Friday, July 29, 2011

Cinta Yang pergi (Part 6)

     Sehinggalah petang itu..... Rabu 8 Jun 2011
    Aku pulang ke rumah sewaku dengan perasaan hampa,sedih,kecewa dan terkejut dengan apa yang aku ketahui hari ini.Masakan tidak,sebelum ini aku ternampak Hisyam bersama anak-anak yatim tersebut namun dia berlagak-lagak seoalh-olah tidak mengenali diriku ketika aku melambai-lambai ke arah mereka.Mujur anak-anak yatim tersebut membalas lambaianku dan menegurku.Segera aku menunaikan solat dan kemudian aku membaca Al-Quran sebentar untuk menenangkan perasaanku.Namun,semakin kerap aku membaca semakin air mataku laju mengalir.Aku dihambat pilu yang teramat sangat dan aku mengharapkan bantuan-Mu Ya ALLAH.Fatimah memanggilku kerana hendak meminjam barangku namun dia terpaku melihat aku memeluk Al-Quran dengan linangan air mata mengalir di pipiku.Dia terkejut.
Aku menangis dan terus menangis.Firman-firman Allah mencengkam kalbuku.
Ya ALLAH betapa hati ini terluka kerana cinta insan
Terasa sesak dadaku untuk bernafas
Terasa kesakitan teramat sangat mencengkam di jiwaku
Terasa sukar sekali air mata ini terhenti
Sehinggalah aku membaca firmanmu
"Sabar itu indah"~"Fashobrun jamil"
Kisah Nabi Ya'akub kehilangan Nabi Yusuf
Akibat saudara2 Yusuf
Membuat aku kuat seketika
Bersabar atas segala yang terjadi
Ku kesat air mataku
Kemudian...
    Segera aku bangun dan menyidai kain telekung dan menyimpan Al-Quran ku.Aku duduk bersama teman-teman serumahku.Aku meminta nasihat mereka.Antara kata-kata teman serumahku,

"Aku tadi nampak Hisyam tu macam tu,aku tak percayakan dialah.Terus terang aku dapat rasakan dia menipu engkau sebenarnya.Baik kau pergi telefon perempuan tu untuk ketahui perkara sebenar".


Aku terdiam.Sebenarnya hatiku kuat mengatakan Hisyam sudah beralih arah.Kasihnya sudah berubah.
Paling ketara, bila aku mengalirkan air mata di hadapannya.Dia langsung tidak peduli sambil berpura-pura memandang ke arah lain.


Dahulu,
Jika air mataku menitis dan aku kesedihan,
Dialah orang yang paling susah hati melihat aku berduka.
Sedaya-upaya dia menggembirakan hatiku.


Jika lelaki lain menghampiriku,
Segera diucapkannya,
Jangan sekali-kali menganggu diriku,
Kerana aku adalah tunangannya.


Pernah,
Seorang lelaki yang berada di luar negara ingin berkawan berkenalan denganku,
Aku berkawan dengan Muhammad sekadar di alam maya sahaja,
Sekadar untuk memperbaiki bahasa Inggerisku,
Bahkan pertuturan kami menggunakan bahasa Inggeris,
Tetapi,
Dia lebih cepat dan lebih bijak,
Selamba sahaja dia berkata kepada lelaki tersebut,
"She's my fiancee.She will be my wife.Don't disturb her anymore."


Dan
Ke mana aku pergi
Di mana aku berada
Dengan siapa aku berada
Siapa kawan-kawanku
Pasti aku kena sedia maklum kepada dirinya
Bahkan
Telefon bimbitku sentiasa di "Spot Check"
Itu dulu...tapi sekarang


Hisyam dah berubah.


HATI HISYAM DAH BERUBAH
Perubahan itu ketara.
Aku perasan dari tingkah lakunya bila berhadapan denganku.
Hisyam berkasar.Kata-katanya kasar terhadapku.
Tiada langsung senyumannya sejak kali pertama aku berjumpa dengannya.
Bercakap denganku seolah-olah terpaksa.
Berjanji denganku seolah-olah menyembunyikan sesuatu. 
Tapi aku pelik
Dan baru aku terfikir
Kelmarin ... 7 Jun 2011
Seawal pagi Hisyam menghubungi aku.Aku berbual elok sahaja dengan dirinya selepas solat Subuh.Sempat lagi dia bergurau denganku.
Sempat aku meminta maaf lagi sekiranya aku berbuat silap.
Itu sebelum aku mengetahui segala-galanya.
Itu sebelum aku berjumpa dengannya petang kelmarin.
Itu hanyalah di talian telefon.
Dan petangnya dia mempunyai perwatakan lain.
Di hadapanku, seolah-olah tidak mengenali aku. 
Kerana itulah,aku terkilan kerana sikapnya langsung tidak mengendahkan aku.
Dan hari ini perlukah untuk aku menghubungi Isna?


