Wednesday, August 31, 2011

Raya Oh Raya


Assalamualaikum kawan-kawan yang disayangi. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala kerana masih berkesempatan untuk kita meraikan hari kemenangan umat Islam hari ini, Hari Raya yang mulia. Yang special raya tahun ni kita sambut Merdeka sekali. Alhamdulillah, dah 54 tahun negara kita merdeka. Dalam pada itu juga, ana nak share sedikit kisah hari raya ana kali ni. Sebelum tu, dengar lagu raya ni dulu.





Alhamdulillah, raya kali ni ana bersama dengan keluarga tercinta. Kalau tahun lepas, ana tak balik kampung halaman. Alkisah, sebulan Ramadhan ni ana sibuk tolong ibu jahit baju. Dah esok nak raya, jadi kelam kabut juga. Baju masih lagi x siap. Ibu pula berhempas pulas jahitkan baju .. Em, ana buat apa ae ? Sebelum berbuka, ana buat adunan biskut. Selepas berbuka, dengar dah confirm esok raya. Hah.. apa lagi, penat juga. Ana buat 2 biskut. Ana bancuh je tp adik ana yg umur 7 thn bulat2 kan biskut tu & letak dalam cawan kertas. Hehe.. kesian dia, tertidur buat biskut.

Ana pula, apa lagi memasak la... Tahun ni , menu hari raya ana yang masak sendiri. Ana masakkan ayam masak merah, rendang ayam, daging stik dengan kuah kacang. Alhamdulillah semua menu tu siap dengan jayanya. Em.. adik ana macam dah tak sabar nak sambut hari raya. Biasa lah budak2 lagi. Em, abang pula dia sedap tidur. Maaf ana tak ada abang, adik lelaki sebenarnya. Tapi dah biasa panggil abang. Penat la juga bila raya ni, tapi gembira sebab berjaya berdikari buat kerja sendiri.

Raya tahun ni, tak tahu kenapa ada terpancar kesedihan yang mencengkam di lubuk hati ana. Namun, ketepikan dan buang jauh2 perasaan itu. Ana harapkan semoga esok masih ada sinar untuk meniti bahagia itu. Sempena Aidil Fitri & Merdeka ni jangan seronok sangat sehingga kan kita lupa tau beribadah. Kekalkan ibadah kita banyakkan bertakbir, bertasbih dan bertahmid serta ibadat-ibadat sunat yang lain. Hidupkan malam hari raya kita dengan amalan2 ibadah. Moga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmat Allah Taala.

p/s : Fera mohon maaf law ada salah silap & slm Aidil Fitri slm Merdeka slm 1 Malaysia. Ingat, katakan kepada diri kita, Aku Darah Anak Malaysia. Merdeka ! Merdeka ! Allahu Akhbar!

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Friday, August 26, 2011

Kak Gee - Suara Hati Ini

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, hari ini dah masuk Ramadhan ke 26, esok ..esok dan esok tak lama lagi nak menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Syukur Ya ALLAH, Engkau masih panjangkan usia hambaMu ini. Anu menghargai kehadiran Ramadhan kali ini. Semoga masih ada sinar buat diri ini meniti hari-hari yang mendatang. Kadang-kala, anu berasa ana kuat untuk menghadapi semua ini, kadang-kala, ana berasa lemah dan kerana itu Ya Allah, ana sentiasa mengharapkan rahmatMu agar ana diberi kekuatan, ketabahan hati untuk menempuh semua ini.

Apa yang hendak ana nyatakan di sini, suara hati ana hari ini. Hari ini ana berjumpa dengan seseorang. Seseorang yang ana tak pernah jumpa seseorang yang ana tidak pernah dengara suaranya namun bagi ana, hanya kasih sayang ana bertaut pada insan tersebut. Kak Gee. Biarlah adik berterus-terang lagi di sini. Terlalu sekejap rasanya masa berlalu bila berbual-bual dengan kakak. Sebenarnya, sebaik sahaja selepas mimpi ngeri itu terjadi, adik semahu-mahunya tidak mahu sesiapa pun mengetahui pasal adik terutama kakak, along dan keluarganya. Bukan kerana adik takut, tidak sekali-kali. Adik berani tampil ke hadapan untuk bercakap perkara benar. Namun apalah gunanya, kerana adik sedar adik sudah tidak mempunyai hak dan lawan adik telah lari begitu sahaja. Lari ketakutan membawa diri.  

