Saturday, July 30, 2011

Cinta Yang Pergi (Part 8)

   
         Benar kita cuma merancang dan Allah Taala yang tentukan segala-galanya.Aku teringat, kata-kata Hisyam sebegini tempoh hari kepadaku,

"Kalau dah jodoh kita tak ke mana lah"
kata Hisyam kepadaku

"Memang dah jodoh kita tak ke mana, 
tetapi kalau kita sendiri tak pertahankan segala-galanya,
kita sendiri tak pertahankan hubungan kita, maka segala-galanya akan musnah.
Tak akan menjadi juga.
Mana mungkin Allah akan perkenankan kehendak hambaNya 
kalau kita sendiri tidak berusaha ke arah cita-cita kita" 
balasku bernada tegas.

Hisyam terdiam mendengar butir bicaraku. 
Suatu hari, ibu dan ayahku menelefonku.Selalunya, ibuku yang banyak bercakap kepadaku.Tetapi tidak hari ini.Tidak mampu lagi untuk aku sembunyikan segala-galanya.Mendengar sahaja suara ibu dan ayah di talian telefon bergenang air mataku.

"Assalamualaikum kakak"ucap ayahku

"Waalaikumussalam ayah" balasku

"Kakak sihat?Kakak dah makan?" tanya ayahku

"Alhamdulillah,kakak sihat.Baru je lepas makan.
Nie kakak baru balik dari beli barang dengan kawan-kawan tadi."
aku sengaja menjawab dalam nada gembira

Walhal
Kalau ibu dan ayahku tahu
Terasa amat payah sekali untuk aku makan
Itupun sekadar mengalas perut bila dipaksa teman-teman serumahku
Bukan aku hendak menyiksa diri
Tetapi
Hanya ALLAH yang tahu apa yang bergolak di hatiku
Aku menjadi pendiam
Bukan sahaja di rumah tetapi dalam bilik kuliah
Aku rindukan diri aku yang dahulu
Tapi aku perlu masa untuk diri sendiri
Perlukan masa untuk merawat lukaku


Kemudian,dah puas berborak-borak dengan ayah tiba-tiba ayahku berkata begini,

"Kakak, jangan bersedih.Jangan kisahkan Hisyam tu lagi.Biar selama mana pun kakak dengan dia,kalau dah dia bukan jodoh kakak kita tak boleh nak berbuat apa-apa.Dulu saat indah kakak dengan dia kakak kena lupakan.
Rahsia jodoh tak siapa yang tahu.Kita hanya merancang kakak.Hanya Allah yang tentukan."

"Kakak kena kuat,kena tabah kena sabar.Biarlah dia berkata apa pun,dia memburukkan kakak tetapi ingat kakak kena bertahan dan jangan pedulikan dia.
Kakak kena ingat,terjadi sekarang lebih baik dari esok lusa kalau kakak dengan dia dah berkahwin.
Nanti kalau bukan kakak,dia yang akan menyesal.
Elok kakak sakit sekarang dari kemudian hari."
"Lagi satu kakak kena beringat,biarlah Hisyam begitu.Biarlah dia nak buat apa pun.Nak kata apa pun terhadap kakak.
Pedulikan dia.Jangan ingat dia terkena buatan orang ke.Tak elok begitu kita menghukumkan orang tanpa bukti.Nanti jatuh hukum syirik.
Ayah tahu sangat itu sikap lelaki.
Dia dah tak perlukan kakak dalam hidup dia.Itu sekadar alasannya berkata macam-macam terhadap kakak.Alasannya untuk menghindarkan diri."

"Tak ayah.
Kakak tak menyesal kalau berpisah dengan dia.Benar kata ayah.Elok terjadi sekarang sebelum terlambat.
Kakak pun tak beranggapan dia terkena buatan orang kerana kakak tahu HARAM hukumnya menuduh orang sebarangan tanpa bukti lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan akidah ni.
InsyaALLAH kakak akan kuat,cuma kakak perlukan masa."ujarku

Kemudian,ibuku pula bercakap denganku.

"Kakak sihat,dah makan?" tanya ibuku

Aku berkata,
"Alhamdulillah kakak sihat ibu.Dah makan tadi dengan kawan-kawan kat kedai makan."

