Tuesday, August 23, 2011

Patah Hati ???

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi,ana nak kongsi sebuah video lagu kali ini. Agaknya,mungkin tak menarik pada sesetengah orang,tapi menarik perhatian ana kerana ia sebahagian dari kisah hidup ana sendiri suatu masa dahulu.



Patah hati ?
Itu memang sebahagian rentetan hidup ana. Namun ana tidak pernah menyesal.Akibat peristiwa pahit itu, ana cukup terkilan. Pernah seorang hamba ALLAH menghina ana. Seorang wanita sanggup menghina wanita lain, melemparkan kata-kata kesat kepada wanita lain semata-mata kerana seorang lelaki yang belum pasti akan menemani dirinya sehingga ke akhir hayat.

Ana terfikir, buat apa kita sujud kepadaNya, jika kita menghina manusia lain. Kalau pun orang lain menghina kita,memfitnah kita, bersabarlah kerana janji Allah itu pasti melindungi hambaNya. Peringatan buat diri yang terlupa. Sekadar perkongsian dan renungan bersama.

p/s : Semoga kesusahan bisa mengajar erti terus azam maka hadapi dengan senyuman (^_^)

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

1 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...