Namun, bila kakak mencari adik, bila kakak hubungi adik, tidak tergamak rasanya memutuskan hubungan kasih sayang kita. Walaupun kita kenal untuk tempoh yang singkat, namun ikhlas adik katakan adik menyenangi dan menyayangi diri kakak. Kerana sayang pada kakak, walau kita tak pernah berjumpa sebelum ini, tetapi adik mempercayai kakak, kerana adik ingat lagi kata-kata kakak kepada adik bila kakak menemani adik. Anggaplah kakak umpama kakak adik sendiri. Sampai bila-bila adik ingat kata-kata kakak. Adik tak pernah lupa.

Dan kerana itulah yang mendorong adik berani berhadapan dengan kakak. Hadirkan diri adik di hadapan kakak. Adik terlalu rindukan kak angah. Malah adik sebenarnya berasa sangat sedih kerana kehilangan teman baik, kawan baik seperti kak angah. Tersiksa rasanya tidak dapat hubungi kak angah seperti biasa namun adik sedar kedudukan adik sekarang. Adik menahan diri adik dari menangis lagi dan adik tak mengerti mengapa sewaktu menulis ini air mata adik jatuh berlinangan. Adik teringin hendak menemui kakak dan kerana itulah adik benar-benar hadirkan diri adik di hadapan kakak. 

Adik berfikir banyak kali sebelum ini. Adik tidak bersalah, untuk itulah adik sendiri sanggup datang jumpa kakak semata-mata ingin membetulkan tuduhan palsu tersebut. Semata-mata ingin mengenali kakak. Adik tidak kisah kalau sesiapa pun memandang buruk terhadap adik atas apa yang terjadi, namun cukuplah adik meminta satu perkara sahaja. Demi ALLAH, tuduhan tersebut adalah palsu dan adik ingin membersihkan nama adik yang telah buruk di hadapan kakak sendiri, along dan keluarga. Selepas ini, adik akan pergi jauh. Adik tidak mahu menyimpan cerita luka ini lagi. 

Terima kasih adik ucapkan kerana kakak sudi berjumpa dengan adik. Kepada along dan keluarga, adik mohon maaf untuk segala-galanya andai terdapat sikap atau perlakuan adik yang menyakiti hati tanpa disedari. Adik tidak berniat nak menyusahkan sesiapa terutama along atas apa yang telah terjadi ini. Along sudah terlalu banyak berkorban. Along terlalu memikirkan orang lain berbanding dirinya dan adik doakan moga Allah membalas kebaikan along kelak. Kak angah, adik sayang kakak dan begitu juga kak Gee. 

Adik tak menjangka begini jadinya pengakhiran kepada prasangka baik adik selama ini. Namun, jauh di sudut hati adik tetap berprasangka baik terhadap Allah. Adik bertawakkal kepada Allah Taala atas segala yang terjadi ini. Kak Gee, terima kasih untuk segala dorongan dan nasihat kakak kepada adik. Alhamdulillah, ayah dan ibu menerima salam kakak dengan baik dan adik cuma sampaikan kembali salam mereka kepada kakak dengan lafaz Assalamualaikum. 

Adik harap, along dan kak Gee sudi terima pemberian ikhlas dari adik. Anggaplah ia hadiah seorang kawan kepada kawannya. Hadiah seorang adik kepada kakak dan abangnya. Hadiah sempena perkahwinan along dan kak Gee. Bukan adik nak membeli hati along dan kak Gee, tapi sekadar tanda penghargaan dari adik kerana adik banyak menyusahkan along, kak Gee. Maaf, mungkin adik tidak dapat hadirkan diri. Namun, bila berlangsungnya walimah along dan Kak Gee kelak, khabarkan kepada adik. Adik titipkan doa dan kegembiraan dari jauh. Mengenali kak Gee detik terindah dalam hidup adik. Begitu juga kak angah, along dan keluarga. Mak cik dan pakcik, Fera sayang kalian. Fera doakan moga pak cik dan mak cik sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Taala. 