Dahulu,sewaktu mula-mula aku membaca Ijab dan Qabul Salam di antara Hisyam dan Isna sudah ku bertanya kepada Isna.Ku kirimkan mesej melalui fb.Aku teringat lagi mesejku berbunyi sebegini,

"Assalamualaikum, semoga sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah Taala.Maaf menganggu Isna.
Cuma nak tahu,apa hubungan Isna dengan Hisyam.Mengapa mesti berlaku Ijab dan Qabul Assalamualaikum Sayang kat wall photos Isna? Terus terang dah 8 tahun hubungan kami.
Saya sendiri tidak mahu berlaku salah faham terhadap diri Hisyam.
Dan saya sendiri tidak mahu tersilap menilai Isna.Saya minta maaf menganggu.Cuma saya ingin penjelasan sebenar."


Lagikan aku pernah mesej ke fb Isna untuk meminta penjelasan sebenar,langsung Isna tidak membalasnya. Apatah lagi mesej. Fikirku. Kemudian,aku nekad untuk menghubungi Isna. Mula-mula aku SMS kepadanya sebegini,

"Assalamualaikum,saya Fera.Minta maaf menganggu Isna.Boleh Fera tahu apa hubungan Isna dengan Hisyam sebenarnya.
SMS ku kepadanya


Tidak lama kemudian,Isna membalas SMSku,


"W'salam. Saya kekasih Hisyam.'


Kejutan kali kedua menjelma lagi dan aku terkaku tidak terucap.Terus rakan-rakanku menggesa aku menghubungi Isna.Aku tidak terkata apa.Demi sebuah kebenaran,rakanku Afizah merekodkan perbualan kami.Antara bait-bait perbualan kami,

"Assalamualaikum,Isna.Ni Fera.Maaf menganggu masa Isna"
Kataku

"Waalaikumussalam."Jawab Isna

"Fera call ni sebab nak kepastian.Betul ke Hisyam kata keluarga Isna yang aturkan Hisyam dengan Isna?Jadi Hisyam terima tak?
tanyaku berhati-hati


"Ya,memang Hisyam sendiri menerimanya.Perkara lain saya tak pasti sebab dia sendiri yang berurusan dengan keluarga saya."
kata Isna lagi


"Owh,maknanya Hisyam tak pernah cerita apa-apa pada Isna?"
tanyaku


"Tak pernah pun Hisyam cerita apa-apa tapi dulu dia kata dia ada teman wanita tapi dah putus dan dia sendiri tak nak beritahu apa puncanya".
kata Isna dengan lancar


"Jadi..."kataku


Isna memintas kataku,
"Owh....saya tahu siapa awak sebenarnya.Awak BEKAS teman wanita Hisyam kan?"
Pada perkataan BEKAS tu nadanya ditinggikan tambahan pula nada suaranya begitu riang


"Astarghfirullahaladzim"
Itu kalimah pertama keluar dari mulutku.Aku beristighfar dalam hatiku.


Dengan perlahan aku katakan,
"Ya Allah,
Tak pernah pun Hisyam katakan apa-apa kepada saya untuk membuang saya dari hidupnya.
Dah lapan tahun hubungan kami dan tiba-tiba terjadi sebegini."


Isna menambah lagi,
"Owh saya sendiri tak pasti pasal perkara itu sebab dia sendiri bercakap dengan keluarga saya dan saya sendiri tak tahu apa yang dia ceritakan pada keluarga saya."


Aku menjadi pelik.Mula-mula dia katakan aku ini bekas teman wanita Hisyam.Kemudian,dia katakan tidak pasti mengenai diri perhubungan aku dengan Hisyam.Dia tidak tahu.


Terus aku berkata dengan perlahan-lahan,
"Demi Allah,
Hisyam tak pernah pun putuskan hubungan kami ini dan selama ini pun saya sendiri tak menganggu dia kerana dia katakan dia sibuk bekerja dan saya sendiri belajar.
Keluarga pun dah tahu hubungan kami selama ini.
Terus-terang,saya terluka bila terjadi sebegini kerana saya sendiri tidak tahu apa yang bermain di hati dan fikiran Hisyam.
Saya bukan nak menganggu Isna jauh sekali untuk marah Isna,tetapi saya cuma hendak dapatkan jawapan sebenar".


Terus Isna bertanya kepada diriku,
"Jadi awak dah dapat kepastian sekarang?"


Nada suaraku perlahan dan lemah namun aku gagahkan jua untuk bercakap.
Aku menambah lagi.


"Kalau Isna ada apa-apa nak cakap Isna cakaplah, saya sedia mendengarnya."


Kemudian Isna berkata,
"Saya faham hati awak terluka buat masa sekarang...


