Friday, July 29, 2011

Cinta Yang Pergi (Part 7)

Hatiku terluka namun ku gagahkan bersabar ~Sabar itu indah~
Pujuk ku sendiri
   Petang selepas aku menelefon Isna,sempat aku kirimkan SMS kepada kak angah Hisyam.Kebiasaan aku memang berhubung dengan kakaknya.Sudah agak lama aku tidak menghubungi kakaknya.Dek kerana itu,aku teringin hendak bertanya khabar keluarganya. Dan keesokkan pagi nya,

Sehinggalah keesokkan pagi nya,

   Aku sekadar SMS kepada kakak nya ingin bertanyakan sesuatu.Aku janji untuk menghubungi kakak nya pada sebelah petang. Namun,balik dari kelas bahasa aku kepenatan dan terlupa sehinggalah malamnya aku mendapat SMS dari kakaknya. Kebetulan, along Hisyam online dan aku menghantar email kepada along nya bertanyakan perkara sebenar.Aku ceritakan perkara sebenar.Dan along sendiri yang berjanji membantuku.Along minta aku berdiam diri dahulu dan bersabar.Along pula yang meminta maaf kepadaku atas sikap kurang ajar Hisyam. Menunggu hari untuk aku pulang ke Sarawak dengan harapan dapat selesaikan semuanya bertambah baik sekalipun jodohku bukan dengan Hisyam. Maka untuk itu aku bersabar dan berdiam diri.

   Namun lain pula yang terjadi bila berbual di talian telefon dengan angah.Angah bercerita kepada diriku.Angah bertanya,

"Dik,tahu tak along dah bertunang di Sibu?.Hisyam ada cakap dengan adik tak?" 
tanya angah

Aku menjawab,
"Tak. Tak tahu pun along dah bertunang.
Hisyam tak cerita apa-apa pun pada adik.Bila along bertunang?"

"Baru-baru ni juga.Sebelum tu Hisyam ada telefon mak kata dia nak bawa kawan dengan keluarga dia ke majlis pertunangan along nanti.Jadi,mak pun kata bawalah."

"Terkejutlah kami bila Hisyam bawa kawan perempuan.Sekali Hisyam datang bawa Isna dengan keluarganya.Apalagi, kakak,  mak dan kami semua terkejut.Akak hairan.Habis tu Fera macam mana kalau dah dia datang bawa Isna?"

Angah berkata lagi,
"Terus kami bertanya kepada Hisyam tetapi bukanlah di hadapan Isna dan keluarganya.
Hubungan Hisyam dengan Fera macam mana?
tanya kami ( keluarga Hisyam ) kepadanya

Hisyam menjawab dengan selambanya,
"Hubungan Hisyam dengan Fera dah lama terputus sebab Fera ada lelaki lain".

Ya ALLAH,
Terduduk longlai aku mendengar kata-kata angah Hisyam
Dalam hatiku terdetik
Hisyam! 
Patutlah selama ini engkau mengatakan keluarga engkau dan keluarga Isna yang menyatukan hubungan engkau berdua.
Rupa-rupanya
Hanya mulut engkau yang berbicara dusta
Patutlah engkau katakan tidak perlu untuk aku menjelaskan apa-apa kepada keluarga kita
Rupa-rupanya engkau memfitnah diriku




Angah bercerita lagi kepadaku,
"Hisyam ada telefon mak.Hisyam dah ambil lesen kereta.Katanya nak beli kereta tetapi bayaran nanti share dengan Isna.
Tapi kami tak benarkan kerana sedangkan motosikal lagi along kena pos ke Miri itu pun dia berhutang."


Aku hanya mendengar dan mendengar sahaja cerita angah.Aku umpama pendengar yang setia.Bukan apa,aku berkawan baik dengan angah.Aku paling rapat dengan angah.Angah bercerita pelbagai perkara kepadaku.Dan semuanya sekarang aku tahu dari keluarga Hisyam sendiri.Sempat angah memohon maaf kepadaku.Angah sendiri mengaku dia bersangka buruk terhadapku memikirkan aku ada lelaki lain seperti yang Hisyam canangkan kepada mereka.Angah sendiri mengaku kalau aku tidak menghubungi dirinya,tidak lah dia tahu perihal sebenar yang terjadi.Aku berkata kepada angah, kalau aku sendiri tidak hubungi angah sudah pasti aku tidak tahu perkara sebenar.


Khamis, 9 Jun 2011
    Aku tidak menjangka Hisyam akan menghantar SMS kepadaku.

"Assalamualaikum Sayang, esok abang dah nak balik ke SARAWAK."

SMS Hisyam datang lagi dan berbunyi,

"Abang benar-benar minta maaf pada sayang.Abang benar-benar buntu.Abang tak tahu nak pilih siapa.
Tolong,tolonglah beri masa untuk abang berfikir masak-masak dan membuat keputusan serta pilihan yang tepat."

Aku memandang kosong SMS nya.Tidak aku balas dan aku biarkan sahaja.Namun sesuatu yang mengejutkan terjadi kepadaku dua hari kemudian.

