaan aku terus mati terhadap Hisyam
Sayang?
Cinta?
Kasih?
Rindu?
Walau sedikit pun dah tak wujud
Kerana
Apa yang dah dilakukan oleh dirinya terhadapku
Membunuh kasih sayangku terhadapnya
Sedarlah
Dia hanya persinggahan
Dalam hidupku
Terus terang, 
Tiada sebab untuk aku datang 
Merebut cinta Hisyam yang sudah sah menjadi milikmu
Tiada sebab untuk engkau berasa bimbang
Kerana engkau telah menang memiliki Hisyam
Tiada niat untuk aku menghancurkan rumah tangga kalian berdua
Aku akan pergi jauh dari hidup kalian
Usahlah bimbang 
Tiada sebab untuk aku takut kepada kalian berdua atau sesiapa pun
Kerana
Aku tetap menang berkata benar
Aku tidak kisah walaupun aku buruk di mata engkau
Walaupun aku buruk di mata Hisyam
Walaupun aku buruk di mata sesiapapun
Walau bagaimana sesiapa pun menilai diriku
Aku tidak takut
Aku tidak peduli
Apa yang aku kisahkan adalah
Bagaimana ALLAH menilaiku kelak
Bagaimana pandangan ALLAH terhadapku
Namun aku bersyukur
Sekurang-kurangnya aku tetap menang
Kerana aku berani mencari kebenaran selama ini
Aku tetap menang
Kerana aku tetap berani berkata benar
Aku tetap menang kerana aku tetap bersabar
Selama ini
Aku tetap menang kerana aku tetap bertahan
Aku tetap menang
Kerana aku tetap dengan pendirianku selama ini


Kadang-kala aku tersenyum
Dek kerana sikap kalian berdua
Cara kalian berdua berNIKAH
Seperti tidak berani menghadapi orang-orang di sekeliling
Tindakan yang tidak matang
Tetapi
Akhirnya
Menjadikan aku seorang yang berani
Dek kerana
Aku membawa bersama kebenaran bersamaku
Kadang-kala aku tersenyum
Biarpun hatiku kesakitan dek kerana kata-katamu Isna
Tapi
Aku beranggapan
Biasalah
Umurmu masih mentah 
Mungkin
Pada usia 18 tahun ini
Engkau masih perlu belajar dengan sebaik-baiknya

Supaya berfikiran matang
Supaya memahami perjalanan hidup engkau masih jauh
Begitu juga Hisyam


Beringatlah
Walaupun aku marah akibat perbuatan Hisyam yang telah banyak menggores luka di hatiku,
menabur fitnah padaku,
meninggalkan aku, 
menipu diriku dan keluargaku selama ini,
Tapi sedikit pun aku tidak pernah berkata-kata kesat.
Hatta kepada Hisyam sendiri.
Tapi bagi aku, 
Adalah teramat melampau perkataan tersebut.
Terima kasih kerana menambah luka di hati aku. 
Terima kasih atas kata-kata kesat engkau. 


Beringatlah .. Aku tetap SABAR


Ya ALLAH, terlalu berat kata-kata yang dilemparkan kepadaku.
Sungguh Ya ALLAH,
Demi Mu Ya ALLAH, 
Demi RasulMu, 
Demi Kitab Al-Quran yang suci,
Aku tidak pernah berdusta dengan apa yang aku ceritakan kepada keluargaku, keluarga Hisyam dan Isna sendiri. 
Ya ALLAH, 
Aku serahkan orang yang menzalimi diriku sepenuhnya kepadaMu. 
Ampunkanlah aku, ampunkanlah mereka.