Tersekat-sekat untuk Isna menuturkan kata-kata seterusnya


tetapi saya harap..
saya harap janganlah ada gangguan dalam hubungan kami berdua.Janganlah ada ganguan hubungan saya dengan Hisyam."
Dalam hatiku,hanya Allah yang tahu.
Aku kah penghalang kepada hubungan mereka selama ini
Aku kah insan ketiga
Inikah jawapan kepada kesabaranku selama ini
Ya Allah
Kemudian aku berkata,


"Saya tidak tahu menahu apa pun selama ini dan saya pun tak tahu nak cakap macam mana. 
Hisyam pula banyak kali bersumpah depan saya,
Demi Allah abang tak ada sebarang hubungan dengan Isna atau dengan mana-mana perempuan lain......."'
belum sempat aku menghabiskan ayatku


Segera Isna memintas percakapanku,
"Saya minta maaf jika saya katakan begini ya,bukan nya saya nak memberi nasihat tetapi sebaik-baik lelaki pun pasti akan ada seketul hati jahat nya, walau macam mana sekalipun berjanji dan lelaki awak sendiri tahu lah macam mana perangai mereka kan?"


"Bukan saya nak kata apa,bertahun pun kita berhubungan, berbelas tahun pun kita berhubungan jika rasa percaya itu tiada hubungan tidak akan kekal lama dan jika orang pun dah tak sukakan kita lagi tiada gunanya."
kata Isna dengan selambanya


Kemudian Isna menambah lagi,
"Itulah lelaki dan awak sendiri tahu bukan.Apapun jangan marahkan dia kerana dia sendiri pun tengah stress sekarang."


Isna berkata lagi,
"Saya tahu saya faham apa yang awak rasakan sekarang,saya faham awak terluka kerana perkara yang sama pernah terjadi kepada diri saya sendiri dan saya harap awak selesaikanlah baik-baik perkara ini dengan dirinya."


Aku berkata sebegini,
"Dia stress? Mengapa perlu stress? 
Memang saya nak selesaikan dengan cara baik inilah saya mencari jawapannya.
You know it's hard for me.It's difficult for me since he never tells the truth.
He refuses to confess the truth in front of me.
That's why I'm curious just now.


Kemudian,dengan tenang aku berkata,
"Kalau Isna nak berkata apa-apa lagi, Isna cakaplah.Saya sedia mendengarnya."

Isna berkata,
"Awak sendiri tahukan,kalau lelaki dah tak suka payah juga jadinya,dan saya sendiri pun pernah mengalami seperti apa yang awak rasa.
Saya sendiri walaupun berhubungan dengan Hisyam saya tidak mempercayai Hisyam 100%.


"Jadi selama ini awak berjumpa dengan Hisyam?"
tanyaku lagi


"Memang saya berjumpa dengan dia dan kebiasaannya di rumah makcik saya,keluar makan-makan tu adalah."
tambah Isna lagi


Aku berkata,
"Tidak mengapalah kalau begitu,saya minta banyak-banyak kalau menganggu masa Isna.
Terima kasih banyak.
Assalamualaikum..."
Lantas,aku letakkan telefon dan aku menangis semahu-mahunya di hadapan Fizah.


Itulah antara bait-bait perbualan kami berdua.Dan aku tidak sanggup menulisnya lagi.Terus aku padamkan rakaman tersebut setelah aku menulisnya.Setiap ayat yang terlafaz dari mulut Isna umpama ledakan bom yang tidak henti merobek-robek hatiku.Dan aku hanya mampu bersabar.Aku menahan diriku dari berkasar terhadap Isna.Sebaik yang mungkin aku bercakap secara berhemah dengan Isna.Aku simpan rakaman call tersebut.Untuk aku bertanyakan kepada Hisyam apa sebenarnya yang sedang di SANDIWARA kan dirinya. 

Aku dapat tahu pada malam tersebut, adalah malam penutupan MTQN di Stadium Tertutup Nilai. Maka sebelumnya,aku ada menghubungi Hisyam bahawa aku katakan aku ingin serahkan sesuatu kepadanya. Itulah rakaman call Isna yang ada pada tanganku. Aku ingin meminta penjelasan darinya.Dengan ditemani Zafirah dan Afizah aku ke sana mencarinya. Bila aku hubungi dirinya,dia enggan mempedulikan panggilan ku.Aku katakan ingin berjumpa sebentar untuk serahkan sesuatu. Namun dia bertegas dan bermati-matian enggan. Dia katakan,tunggulah pulang Sarawak baru berikan kepada dirinya. Akhirnya, aku hanya berBluetooth dengan nya dari dalam stadium. Dia enggan berjumpa denganku. Aku mesej kepadanya mengucapkan kata-kata yang berbaur nasihat yang baik. Aku minta maaf kepadanya.