Apapun terjadi, InsyaAllah adik kuatkan semangat. Doakan adik berjaya mendukung dan mencapai cita-cita adik. Sekali lagi, adik benar-benar mohon maaf untuk segala-galanya. Salam 10 akhir Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin. 

p/s : Pertama kali jumpa kak Gee,exactly you're more beautiful berbanding dalam gambar. Terdetik dalam hati adik tadi.Seyes. Adik tak tipu (^_^)

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Thursday, August 25, 2011

Duhai Masa Cepatlah Berlalu


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi, 2,3 hari ni ana sibuk sikit. Tolong ibu ana menjahit baju. Dekat-dekat lebaran ni biasalah makin sibuk. Namun, dalam pada itu, sedih juga ni..Ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita. Hati ana juga meronta-ronta nak balik kampus. Dah tak sabar nak mula semester baru.


p/s : Apa pun terjadi, kuatkan hatimu Nur Rafezza Binti Fetheri.

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Tuesday, August 23, 2011

Patah Hati ???

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi,ana nak kongsi sebuah video lagu kali ini. Agaknya,mungkin tak menarik pada sesetengah orang,tapi menarik perhatian ana kerana ia sebahagian dari kisah hidup ana sendiri suatu masa dahulu.



Patah hati ?
Itu memang sebahagian rentetan hidup ana. Namun ana tidak pernah menyesal.Akibat peristiwa pahit itu, ana cukup terkilan. Pernah seorang hamba ALLAH menghina ana. Seorang wanita sanggup menghina wanita lain, melemparkan kata-kata kesat kepada wanita lain semata-mata kerana seorang lelaki yang belum pasti akan menemani dirinya sehingga ke akhir hayat.

Ana terfikir, buat apa kita sujud kepadaNya, jika kita menghina manusia lain. Kalau pun orang lain menghina kita,memfitnah kita, bersabarlah kerana janji Allah itu pasti melindungi hambaNya. Peringatan buat diri yang terlupa. Sekadar perkongsian dan renungan bersama.

p/s : Semoga kesusahan bisa mengajar erti terus azam maka hadapi dengan senyuman (^_^)

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Aku Tinggalkan Cinta Kerana Allah


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi, 

Moga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah Taala. Di kesempatan ini, ana teringin hendak berkongsi sebuah kisah yang ana baca. Mungkin sudah ada yang pernah membaca kisah ini. Sekadar renungan kita bersama. Khas ana dedikasikan buat sahabat ana Robbyatun Addawieyah. Ana sayang anti kerana Allah Taala biarpun kita tidak pernah bersua. Moga kasih sayang kita berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga terus tabah menempuh hari-hari yang mendatang. Selamat membaca. 

Wahai teman sekalian, 

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah Taala tetapkan kepada diri saya dan kita semua yang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu sahaja tanpa saya kongsi dan saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. 

Saya sama seperti orang lain, mempunyai keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walaubagaimanapun, tidak mudah untuk saya jatuh hati kepada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya sehingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh meningatkan saya sekiranya saya terlupa, dan paling penting wanita tersebut adalah wanita yang saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi, saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan, saya belajar di sebuah pusat pengajian tingi di Petaling Jaya, banyak perkara telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya sendiri amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. 

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah Taala, dia menjadi pembantu saya. Di situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stoking kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama membuatkan saya tertarik kepada dirinya. 

Dia amat berhati-hati dalam mengatur bicaranya, bersopan santun dalam mengatur langkahnya, wajahnya sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara bila suaranya diperlukan. Saya melihat dia sebagai mukminah solehah yang amat menjaga peribadi dan maruah dirinya. 