Ya ALLAH,
Sudah puas aku menangis pada yang tak sepatutnya,
Maka ampunilah aku,
Ya ALLAH,
Kau kurniakanlah kesedaran dan keinsafan kepada orang yang menzalimiku,
Andai paras rupa adalah segala-galanya
Kau tunjukkanlah dia kelak
Andai dia berani bersumpah atas namaMu 
Ya ALLAH
Selama ini semata-mata untuk menipu
Kerana 
Menutup kesalahan yang dilakukannya
Maka Kau tunjukkanlah dia 
Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Adil Ya RABB




SEBULAN KEMUDIAN-29 JULAI 2011


Aku berhubung dengan kawan baikku, 
Adi menerusi facebook.Dia kawan yang aku kenali semenjak dari sekolah rendah sehinggalah kami sama-sama belajar di sekolah menengah.Aku tidak menyangka setelah sekian lama air mataku gugur lagi...
Gugur kerana terkejut bila Adi menceritakan sesuatu kepada diriku.


"Aku di Miri sekarang.Nanti raya kita jumpa balik semua member2 kita."
Adi berkata kepadaku


"Miri? Bandar Miri merobek hatiku"
balasku


"Mengapa?" tanya Adi


"Owh,aku tahu. Pasal Hisyam.Maaf aku terlupa,"
kata Adi


"Tak apalah,"balasku lagi


"Eh,sebelum Hisyam nikah aku ada jumpa dia,"
cerita Adi kepadaku


"Jumpa?" aku semakin tidak mengerti


"Aku nampak dia berjalan-jalan dengan seorang perempuan tu.
Lepas tu segera aku tahan dia, tapi dia boleh kata tak kenal dengan aku,"
tambah Adi lagi


"Kemudian,terus Hisyam kata, ni tunang aku.Tak lama lagi kami nak nikah,"Hisyam sendiri cakap dengan aku macam tu.


"Aku ingatkan kau dah break dengan Hisyam,"
balas Adi lagi


Kemudian,aku pun membalas,
"Ya ALLAH, Adi aku sedih lagi mendengar kata-kata ko.
Dah lapan tahun hubungan kami.
Hisyam sendiri yang curang.Hisyam tinggalkan aku begitu sahaja.
Hari ni dah genap sebulan dia nikah dengan Isna.
Aku tak tahu rupa-rupanya dia dah merancang sebegitu jauh untuk hidup bersama dengan perempuan tersebut."


"Wah.. 8 tahun! Aku minta maaf.
Tak ada niat nak buatkan kau bersedih.
Banyakkan bersabar kawan."
balas Adi


Setelah mendengar cerita Adi, barulah aku tahu rupa-rupanya dah lama Hisyam bersama-sama dengan Isna.
Patutlah bila aku menegur ke mana pergi nya cincin di jarinya
Dengan selamba 
Hisyam mengatakan cincin tersebut sudah hilang
Dan aku ternampak cincin baru di tanganmu
Hanya aku yang masih setia memakai cincin di pemberian engkau
Namun apa gunanya lagi ketika itu
Sejurus selepas berjumpa engkau kali terakhir
Cincin itu tidak layak lagi berada di jariku
Kerana itu hanya mengundang kesakitan 
Kepada diriku


Selepas Hisyam nikah,
Syukur segala-galanya baru terbongkar
Sampai kepadaku,
Padanlah Asmad tidak menyenangi diri Hisyam selama ini,
Rupa-rupanya dia tahu perangai Hisyam kaki perempuan.
Namun,agak terlewat untuk dia menceritakan segala-galanya
Kalau dahulu aku ketahui sikapnya sebegitu
Sudah pasti aku membuang Hisyam terus dari hidupku
Namun,tidak berguna menyesal
Aku seharusnya bersyukur
Ini ujian buat diriku
Agar aku terus tabah menempuhi hidup ini




Ya ALLAH
Aku redha Hisyam bukan jodohku 
Bahkan 
Jauh di sudut hatiku
Aku gembira
Aku benar-benar gembira dia bukan jodohku.