"Nanti-nantilah bagi, dah datang Sarawak kita selesaikan semuanya"
SMS Hisyam kepadaku


Aku berkata,
"I need your explaination. Nak bagi rakaman call Isna.Bila lagi nak selesai.I need to be here until the end of June.How come I can do my job my study if you already created this problem?"


Selamba Hisyam menghantar SMS kepadaku,


"Maaf sayang, abang memang ada perasaan dengan Isna"


lagi SMS nya berbunyi


"Mungkin kita tiada jodoh sayang"


Aku membalas SMS nya sebegini,


"Habis siapa sayang selama ini?
Orang yang mengotakan janjinya.Orang yang berjanji tidak memandang lelaki lain pun.
Selama di universiti ini, sayang sematkan kata-kata janji dan rayuan abang supaya jangan tinggalkan abang.Tapi abang..."


Kemudian,Hisyam SMS lagi kepadaku,


"Abang tidak tahu sayang.. abang benar-benar buntu nak pilih sayang atau Isna"


SMS lagi dirinya kepadaku,


"Tolonglah sayang, abang benar-benar buntu.Tolonglah bagi abang masa untuk berfikir, buat keputusan dan buat pilihan yang terbaik dan tepat."


Aku dah tidak terkata lagi.Aku terduduk longlai di kerusi sedangkan pada masa itu kanak-kanak yatim sedang membuat persembahan di atas pentas.Aku menangis lagi.

Mujur,kenyaringan alunan muzik yang menghangatkan majlis membuatkan aku mengawal diriku seketika.Selesai majlis,aku mencari kelibat Hisyam.Aku perlu berjumpa dengan dirinya.Agak payah aku mencari dirinya,kerana Stadium Tertutup Nilai bukanlah kecil.
Akhirnya, berjaya juga aku berjumpa sekejap dengannya.Kawan-kawanku masih setia menemani aku.

Dari kejauhan,aku ternampak Hisyam...namun...

Dia memandangku dengan wajahnya mencuka.Dia mengangguk-anggukan kepalanya dan bertanya,apa lagi yang aku hendak darinya.Sambil mengangkat-angkat bahunya.

Kemudian,dia datang menghampiriku.Dia berkata denganku,esok dah nak balik Sarawak.Tidak sempat aku nak bertanya lebih lanjut dan dia memandang ke arah lain lalu terus memanggil seseorang.

Dia seolah-olah sedang menyibukkan diri.Seolah-olah aku tidak wujud di hadapannya dan dia terus menerus dengan kesibukannya.

Menyedari hal itu,aku segera berlalu dengan hati yang pilu.Setibanya di luar Stadium, hujan turun dengan lebatnya.
Begitu juga air mataku turun membasahi pipi. Seiring dengan hujan yang turun.Aku menangis semahu-mahunya di dalam kereta sehinggalah sampai ke rumah sewaku.

Penat teman serumahku memujukku.Sehinggakan mereka menawarkan untuk menelefon ibuku.Aku katakan tidak perlu.Kerana sudah lewat.Pasti ibuku sudah tidur.Aku tahu ibuku penat.

Saat itu aku terasa sekali ingin ibuku mendakapku.Aku rindu insan yang paling hampir paling dekat kepadaku.Saat aku menulis ini,air mataku tumpah lagi.Setelah sekian lama,aku tidak tahu kenapa air mata ini tumpah.Bukan tumpah kerana dirinya,tetapi tumpah kerana aku kasihankan diriku sendiri yang terlalu dhaif.

Dalam pada itu, teman-teman serumahku seramai 7 orang menelefon dan SMS Hisyam tetapi dia tetap membisu menyepi.Bila teman-teman serumahku menelefon,dia segera menjawab panggilan tersebut namun akhirnya dia terus meletakkannya.Kemudian,ketujuh-tujuh mereka SMS kepada Hisyam namun tetap hampa.Mereka beriya-iya untuk mengetahui apa yang terjadi.Apa yang telah menyebabkan aku menangis pada malam tersebut.Namun, hampa.

Aku segera mengambil wudhu.Solat dan tenangkan diri.Setiap malam aku menghadap yang Esa.Di saat insan lain sedang nyenyak tidur,aku bangun mengadu kepada diriNya.
Di saat bersamaNya sahaja aku kisahkan kedukaan ku ini.Setiap kali dalam sujudku,dalam doaku aku menghamburkan tangisanku sepuas-puasnya.
Ya Allah,
Aku lemah maka Kau bantulah hamba-Mu


Dan aku setiap kali hendak memejamkan mata..Selama itulah air mata dukaku mengalir.Aku berserah hanya kepada-mu Ya ALLAH.



Sehinggalah esoknya...........................


~Bersambung~
..............................................
Cinta Yang Pergi ( Part 7 )











Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...