Saya tidak pernah bercakap dengan nya kecuali mempunyai teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat suka bersembang dan sentiasa mempunyai modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya. Namun, sebaliknya bila dengan si dia saya menjadi teramat pemalu dan menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar wanita soleheh. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya mempunyai tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya lepaskan jawatan saya dan itu semua melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarganya dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali siapa dirinya dengan lebih mendalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. 

Namun, apa yang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan agak kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu, barulah saya tahu sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dirinya atas urusan bukan rasmi sebegitu, Di situ, saya mula menyimpan perasaan, tetapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. 

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan dengan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kala saya yang lalai dalam menjaga hubungan kami dan dia sering kali mengingatkan. Dia meminta agar menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu, menguatkan hubungan kami dan bagi saya dia ialah teman yang sempurna buat diri saya. 

Walaubagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,, ummi dapat menghidu perhubungan kamu. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya ternyata silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya menganggap itu tidak serius sehinggalah ummi bercakap dengan saya secara peribadi pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang membuatkan saya tidak mampu membalas walau sepatah. 

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard  from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship are you having now and I want to hear it from your mouth that is legal in what you have been learning until now." 

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you never built it on what ALLAH stated as wrong and proven false by the way Rasulullah S.A.W (p.b.u.h) has taught us. A happy blessed family come from ALLAH, and you don't even have anything to  defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have ALLAH on their side.. You can't expect HIM to help you if you did the wrong step from very beginning." 

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dahulu, tetapi saya tidak mampu untuk melawan kehendak nafsu sendiri. Saya berasa tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang diredhai oleh ALLAH. Tiada cinta yang ALLAH benarkan kecuali tali perkahwinan mengikatnya. 

Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu tetapi saya tidak mampu untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. 

Ummi berkata, 

"It's not me who want you to make a decision like this, but ALLAH tells you so." 

Saya percaya, itulah yang terbaik buat diri saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepada dirinya. Dan Alhamdulillah dia faham. Amat memahami diri saya. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetappi itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat. Janganlah bimbang, andai ada jodoh kamu berdua, InsyaAllah Dia akan temukan kamu berdua dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada sekarang. 

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah diri kami kembali dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami lalukan. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlajuran kami dahulu dan semoga ALLAH memaafkan kami. 

Sesungguhnya Ya ALLAH,

Aku insan yang lemah. Aku tidak mampu menahan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri bahawa dia akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya, pencarian saya untuk seorang isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu, Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. 

InsyaAllah, sekiranya ALLAH panjangkan umur, sebaik sahaja tamat pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. InsyaAllah saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya. 

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu tahun dahulu ?

Mafraq, Jordan

Kisah ini sedikit sebanyak menarik perhatian ana. Kepada pembaca, nilailah kisah ini dengan fikiran terbuka dan positif. Ana akui, ana sendiri pernah patah hati kerana cinta insani yang tidak kesampaian. Pengalaman ana sendiri banyak mengajar ana selama ini dalam menempuh arus kehidupan. Kesilapan lalu menyingkap tirai untuk ana terus sabar dan tabah dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini. 















Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W



Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah
Di Lembah Uranah Gunung Arafah Di Mekah
ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#
Dengan nama Allah yang Maha  Pemurah lagi Maha Mengasihani
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya bahawa kamu akan menemui Tuhan kamu dan Allah pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sekiranya kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu, mereka juga mempunyai hak terhadap kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka terhadap kamu, maka mereka juga berhak diberikan makanan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka adalah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah Taala dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari bangsa Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia daripada (bangsa) Arab. Juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia daripada yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali Taqwa dan Amal Soleh. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan AS-SUNNAHku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar daripadaku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawa aku telah sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.


p/s : Sampaikanlah daripadaku walau pun satu ayat ( Rasulullah S.A.W ) 

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Monday, August 22, 2011

Lelaki Idaman Ana


Keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..Insyallah..
Lelaki idaman ana
Lelaki idaman ana adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah
Lelaki idaman ana adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki idaman ana adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Lelaki idaman ana sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya
Lelaki idaman ana tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki idaman ana sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman ana adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa ana bersama
Dialah lelaki idaman ana

