Wednesday, August 31, 2011

Raya Oh Raya


Assalamualaikum kawan-kawan yang disayangi. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala kerana masih berkesempatan untuk kita meraikan hari kemenangan umat Islam hari ini, Hari Raya yang mulia. Yang special raya tahun ni kita sambut Merdeka sekali. Alhamdulillah, dah 54 tahun negara kita merdeka. Dalam pada itu juga, ana nak share sedikit kisah hari raya ana kali ni. Sebelum tu, dengar lagu raya ni dulu.





Alhamdulillah, raya kali ni ana bersama dengan keluarga tercinta. Kalau tahun lepas, ana tak balik kampung halaman. Alkisah, sebulan Ramadhan ni ana sibuk tolong ibu jahit baju. Dah esok nak raya, jadi kelam kabut juga. Baju masih lagi x siap. Ibu pula berhempas pulas jahitkan baju .. Em, ana buat apa ae ? Sebelum berbuka, ana buat adunan biskut. Selepas berbuka, dengar dah confirm esok raya. Hah.. apa lagi, penat juga. Ana buat 2 biskut. Ana bancuh je tp adik ana yg umur 7 thn bulat2 kan biskut tu & letak dalam cawan kertas. Hehe.. kesian dia, tertidur buat biskut.

Ana pula, apa lagi memasak la... Tahun ni , menu hari raya ana yang masak sendiri. Ana masakkan ayam masak merah, rendang ayam, daging stik dengan kuah kacang. Alhamdulillah semua menu tu siap dengan jayanya. Em.. adik ana macam dah tak sabar nak sambut hari raya. Biasa lah budak2 lagi. Em, abang pula dia sedap tidur. Maaf ana tak ada abang, adik lelaki sebenarnya. Tapi dah biasa panggil abang. Penat la juga bila raya ni, tapi gembira sebab berjaya berdikari buat kerja sendiri.

Raya tahun ni, tak tahu kenapa ada terpancar kesedihan yang mencengkam di lubuk hati ana. Namun, ketepikan dan buang jauh2 perasaan itu. Ana harapkan semoga esok masih ada sinar untuk meniti bahagia itu. Sempena Aidil Fitri & Merdeka ni jangan seronok sangat sehingga kan kita lupa tau beribadah. Kekalkan ibadah kita banyakkan bertakbir, bertasbih dan bertahmid serta ibadat-ibadat sunat yang lain. Hidupkan malam hari raya kita dengan amalan2 ibadah. Moga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmat Allah Taala.

p/s : Fera mohon maaf law ada salah silap & slm Aidil Fitri slm Merdeka slm 1 Malaysia. Ingat, katakan kepada diri kita, Aku Darah Anak Malaysia. Merdeka ! Merdeka ! Allahu Akhbar!

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

1 orang sayang saya:

Yumida said...

waa..rajinnya ana bt kek/bskut...pandai msk plak tu..mesti sedap!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...