"Betul ke ni kak?
Bukan ibu tak tahu perangai kakak suka sembunyi dan simpan sendiri-sendiri.
Kakak dah lah gastrik teruk jangan pula sampai tak makan.Jaga kesihatan kakak.
Ibu sayangkan kakak."
balas ibuku

"Dah ibu,betul kakak dah makan.Ibu jangan risaukan kakak."
balasku lagi

"Kakak, jangan bersedih lagi kak.
Ibu tahu payah untuk kakak hadapi sekarang ni.
Lapan tahun tu bukan sekejap kakak tapi tempoh yang lama.
Tapi kakak kena ingat.Kakak tak boleh putus asa.Perjalanan hidup kakak jauh lagi.Kakak kena ingat,orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai,yang bertunang pun boleh putus tunang,inikan kasih sayang kakak cuma bertaut pada hati selama lapan tahun."

"Biarkan Hisyam dengan apa yang dia nak buat.Takkan kakak nak hancurkan masa depan kakak sendiri kerana dia.Capailah cita-cita kakak yang kakak nak genggam."

"Apapun terjadi,kakak tetap ada ibu ayah ada keluarga ada kawan-kawan.Allah tak pernah lupakan hambaNya kakak."

"Ibu sentiasa berdoa untuk anak-anak ibu.Untuk kakak dan adik-adik mudah-mudahan anak-anak ibu berjaya dunia akhirat.Doa ibu sentiasa untuk anak-anak ibu.Banyakkan bersabar kakak."

Aku menangis mendengar kata-kata ibu dan ayahku.Betapa aku sedih mendengar kata-kata mereka.Betapa aku tersedar dari alam khayalan ku.Betapa aku sedar aku mengabaikan impian dan cita-citaku seketika.

Lantas aku berkata,

"Terima kasih banyak ibu dan ayah.
Kakak benar-benar mohon ampun mohon maaf untuk segala-galanya.
Ampunkan kakak.Doakan kakak dan adik-adik menjadi anak yang baik.Doakan kebaikan sentiasa bersama kakak dan adik-adik.
Kakak sayangkan ibu dan ayah.Kakak rindu ibu dan ayah.Kakak rindu."
balasku dengan linangan air mata

Aku bertanya kepada ibuku. Bagaimana mereka tahu masalahku.Rupa-rupanya aunty ku di Bintulu menelefon mereka memberitahu keadaanku.Aunty yang selalu berkongsi cerita denganku.Aku teringat pada permulaan dahulu aku mengadu pada aunty ku bila Hisyam membuat onar di fb.Aku minta aunty ku rahsiakan perkara tersebut.Bila aunty ku kerap SMS dan call aku.Aku pula menyepikan diri,maka aunty ku memberitahu kepada ibu dan ayahku.Aunty ku berkata,dia tidak berasa tidak senang hati,kerana itu dikhabarkan kepada ibu dan ayahku.


Aku suka berjalan dalam hujan 
Kerana itu tiada sesiapa tahu aku menangis
Kecuali ALLAH

Aku suka berdiam diri
Kerana itu tak siapa tahu aku memendam rasa
Kecuali ALLAH Maha Mengetahui

Aku tetap bersabar
Kerana aku tahu itu sebaik-baik jalan
Dari menjadikan keadaan lebih buruk

Aku tetap berdiam diri
Kerana aku menahan amarahku
Selama ini
Selagi mana aku mampu bertahan

Sehinggalah, suatu malam.Aku keseorangan di rumah sewaku.Kawan-kawanku yang lain pergi makan di luar.
Aku menerima SMS dari kakak angah Hisyam.

"Salam, adik.Hisyam telefon mak.Dia kata lepas raya nanti dia datang bawa Isna nak bertunang dengan Isna.Isna pula ada telefon mak minta restu dari mak."

Ya ALLAH

SANDIWARA apa yang engkau mainkan ini Hisyam?

Aku meminta engkau memilih antara aku atau Isna

Engkau tetap bertegas berkata sayang kepadaku

Aku pernah meminta kita "diikatkan"

Sebelum aku terbang jauh menyambung pelajaran

Tetapi engkau enggan 

Aku teringat kata-katamu Hisyam

Sehingga aku merajuk dengan dirimu 

Aku katakan biarlah aku belajar dan terus belajar

Kahwin nanti umur 30 tahun 

Engkau pula bersusah-payah memujukku

"Sabarlah sayang, biarlah abang mempunyai pekerjaan tetap dahulu.
Biarlah abang mempunyai kereta mempunyai segala-galanya dan sesudah itu barulah abang menyunting sayang.
Lagipun, along lagi tak berteman wanita,along yang dah kerja pun masih tak nikah lagi.Inikan abang nak nikah pula.Takkan abang nak melebihi along."