Aku mengaku pada permulaan dahulu aku agak terkejut.
Aku lemah. 
Aku tidak berdaya tetapi aku benar-benar mengharap dan mendamba RedhaMu Ya Allah
Namun, setelah aku bermuhasabah diri


Aku berfikir dengan mendalam
Ada hikmahnya
Untuk apa aku mengambil 
Pengajian Akidah Dan Agama di universiti
Jika aku sendiri 
Goyah dengan ujian dunia
Jika aku sendiri lemah
Jika aku sendiri jatuh tersungkur di pertengahan
Sedangkan Syaitan pasti akan bersorak gembira
Kerana penuntut ilmu ini lemah dalam 
Pengembaraan hidupnya
Goyah dalam perjuangannya
Untuk apa
Aku berpegang dengan Akidah Islam
Jika aku sendiri 
Tidak tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup
Untuk apa aku memberi perangsang kepada orang lain
Kepada adik-adikku
Jika aku sendiri 
Tidak tabah menelan kepahitan ini
Jawapannya
Kembali kepada fitrah yang nyata
Kecintaan 
Kepada 
Allah Yang Maha Esa
Redha dengan Qada' Qadar Allah Taala
Alhamdulillah
Aku teruskan jua kakiku melangkah ke hadapan
Kerana aku yakin 
Janji Allah 
Menyediakan yang lebih baik untuk ku
Menyedarkan aku untuk terus bersemangat menempuh hari-hari 
Yang mendatang walau pun sukar
Aku redha
Ya ALLAH ampunilah hamba-Mu ini 

Semoga kebahagiaan menjadi milikku kelak
Aku ingin mencintai-Mu setulusnya 
Ya Rabbi 

.............................................................................................................
Ingin aku kongsikan firman ALLAH TAALA yang menjadi penguat kepada diriku,
Nasihat yang telah dititipkan oleh teman baikku, Mizan.

Surah An-Nahl Ayat 126 sehingga 128,

"Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan balasan yang setimpal dengan apa yang ditimpakan terhadapmu.Tetapi jika kamu bersabar,sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang bersabar."

"Dan bersabarlah (Muhammad)dan kesabaranmu itu semata-mata kerana pertolongan ALLAH TAALA dan janganlah engkau bersedih hati terhadap manusia dan janganlah pula engkau bersempit dada atas tipu daya yang mereka rencanakan."

"Sungguh, ALLAH TAALA bersama-sama dengan orang yang bertaqwa dan berbuat kebaikan."

Benar

"Jika kita mencintai seseorang,tidak semestinya kita memiliki"

"Hendaklah engkau membenci seseorang itu sekadarnya kerana boleh jadi engkau akan menyayanginya kelak,
Dan
Hendaklah engkau menyayangi seseorang itu sekadarnya kerana boleh jadi engkau akan membencinya suatu hari kelak.
Peringatan buat diri yang terlupa."

Aku teringat lagi firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 216,
Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagimu,
Boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagimu,
Ingatlah ALLAH Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui

Untuk itu,
Aku sinonimkan keadaan aku dengan ayat di atas
Aku menyukai Hisyam ... Itu dahulu
Dan dia bukanlah terbaik bagiku
Aku tidak menyukai keadaan aku bersedih
Namun,
Itulah yang terbaik bagiku
Atas musibah ini
Mengajar aku menjadi lebih tabah
Atas musibah ini
Allah Taala selamatkan aku
Allah Taala itu Maha Adil
Alhamdulillah
Di sebalik kedukaanku
Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik
ALHAMDULILLAH
Keputusan peperiksaan sem 2 aku
Adalah hadiah tidak ternilai 
Buat ayah dan ibuku
Jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur 
Ya ALLAH