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Wednesday, August 17, 2011

If The Beloved Were Among Us ::: Rasulullah S.A.W



Assalamualaikum kawan-kawan.. Alhamdulillah hari ni dah masuk 17 Ramadhan untuk tahun ni. Namun terasa sedih pula. Ramadhan akan meninggalkan kita juga nanti. Untuk itu, hari ni ana nak share sebuah video lagu Arab. Ana suka benar dengan lagu ni. Sempena Nuzul Al-Quran di bulan yang mulia ini. Ana harap video lagu ini sekurang-kurang nya menjadi pemangkin untuk kita mengingati junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Terimalah لو كان بيننا الحبيب / If The Beloved Were Among Us



Ingin ana berkongsi secara ringkas daripada kisah sempena Nuzul Al-Quran ini. Betapa Malaikat Jibril mengajar Rasulullah S.A.W membaca Surah Al-Alaq dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan kesungguhan walaupun pada mulanya Rasulullah S.A.W mengalami kesukaran mengikut perintah Jibril. Sehingga Jibril memeluk Rasulullah S.A.W dengan kuat.

Maka .. begitu juga dengan kehidupan hari ini. Misalnya,kita boleh sinonimkan keadaan ini kepada ibu bapa yang merasakan susah untuk mendidik dan mengajar anak-anak mereka, jika mengalami kesusahan maka peluklah anak-anak .. berikan keyakinan kepada mereka. Janganlah marah atau mengherdik mereka dengan perkataan tidak sesuai .. adakah Jibril marahkan Rasulullah ? Tidak kan ... maka banyak pengajaran yang dapat kita perolehi di sini.

Wahyu pertama dalam Surah Al-Alaq Ayat 1 sehingga 5 menunjukkan betapa Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan menggalakkan umatnya rajin menuntut ilmu. Junjunglah Al-Quran, junjunglah iman dan taqwa, junjunglah ISLAM yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita.


Mengapa kita menulis dan membaca ? Anda tanya diri sendiri .. anda tahu jawapannya ..
Renung-renungkan dan selamat bermuhasabah diri ...

p/s : Semoga terhibur dengan video lagu tadi. Kalau suke entry ni.. sila2 lah LIKE.

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Tuesday, August 16, 2011

Kenangan Terindah

Assalamualaikum .. to my beloved reader. Em .. hari ini InsyaAllah, ana nak kongsi kenangan ana bersama kawan2 di IKMAS .. kenangan kita bersama selama kita berada di IKMAS.

So, ana letak la beberapa video yang sahabiey Khairun Niswah letak pada wall group Batch 8 IKMAS 2007/2010. Suka la pulak tengok video-video ni ditambah dengan lagu2 yang menaikkan semangat juang ..Lebih2 lagi di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Selamat menonton.

HAMBAMU

CERITA HATI

~Ala-ala Korea : Comel Gitu~

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Monday, August 15, 2011


Assalamualaikum sahabat dan pembaca sekalian. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Salam sayang & rindu. Jenguk sekejap blog hari ni.

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Wanita Solehah

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Saturday, August 13, 2011

Rumput Dan Kasih Sayang

Rumput Dan Kasih Sayang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Bunga Idaman


Bunga Idaman | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Friday, August 12, 2011

Tuhan Beri Aku Cinta

Assalamualaikum .. my beloved reader. Kita santai sikit hari ni. Ana nak share video yang best friend ana Azura bagi kepada ana. Tajuk nya Tuhan Beri Aku Cinta .. Best .. InsyaAllah, harap2 suka la ye .. Selamat menonton ..




Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Sunday, August 7, 2011

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan bertanya :
Imam Ghazali : 
“Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : “Orang tua”
Murid 2 : “Guru”
Murid 3 : “Teman”
Murid 4 : “Kaum kerabat”
Imam Ghazali : “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : 
“Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : “Negeri Cina”
Murid 2 : “Bulan”
Murid 3 : “Matahari”
Murid 4 : “Bintang-bintang”
Iman Ghazali “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU
Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. 
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali :
 “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : “Gunung”
Murid 2 : “Matahari”
Murid 3 : “Bumi”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). 
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali : 
“Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : “Baja”
Murid 2 : “Besi”
Murid 3 : “Gajah”
Imam Ghazali : “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). 
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini.
 Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali :
 “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : “Kapas”
Murid 2 : “Angin”
Murid 3 : “Debu”
Murid 4 : “Daun-daun”
Imam Ghazali : “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. 