Aku pernah berkata begitu kerana aku berfikir sudah terlalu lama hubungan ini.Tetapi selepas itu,aku katakan kepada dia agar menunggu diriku sehingga aku mencapai cita-citaku.
Kerana aku perlu membawa keluargaku
Keluar dari kemelut masalah lain
Aku perlu berbakti kepada kedua orang tuaku
Tapi itu dulu...Itu dahulu

    Aku keseorangan di rumah.Aku menangis.Kebetulan datang,rakan sekelasku menghantar barang.Kak Mira dan Syikin datang ke rumahku.Air mataku kesat.Aku layan mereka sebaik mungkin.Kak Mira begitu simpati terhadapku.Dia sendiri menawarkan untuk bercakap dengan Hisyam.Kak Mira menelefon Hisyam. Syikin pula hanya sekadar memerhati.Talian di sebelah sana bersambut dengan segera.Antara bait-bait perbualan Hisyam dengan Kak Mira yang aku teringat,

"Saya ni kawan Fera.Saya minta maaf bukan nak masuk campur tapi saya tak boleh tengok kawan saya ni macam ni.
Kenapa awak buat Fera macam ni?Sampai hati awak.Dia tak lalu makan,tak lalu tidur.
Saya dengar awak nak bertunang,kalau benar awak dah ada pilihan sendiri baik awak terus terang dengan dia.
Awak buat lah solat Istikharah dahulu,nanti awak menyesal ambil keputusan terburu-buru.Tambahan,awak baru je kenal perempuan tu."ujar Kak Mira

"Bagi masa lah!"Kata Hisyam berulang kali

"Awak jangan campur tangan urusan kami..." terus Hisyam meletakkan telefon.

Fera, dia teus letak telefon akak.Akak tak faham lah kenapa dia asyik cakap bagi masa.Dia kata jangan campur tangan urusan dia.Baik Fera telefon mak Hisyam sendiri untuk dapatkan kepastian.Aku gagahkan juga diriku untuk menelefon mak Hisyam.


"Assalamualaikum, mak cik?Fera ni."
ucapku dengan nada terketar-ketar

"Wa'alaikumussalam,owh Fera."jawab emak nya

"Apa khaba, nak?
Lama dah tak dengar khabar Fera?
Masih lagi di Nilai?
ujar emak Hisyam

"Alhamdulillah, Fera sihat mak cik.Fera masih lagi di Nilai sekarang."
balasku ringkas

"Bila nak balik sini?Angah kata ada juga Fera hubungi dia.Nanti pergilah rumah ya nak."
kata emak Hisyam lagi

Aku sekadar berborak-borak ringkas dengan emak Hisyam.
Sehinggalah...

"Macam mana hubungan Fera dengan Hisyam?"
tanya emak nya lagi

Ya ALLAH

Lidahku kelu.Aku terdiam seketika.

"Alhamdulillah,macam biasa je mak cik." 
jawabku lemah longlai
Aku malas untuk bercakap lebih-lebih sedangkan aku tahu Isna selalu menghubungi emaknya sehinggakan meminta restu.

Selepas aku menelefon emak Hisyam,aku menangis lagi.Aku tidak berani bertanyakan khabar dia akan bertunang.Cukuplah,aku sekadar berborak-borak bertanyakan khabar. 

Dalam hatiku terdetik,apalagi sandiwara yang sedang Hisyam aturkan.Mengapa emak nya bertanyakan soalan begitu?
Aku sendiri tidak faham.
Sedangkan Hisyam menyepi setelah memarahi aku tempoh hari.
Setelah sewenang-wenangnya menghamburkan segala-galanya kepadaku

Pulangnya Kak Mira dan Syikin.Maka datanglah teman-teman serumahku.Aku segera mengesat air mataku.
Pretending to be nothing! 

Sehinggalah suatu hari........................

Sahabat baik ku menelefonku.Lis menceritakan sesuatu kepadaku.

"Fera,maaf kalau Lis terpaksa menyatakan sesuatu yang pasti akan membuatkan Fera bertambah sedih." 
kata Lissa kepadaku

"Cakaplah apa sahaja Lis,Fera sedia mendengarnya."
ujarku perlahan

"Fera,Lis ada hubungi Hisyam.Sekadar nak berborak-borak sahaja dengannya.
Lis tanyalah dengan dia,dah lama hubungan korang, bila nak makan nasi minyak Syam dengan Fera?
Saja je Lis tanya macam tu.Sekali Hisyam jawab macam ni,
"Entahlah,tak terfikir pun pasal tu."
Dia seolah-olah mengelak bila bercerita pasal Fera."