Kepada teman-temanku dan keluargaku,aku benar-benar menyayangi kalian.
Terima kasih juga aku ucapkan kepada seorang teman
Orang yang aku cintai lapan tahun lalu
Orang yang aku sanjungi lapan tahun lalu
Orang yang pernah bertakhta di hatiku suatu masa dahulu
Orang yang telah banyak membantuku
Sebelum kehadiran Hisyam dalam hidupku
Namun, 
Itu lapan tahun dahulu,
Aku minta maaf jika kehadiranku tidak engkau senangi sekarang
Namun,
Aku tidak tahu mengapa aku mudah mencarimu
Menceritakan luka di hatiku
Berkongsi masalahku denganmu
Mungkin kerana engkau pendengar setia dari dahulu
Terima kasih
Kerana sering menuturkan kata-kata nasihat kepadaku
Menghiburkan hatiku di kala aku bersedih
Akan aku sentiasa ingat kata-kata ini
Benar
"PUTUS CINTA 
BUKANLAH MASALAH TETAPI MASALAH 
ADALAH 
BAGAIMANA KITA MENGURUS EMOSI KITA"
Namun,
Kini aku tetap menyanjung dirimu sebagai seorang abang
Engkau tetap seorang abang yang baik
Aku bertuah menjadi adikmu
Terima kasih untuk itu
Aku bersyukur kerana aku masih mempunyai kawan,rakan,teman dan sahabat dan insan paling istimewa dalam hidupku
 IBU dan AYAH ku
Yang sentiasa bersama aku
Akanku gagahkan jua kakiku melangkah
Ke hadapan terus MAJU

Sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini
Aku ingin membersihkan hatiku
Bersih dari kotoran duniawi
Ampunkanlah aku Ya ALLAH
Berikan kekuatan kepada hamba-Mu ini Ya ALLAH

Ya ALLAH kurniakan aku kelak seorang ADAM yang benar-benar ikhlas menerima aku sebagai Hawa dalam hidupnya.
Aku serahkan segala-galanya kepadaMu Ya ALLAH.


Aku tidak mengharapkan ADAM ku mempunyai paras rupa yang indah,
Biar sedap mata memandang biar sederhana orangnya
Kerana paras rupa itu hanyalah sementara
Biar akhlak nya akhlak yang terpuji
Aku tidak mengharapkan ADAM ku seorang yang terlalu sempurna
Tetapi cukup biarlah dia mempunyai AD-DIIN 
Yang teguh
Berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah
ADAMku
Dia Imamku
Mampu membimbingku
Melindungiku
Menjagaku
Menerimaku dengan seikhlasnya
Hanya kerana agamaMu YA RABBI

Ya ALLAH

Engkau kurniakanlah aku Suami Yang Soleh Dan Jadikanlah Diri Aku Isteri Yang Solehah Kepada Suamiku Kelak
Agar Impianku Membina 
USRAH SAKINAH MARDHATILLAH 
yang dilimpahi dengan 
MAWADDAH dan RAHMAH 
tercapai
Agar aku mampu menjadi UMMI kepada anak-anak yang soleh dan solehah
Kerana di dunia ini masih kurang lelaki soleh 
Dan
Wanita solehah

YA ALLAH Engkau perkenankan doa hambaMu ini.


Bicara Hatiku...


Kepada sesiapa yang membaca coretanku ini, apa yang aku nyatakan bukanlah rekaan semata-mata.
Bahkan inilah kisah yang aku coretkan dari pengalaman sebenar hidupku.
Untuk aku kongsi dan menjadi pengajaran berguna buat diriku sendiri dan semua
Untuk mereka yang baru mengenali cinta, berhati-hatilah.
Kerana,
Hanya di permulaan sahaja 
Nampak keindahannya
Namun,
Pengakhirannya tak siapa yang tahu
Adakah
Bahagia atau derita menjadi milik kita
Itulah realiti cinta Insani
Namun,
Gapailah cinta ALLAH yang kekal abadi