Tiba-tiba............11 JUN 2011

Aku mendapat SMS dari Hisyam,

"Assalamualaikum, apa yang sayang cerita dengan along,angah dan keluarga abang?

Aku membiarkan sahaja SMS tersebut.Kemudian,aku dapati dia menelefonku.Pun aku biarkan sahaja kerana aku tidak mampu lagi menahan kesedihan andai berbicara dengannya.
Telefon menjerit-jerit di atas katil meminta untuk diangkat.

Kemudian, SMS nya datang lagi kepadaku.
Sehingga aku terasa pitam membaca ayat-ayat SMS nya yang agak berkasar.
Antara SMS Hisyam berbunyi,

"Apa yang dah kau cerita pada along,angah dan keluarga aku? 
Jangan sampai aku membenci engkau.
Apapun terjadi DEMI ALLAH aku tidak akan kembali kepada engkau.FAHAM!!!!!

"Astaghfirullahaladzim,Allahu Akhbar"
Itulah ucapan pertama yang keluar dari bibirku.
Aku segera forwad kan mesej Hisyam kepada Along dan Angah.
Aku berkata kepada mereka, 

"I'm speechless.Sampai hati Hisyam berkasar terhadapku."

Angah dan along menyuruhku bersabar sahaja.Along pula menegahku dari membalas SMS Hisyam atau hubungi Hisyam kerana tidak mahu emosi ku terganggu gugat akibat tindakan kasar Hisyam.
Datang pula SMS along kepadaku yang berbunyi,

"Hisyam kata adik keluar dengan lelaki lain.
Payah dah along nak percayakan sesiapa sekarang.
Tunggu adik balik kita duduk bersama berbincang."


Ya ALLAH,


Aku beristighfar banyak kali di dalam hati.


Sungguh aku terasa marah kerana tiba-tiba dia menyerangku dengan kata-kata kesat.Sungguh dia berkasar kepadaku.


  Apakah ini?Aku tidak mengerti.Semakin tidak aku mengerti.Sungguh Hisyam semakin mencari helah sebenarnya untuk membuang aku dari hidupnya.Apakah silapku?Kerana aku bersabar,aku berdiam. Kerana aku menahan amarahku walau bahasanya kasar.Kerana sabar dan sabar.Tapi semahu-mahunya aku menangis dek kerana sikapnya sungguh kasar terhadapku.

   Sedangkan sebelum ini aku memang berhubungan dengan keluarganya.Mengapa hari ini menjadi kesalahan pula?Aku tidak bercerita apa-apa.Angah bercerita segal-galanya kepadaku dari A sehinggalah ke Z.Sudah pasti aku bertanya perkara sebenar bila angah mengemukakan cerita.Begitu juga along risaukan diriku.Along dan angah benar-benar risaukan pelajaranku.Mulai detik itu, along angah SMS ke telefon bimbitku sering kali mereka memberi kata-kata nasihat dan perangsang kepadaku.Aku tahu mereka risaukan aku dan pada masa yang sama mereka tidak faham apa sebenarnya yang Hisyam lakukan.Cuma mampu mereka menyuruhku bersabar.

   Satu hari ayah dan ibuku menelefon diriku bertanyakan khabarku.Aku tahu ayah dan ibuku risaukan diriku lebih-lebih lagi ibuku.Ibuku orang yang paling hampir kepadaku.Selalunya, kedukaanku,kesedihanku,kegembiraanku ibulah tempat aku berkongsi segala-galanya.Tetapi tidak kali ini.Bila ayah dan ibu menelefonku,aku katakan aku dan Hisyam cuma bergaduh biasa sahaja.Aku sembunyikan dari mereka.Walhal gelora di hatiku hanya Allah yang tahu.Dalam tempoh itu, aku hanya mendiamkan diri sahaja.Aku mendengar nasihat along dan angah supaya bersabar.

  Aku tiba-tiba teringat kata-kata sahabatku Lissa yang menelefonku tempoh hari.Bermain-main di fikiranku.Aku tidak menyangka Hisyam bersikap begitu selama ini.Jika aku tahu,sudah lama aku membuang dirinya dari hidupku.

"Fera, minta maaf kerana sembunyikan sesuatu dari Fera selama ini,"
kata Lissa kepadaku.

"Kenapa?Cakaplah,"kataku lagi

"Bukan nak menaburkan kata-kata fitnah.Tapi ini perkara benar.Terjadi waktu Fera dengan Hisyam sama-sama belajar di IKMAS masa semester 5.
Ini rahsia Hisyam yang Lis simpan sejak sekian lama.Masa tu,Lis call Fera.
Tapi Fera tak jawab.Terus Fera call Hisyam saja nak berborak-borak dengan dia."

"Begini, masa di IKMAS Hisyam sendiri mengaku dengan Lis bahawa dia menyukai tiga orang perempuan.Perempuan tersebut orang luar.Kalau tak silap Lis salah seorang nya orang Samarahan.Ada yang study di Semenanjung, kerja sebagai nurse dan seorang lagi tu Lis tak ingat."