"Tak lama lepas tu,Lis terdengar suara manja seorang perempuan di sisi telefon.Terus Hisyam berubah nada suaranya macam panik.Dia bersegera menyudahkan perbualan kami."

"Baiklah, Lis nanti-nanti kalau ada kerja kosong kat tempat lain,beritahu ya.Maaf sibuk ni,"lebih kurang macam tu lah yang dia cakapkan pada Lis"
cerita Lissa kepadaku

Aku pun menjawab,
"Biarkanlah dia Lis.Fera pun tak faham apa dia nak sebenarnya.Macam kak angah dia sendiri cakap.Lelaki ni memang tamak.
Macam Lis cerita pada Fera dulu,rupa-rupanya dia pasang 3 di luar pengetahuan Fera.
Fera bersabar je ni sebab terkenangkan keluarga dia menunggu Fera balik Sarawak.
Tambahan dia sendiri berjanji nak selesaikan di Sarawak.Biarlah.Tak dinafikan kecewa dengan sikap dia.
Namun,Fera sekarang dah tengah berusaha membuang dia dari hidup ini."

Lissa menambah lagi,
"Ada satu perkara lagi Fera perlu tahu.Tapi ini  Noor sendiri yang ceritakan kepada Lis.
Nanti Noor kata dia sendiri yang akan cerita pada Fera.Cuma nak Fera tahu,Hisyam tu pernah ganggu Noor sebelum ni.
Noor tak nak beritahu Fera kerana takut persahabatan terjejas.
Hisyam SMS Noor.
Noor mencari dan mencari akhirnya dia kenal dan dapat tahu nombor telefon tu nombor telefon Hisyam.
Masa tu hari raya tahun 2009.Dah kantoi dengan Noor barulah dia berhenti SMS Noor.Noor sendiri menyedarkan dia dari kegatalannya.
Lis tak bohong dan tak mereka cerita.Memang Noor sendiri cerita segala-galanya pada Lis.
Maaf kerana tak berterus-terang kepada Fera
cerita Lissa kepadaku

"Aku menjawab kata-kata Lissa dengan tenang,
"Lis, kalau Lis dengan Noor ceritakan perkara sebenar.
InsyaAllah Fera dah lama membuang dia.Fera tak salahkan Lis dan Noor kerana menjaga rahsia Hisyam kerana takut hubungan kami berantakan.
Terima kasih Fera ucapkan.
InsyaAllah Fera sebenarnya dalam usaha membuang Hisyam dalam hidup ini.
Fera sendiri pun tak tahu dan tak faham apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran dan hati Hisyam.Cuma Fera harapkan petunjuk dari Allah Taala.Itu harapan terakhir Fera."

Selepas mendengar kata-kata Lissa, aku sekali lagi berasa sebak.Dia berkata kepadaku,

"Abang jarang nak reload sebab nak kumpul duit beli kereta.Fahamlah dengan kerja abang.Abang sibuklah.Kelak terjejas pekerjaan abang"

Itu antara ayatnya dalam SMS tempoh hari. Aku teringat lagi.

Aku membandingkan ayat-ayat SMS nya dengan apa yang telah terjadi. 
Masa untukku, hatta seminit, sejam, dan 24 jam tiada
Tetapi bergelak ketawa bergurau senda dengan perempuan lain di sisinya
Senang sekali
Jarang hubungi aku kerana menyimpan duit untuk membeli kereta
Dahulu katakan menyimpan duit untuk membeli peti ais 
Berkongsi dengan teman serumah
Entah apa lagi yang hendak dibelinya
Aku terasa hendak ketawa membaca SMS itu
Agak lucu pada pendengaranku
"Tak nak reload untuk membeli kereta"
Kerana dia bersungguh-sungguh hendak membeli kereta rupa-rupanya
Namun itu impian dia dengan Isna
Seperti yang angah katakan
Hisyam nak share dengan Isna membeli kereta
Belum lama engkau mengenali Isna
Namun cita-citamu sudah tinggi melangit bersama dirinya
Sedangkan impian kita bersama
19 MAC 2004
Pergi ditiup angin sengsara yang engkau cetuskan

Sehinggalah suatu hari.......................

~Bersambung~
..............................................
Cinta Yang Pergi ( Part 9 )






Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...