Untuk insan bergelar lelaki di luar sana,
andai diri anda dilimpahkan 
Ketampanan
Maka
Nasihatku
Hargailah ia sebaik-baiknya
Bersyukur di atas nikmat Allah
Jangan sekali-kali mendabik dada atas ketampanan kalian
Sebaliknya contohilah Nabi Yusuf
Janganlah mengambil kesempatan di atas kelemahan
Kaum wanita
Dengan memujuk rayu mereka dengan janji manismu
Begitu juga dengan wanita di luar sana
Andai anda memiliki kecantikan
Janganlah anda bersikap sombong dan bongkak
Tetapi 
Hiasilah peribadi anda dengan akhlak Mahmudah
Agar seiring dengan kecantikan luaran
Moga diriku
Dan anda adalah Wanita Solehah
Wanita Penghuni SYURGA
Maka
Akan bertambahlah lelaki soleh dan wanita solehah di dunia ini kelak
Dan
Kepada insan bergelar LELAKI
Peringatan!
Janganlah sekali-kali berkasar dengan wanita
Kerana jiwa mereka sensitif
Mereka mudah tersentuh
Jangan kita lupa
Kerana wanitalah 
Kerana seorang ibu
Kita lahir di dunia ini
Kerana itu
Janganlah kita lukakan hati kedua-dua ibu ayah kita
Semata-mata kerana kepentingan sendiri
Kerana 
Setiap INSAN dianugerahkan perasaan
Maka 
Janganlah kita melukai hati sesiapa pun
Apapun yang terjadi
Berusahalah kita menjadi hamba ALLAH yang terbaik
Apapun terjadi
Bersabarlah
Kerana sabar itu indah
InsyaALLAH
Cinta ALLAH itu menjadi milik kita



SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
TAZKIYATUL QALB

Sucikan Hati Anda

Dan akanku menulis lagi kisahku ini...

Suatu hari kelak

Penyudah kepada kisah ini

Bila aku sudah menemui ADAM ku

Inilah pengakhiran kisahku

"Cinta Yang Pergi"

Aku tidak menyesal

Aku rela cinta insani ini pergi

Kerana cintanya tidak ikhlas 

Biarlah aku keseorangan

Kerana aku tahu

ALLAH sedang sibuk merencanakan kisah cintaku

Dengan seorang ADAM yang sedang membina jati dirinya

Kerana 

Allah itu Maha Berkuasa atas segala-galanya





RAHSIA JODOH TAK SIAPA YANG TAHU

  

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

6 orang sayang saya:

cik asyiha said...

adeeh~ cam tu ke isyam?? wife dya plak lebih2x sengal tull~~~ weh ko dpat blik la nanti pa yg ko wt ngan org. .x jamin sangat isyam tu setia ngan ko!! bukan mendoakan..waiting n c!!!
FER~ b strong!! they're just nothing!! be strong n STAY strong..!!

Nur RaFezza Fetheri said...

Hanya mampu kmk buat adalah bersabar. Biarkan mereka. Perkara dah lepas.InsyaAllah, kmk akn terus bertahan. Tq she' for comforting me. Kmk nk pergi jauh2 dari Swk.Rasa dah sik sabar nk pulang Nilai..Sbb memori pahit masih terasa luka nya bila makin lama duduk Swk. InsyaAllah. I'll survive. Yeah!

MuNiRa @ uMMi RaYYaN said...

fera... sedih kak yung baca blog fera.. kuatkan semangat, dik... Allah sangat sayangkan fera... kecewa di dunia ni sementara je... redha Allah yang paling utama...

Nur RaFezza Fetheri said...

Tq kak Yung atas nasihat akak..InsyaAllah adik kuatkan semangat utk teruskn hidup.Putus kasih bukan lah penyudah kpd hidup.Adik sedar.Allah sebaik-baik perancang.Ada hikmah atas semua yang terjadi. Redha Allah yg utama..dan ingin adik mendamba redhaNya...

❤nur' amalina❤ said...

assalamualaikum, kak. mybe ktk xkenal kmk n kmk pn xkenal ktk. p kmk cdeyh glak2 bc coretan ktk tok. kmk pn slh seorg penghuni peryatim n kmk knl ngn ayah syam n kak isna. kmk terkejut dgr cdak duak kawen riya. mengejut gilak. apa2 pn kak, u r a tough n matured woman. kmk suka cara ktk berfikir. semoga kmk dpt menjadi mcm ktk.

vico panas said...

tersentuh hati baca entry tok aie..ada hikmah eyh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...