Imam Ghazali :
 “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab : “Pedang”
Imam Ghazali : “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “


Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Friday, August 5, 2011

Senyumlah Pada Kejahatan Orang

Assalamualaikum

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah

Ana menulis lagi kali ini .. Sesuatu yang datang dari lubuk hati ana sendiri setelah beberapa ketika

Kebetulan,

Ana terbaca artikel Dr H.M Tuah Iskandar 


"Senyumlah Pada Kejahatan Orang"

Artikel ni memang "BEST" bagi ana sebab bagi ana ia umpama ubat yang mampu membuatkan ana berfikir dan kemudian tersenyum. 
Jom!
 Ana kongsikan serba sedikit apa yang dikatakan oleh Dr H.M Tuah Iskandar dengan situasi dan keadaan yang ana sendiri alami,

Sebelum ini,dalam coretan Cinta Yang Pergi ana telah ceritakan sesuatu telah terjadi dalam kehidupan ana.
Sebagai manusia, kita tidak lari dari ujian Nya.

Mula-mula dahulu, 
Ana terasa payah untuk melalui segala-galanya
Ana lemah pada masa itu
Tetapi sedikit demi sedikit ana cuba bangkit 
Sehinggalah ana bermuhasabah diri
Akhirnya
Ana telah sedar
Kini
Jika ana lemah 
Ana sendiri mencipta kelemahan itu
Jika ana jatuh tersungkur
Ana sepatutnya segera bangun agar tidak kelihatan lemah
Di hadapan mereka yang telah menyakiti ana
Dan 
Senyumlah
Sabarlah 
Tawakkal
Atas apa yang telah terjadi
Hanya pada Allah Taala ana sandarkan harapan
Kerana ana tahu
Ada hikmah atas semua yang menimpa diri ana
Atas musibah lalu
Kerana
Allah Taala sayangkan hambaNya


Benar kata orang
Sebaik mana pun kita, perkataan buruk tetap kita terima sama ada kita sedari atau tidak. Apa yang diperkatakan itu mungkin juga baik dan mungkin juga buruk.

Usah terlalu peduli dengan keburukan-keburukan yang disebarkan orang.Itu sudah semestinya tidak benar kalau kita tidak melakukannya.
Namun, andai benar maka jadikanlah itu sejarah silam yang telah kita lupakan.Lagipun, manusia memang suka mencungkil keburukan dari kebaikan.

Misalnya,
Seekor anjing telah menggigit seorang lelaki ia bukanlah menjadi masalah kerana itu adalah kebiasaan haiwan tersebut,
Namun,
Adalah luar biasa dan menjadi perhatian sekiranya seorang lelaki menggigit seekor anjing 
Sudah tentu ia menjadi perhatian dan rebutan pihak lain untuk menghebahkan dan menyiarkan mengenainya

Begitu juga dengan kehidupan ini
Mengapa orang berbuat jahat terhadap anda?
Mengapa orang langsung tidak mempedulikan perasaan anda?
Mengapa orang sanggup mengkhianati dan menipu anda?
Mengapa dan mengapa?
Terlalu banyak persoalannya

Sebenarnya
Mereka ingin melihat kita bersedih, menangis, marah, mengamuk dan semua sikap yang tidak baik.Dengan itu mereka ada sebab untuk ketawa.Itu adalah temasya bagi si busuk hati.

Tetapi andainya,
Kita mampu tersenyum seandainya kita tidak ketawa
Kita sebenarnya telah menyebabkan mereka terjelepok
Beringatlah
Mereka akan berasa susah hati dan berasa payah sekali
Nah,
Mengapa hendak menangis oleh perlakuan jahat manusia
Sebaliknya
Bersikap tenang dan ketawalah
Jangan difikirkan mereka yang telah menyakiti hati kita
Sekalipun mereka tetap dalam ingatan mereka
Betul, bukan ?

