Tuesday, August 23, 2011

Aku Tinggalkan Cinta Kerana Allah


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi, 

Moga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah Taala. Di kesempatan ini, ana teringin hendak berkongsi sebuah kisah yang ana baca. Mungkin sudah ada yang pernah membaca kisah ini. Sekadar renungan kita bersama. Khas ana dedikasikan buat sahabat ana Robbyatun Addawieyah. Ana sayang anti kerana Allah Taala biarpun kita tidak pernah bersua. Moga kasih sayang kita berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga terus tabah menempuh hari-hari yang mendatang. Selamat membaca. 

Wahai teman sekalian, 

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah Taala tetapkan kepada diri saya dan kita semua yang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu sahaja tanpa saya kongsi dan saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. 

Saya sama seperti orang lain, mempunyai keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walaubagaimanapun, tidak mudah untuk saya jatuh hati kepada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya sehingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh meningatkan saya sekiranya saya terlupa, dan paling penting wanita tersebut adalah wanita yang saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi, saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan, saya belajar di sebuah pusat pengajian tingi di Petaling Jaya, banyak perkara telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya sendiri amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. 

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah Taala, dia menjadi pembantu saya. Di situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stoking kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama membuatkan saya tertarik kepada dirinya. 

Dia amat berhati-hati dalam mengatur bicaranya, bersopan santun dalam mengatur langkahnya, wajahnya sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara bila suaranya diperlukan. Saya melihat dia sebagai mukminah solehah yang amat menjaga peribadi dan maruah dirinya. 

Saya tidak pernah bercakap dengan nya kecuali mempunyai teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat suka bersembang dan sentiasa mempunyai modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya. Namun, sebaliknya bila dengan si dia saya menjadi teramat pemalu dan menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar wanita soleheh. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya mempunyai tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya lepaskan jawatan saya dan itu semua melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarganya dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali siapa dirinya dengan lebih mendalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. 

Namun, apa yang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan agak kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu, barulah saya tahu sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dirinya atas urusan bukan rasmi sebegitu, Di situ, saya mula menyimpan perasaan, tetapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. 

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan dengan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kala saya yang lalai dalam menjaga hubungan kami dan dia sering kali mengingatkan. Dia meminta agar menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu, menguatkan hubungan kami dan bagi saya dia ialah teman yang sempurna buat diri saya. 

Walaubagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,, ummi dapat menghidu perhubungan kamu. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya ternyata silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya menganggap itu tidak serius sehinggalah ummi bercakap dengan saya secara peribadi pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang membuatkan saya tidak mampu membalas walau sepatah. 

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard  from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship are you having now and I want to hear it from your mouth that is legal in what you have been learning until now." 

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you never built it on what ALLAH stated as wrong and proven false by the way Rasulullah S.A.W (p.b.u.h) has taught us. A happy blessed family come from ALLAH, and you don't even have anything to  defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have ALLAH on their side.. You can't expect HIM to help you if you did the wrong step from very beginning." 

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dahulu, tetapi saya tidak mampu untuk melawan kehendak nafsu sendiri. Saya berasa tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang diredhai oleh ALLAH. Tiada cinta yang ALLAH benarkan kecuali tali perkahwinan mengikatnya. 

Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu tetapi saya tidak mampu untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. 

Ummi berkata, 

"It's not me who want you to make a decision like this, but ALLAH tells you so." 

Saya percaya, itulah yang terbaik buat diri saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepada dirinya. Dan Alhamdulillah dia faham. Amat memahami diri saya. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetappi itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat. Janganlah bimbang, andai ada jodoh kamu berdua, InsyaAllah Dia akan temukan kamu berdua dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada sekarang. 

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah diri kami kembali dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami lalukan. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlajuran kami dahulu dan semoga ALLAH memaafkan kami. 

Sesungguhnya Ya ALLAH,

Aku insan yang lemah. Aku tidak mampu menahan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri bahawa dia akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya, pencarian saya untuk seorang isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu, Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. 

InsyaAllah, sekiranya ALLAH panjangkan umur, sebaik sahaja tamat pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. InsyaAllah saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya. 

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu tahun dahulu ?

Mafraq, Jordan

Kisah ini sedikit sebanyak menarik perhatian ana. Kepada pembaca, nilailah kisah ini dengan fikiran terbuka dan positif. Ana akui, ana sendiri pernah patah hati kerana cinta insani yang tidak kesampaian. Pengalaman ana sendiri banyak mengajar ana selama ini dalam menempuh arus kehidupan. Kesilapan lalu menyingkap tirai untuk ana terus sabar dan tabah dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini. 















Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

2 orang sayang saya:

Momo Momoi Moy ! said...

Assalam , mohon untuk share ? Terima kasih .

Nur RaFezza Fetheri said...

W'salam. Boleh je ambik apa2 dari blog saya ni untuk perkongsian bersama.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...