"Bukankah masa di IKMAS, kalau keluar harian lelaki dengan perempuan berasingan.
Dia bercerita kepada Lis bahawa dia pernah keluar bersama perempuan-perempuan tersebut.Hisyam pun mengaku bahawa mereka hanyalah sampingan.Jika hubungan Hisyam dengan Fera putus maka dia ada spare part antara tiga orang tersebut."

"Lis katakan kepada Hisyam.
Jangan sesekali berani mempermainkan perasaan Fera.
Hisyam sendiri berkata,Dia hanya sayangkan Fera kerana Fera baik hati dan mempunyai pakej yang cukup untuk menjadi seorang isteri.
Bahkan dia sendiri janji dengan Lis tidak akan sakitkan hati Fera.Hisyam sendiri berjanji akan mempertahankan hubungannya dengan Fera."

"Baru sekarang Lis berani nak ceritakan segala-galanya kerana dahulu takut hubungan Hisyam dan Fera berantakan.Lis minta maaf dan tak sangka akhirnya Hisyam sanggup sakitkan hati Fera sendiri."

"Kadang-kala ada juga Hisyam mengadu pada Lis bahawa Fera sering marah-marah kepadanya.
Fera terlalu kuat cemburu.
Fera suka salah faham."

Aku lantas berkata kepada Lis,

"Terima kasih Lis sudi ceritakan segala-galanya.Kalau dahulu lagi Lis ceritakan kepada Fera sudah pasti Fera akan ambil tindakan awal.
Kalau Hisyam katakan Fera pemarah dan kuat cemburu.Dia silap.Itu bukan Fera.Marah Fera marah berasas.
Dia ada ramai kenalan perempuan.Selama ini Fera biarkan sahaja dia mesej atau call dengan perempuan lain.
Siap bagi bunga lagi pada perempuan lain.
Tambahan pula, dia mempunyai ramai kakak angkat.Itu Fera tak kisah.
Ada salah seorang kakak angkatnya adalah janda dan pernah Fera terjumpa mesej berunsur perkataan sayang di dalamnya.
Jika Fera tak bertemu kata-kata sayang dalam hp bimbitnya,Fera tak tahu.Adakah wajar sekadar Fera membiarkan sahaja?
Adakah marah Fera tidak berasas.
Sudah cukup Fera bersabar selama ini dengan karenahnya melayani ramai perempuan." 

Dan kata-kata Lissa itu terngiang-ngiang di telingaku.Baru semalam aku ketahui semuanya selepas dua tahun berlalu.
Ya ALLAH .. Aku lemah di kala ini.
Kau bantulah aku


Setiap hari aku menghamburkan air mataku kerana sikapnya.
Setiap saat,
Saat paling aku impikan dan tunggu dalam hidupku, 
Bila masuk waktu solat 5 waktu,
Saat itulah aku mencari ketenangan yang hakiki,
Aku mengadu pada Nya
Kerana kadang-kala aku terasa lemah
Kerana itu aku mengadu padaNya
Kerana penawarku hanya padaMu Ya ALLAH


Dan
Kadang-kala aku membaca buku
Untuk mencari kekuatan melalui kata-kata ulama
Kata-kata para sahabat dan anbia'
Namun, 
Tetap fikiran ku, mindaku, hatiku bersedih
Atas apa yang terjadi



Aku teringat lagi,
Pernah aku berkata kepada Hisyam,
Sila buat pilihan antara aku dengan Isna,
Namun,
Dia tetap bertegas berkata,
Dia tetap sayangkan aku,
Dia merayu-rayu kepadaku agar jangan marah
Dia merayu-rayu kepadaku memujuk hatiku
Dia merayu-rayu bersumpah banyak kali
Demi ALLAH
Bahawa dia tidak mempunyai hubungan dengan perempuan lain
Tetapi sekarang
Bermacam-macam perkara yang terjadi


Ya ALLAH
Bantulah hamba-Mu ini Ya ALLAH
Aku sedar
Diriku telah berubah
Rakan-rakan sekuliahku menegurku
Berubah semenjak aku bertemu dengannya tempoh hari
Aku menjadi pendiam
Aku senyap di dalam kelas 
Perubahan itu dirasai oleh kawan-kawanku
Sehinggakan
Tugasku menulis skrip untuk lakonan bahasa Inggeris aku tangguhkan
Aku serahkan kepada orang lain 
Kerana
Aku tidak mampu untuk menyiapkan pengakhiran cerita tersebut 
Begitu juga dengan kerja bahasa Arabku
Aku tidak mampu menyiapkannya
Hampir di penghujungnya barulah aku hantarkan kerja bahasa Arabku
Mujur teman sekuliahku membantuku
Sehinggakan aku ke Port Dickson
Mengadakan shooting untuk lakonan bahasa Inggeris
Aku ?
Tetap bersahaja
Aku bekerja tetapi semangat ku terbang entah ke mana melayang
Fikiran ku ke tempat lain
Kerana hatiku pedih disakiti
Aku tidak tahu apa lagi yang akan terjadi seterusnya
Aku mendiamkan diri
Bersabar



~Bersambung~
..............................................

Cinta Yang Pergi ( Part 8 )








          

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...