Benteng pengubat hati kita
Sebenarnya
Bergantung pada diri kita sendiri
Bila ana merasakan terlalu berat tuduhan yang pernah dilemparkan 
Oleh mereka kepada ana
Pada permulaan dahulu
Ana rasakan teramat sedih 
Tatkala air mata ana bertakung di kelopak mata
Hati ana merintih

Namun,
Kemudian,
Ana percaya dan ana tetap sangka bahawa sememangnya ana tidak jahat
Itulah benteng terbaik untuk ana mengubati hati
Apabila Allah diletakkan paling atas dalam kehidupan maka tiada apa-apa kejahatan yang mampu memusnahkan lagi


Cukup!
Ana ingin segera keluar dari kesakitan ini
Tidak perlu berasa sakit sebab kesakitan pada tubuh badan sudah cukup menyakitkan
Tidak usah ana menambah sakitnya di jiwa kerana ana tahu
Kesakitan di jiwa 
Adalah kesakitan yang teramat sangat
Ia sukar sembuh malah lebih mudah parah jika gagal merawatnya dengan baik
Ana berusaha mengubati luka ini
Luka yang beransur-ansur untuk sembuh
Namun,
Ana tahu parutnya tetap kekal sampai bila-bila

Maka,
Dalam hidup ini usahlah berharap semua orang menyukai kita,
Ramai juga tidak
Bukan ada sebab bahkan kita tidak mengenali mereka yang membenci kita pun
Seperti juga ana
Bukan ada sebab bahkan insan tersebut tidak mengenali diri ana
Ana sendiri pun tidak mengenali dirinya
Bertemu pun tidak pernah
Untuk itu,
Siapa mereka untuk menghakimi diri ana?
Mengapa perlu risau keburukan kita di mata insan
Sedangkan
Kita tidak endahkan keburukan kita sendiri di hadapan 
Allah Taala
Siapa manusia untuk menilai orang lain ?
Hanya kerana mereka lihat 
Mereka tidak berfikir dan merasai kesulitan orang lain
Siapa manusia yang berhak menghina dan mencaci orang lain?
Sedangkan Allah Taala mengangkat martabat manusia
Yang merupakan sebaik-baik ciptaanNya
Siapa manusia itu untuk mendatangkan kesenangan dan kesulitan kepada orang lain
Sedangkan Allah Taala lebih berkuasa atas segala-galanya

Mengapa ?
Usah hairan dengan sikap manusia itu sendiri
Lagipun bukan semua perkara baik itu yang kita lakukan akan menimbulkan rasa sayang
Kadang-kadang
Tanpa sebab kita dibenci
Tanpa sebab yang tidak kita ketahui
Kita diburuk-burukkan
Maka
Usah pedulikan 

Hidup memang macam-macam
Usahlah bersedih oleh ketidakadilan yang terpaksa kita hadapi
Ia sentiasa baik
Jika kita mengetahui hikmah sabar yang Allah Taala sediakan untuk kita kelak
Usah lawan setiap serangan kerana itulah yang dikehendaki oleh mereka yang ingin melihat kejatuhan kita
Semakin kita lawan maka kita sendiri akan semakin terasa sakitnya

Terbaik
Senyumlah dan ketawalah
Yang akan memadam semua kesulitan itu
Tiada duka yang abadi di dunia ini
Tiada sepi yang akan merantai kehidupan kita selamanya


Untuk itu,
Kepada ana sendiri
AYUH!
Bangunlah
Jangan dibiarkan emosi menguasai akal fikiran
Sebaliknya
Bersabarlah dan bertahanlah

Fikirkan...
Untuk apa ALLAH TAALA menurunkan ujian ini kepada ana
Kerana ana tahu
Ana mampu memikulnya
Kerana ana tahu
ALLAH TAALA menyayangi hambaNya
I WILL SURVIVE !!!



Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...