Wednesday, July 27, 2011

Cinta Yang Pergi (Part 5)

   Aku segerakan menulis kisahku ini agar semakin cepat aku membuang kedukaan itu.Semakin cepat aku mengusir kenangan itu maka semakin cepat mindaku berehat dari berfikir dan mengingati kembali segala-gala kepahitan lalu.Namun itulah yang terindah untuk aku berkongsi rasa agar insan lain yang baru mengerti dan mengenali cinta manusia sekurang-kurangnya mengambil iktibar dari kisahku ini.Sakit, perit, pedih, kecewa namun akhirnya aku mampu tersenyum kerana ini sebahagian daripada kebaikan yang Allah limpahkan kepadaku. 

.................................................................

14 MEI 2011
      
    Alhamdulillah, peperiksaan akhir telah tamat pada 12 Mei bagi subjek Business Management MGA 1023. Aku bersyukur kerana telah tamat Imtihan tersebut. Aku minta semoga dipermudahkan untukku mendapat keputusan cemerlang. Kabulkanlah doa hamba-Mu Ya ALLAH. Maka pada 14 MEI 2011, kawan-kawanku mengajakku berjalan-jalan di sekitar Seremban. Bersama-sama dengan Zafirah dan Nadzirah akhirnya kami singgah bermalam di rumah kawan baikku Sh.Fatimah. Kebetulan,pada sebelah malamnya kami pergi membeli Nasi Arab. Aku SMS kepada Hisyam mengatakan aku berada di rumah kawan dan berjalan-jalan di sekitar Seremban.Kebetulan, di rumah Fatimah mudah untuk aku access internet. Maka, pagi esoknya.......

15 MEI 2011

        Aku membuka fb. Tiba-tiba...aku terlihat sesuatu 

"Assalamualaikum sayang..." 

Hisyam Syam wrote on Isnafizah Isna's wall photos

Qabul dari Isna

"Wa'alaikumussalam" 

Aku terkaku.Tidak terkata. Aku beristighfar.

Air mataku menitik..semakin laju..

Ya Allah

    Apakah ini ? Sudah lama dia tidak menghubungi diriku.Tiba-tiba dia berkata sayang kepada perempuan lain.Aku menangis hiba seawal pagi. Aku terkejut. Aku lihat tarikh post tersebut pada 10 Mei 2011 pada jam 6.30 petang hampir-hampir memasuki waktu Maghrib kalau di Sarawak. Inikah katanya terlalu sibuk selama ini.Inikah jawapannya terlalu sibuk menjaga kebajikan orang lain. 

   Kebetulan,kawan-kawanku yang baru bangun tidur terkejut melihat aku menangis.Terus mereka bertanya mengapa dan mengapa?Segera mereka menghulurkan telefon bimbit supaya aku menghubungi Hisyam bertanyakan perkara sebenar.Aku enggan.Dek kerana Fatimah membesarkan suara,berkeras menyuruh aku menelefon Hisyam.Aku akur.Aku mendail nombornya menggunakan telefon Zafirah.Pada mulanya tidak bersambut talian di hujung sana.Kemudian, aku dial lagi.Hisyam mengangkat kemudian meletakkan semula.Aku hantar SMS kepadanya.

"Ini Fera.Please answer my call"

  Aku mendail lagi.Tetapi tetap dia tidak menjawab panggilanku.Kemudian, aku biarkan dahulu.Tanpa sedar, Nad mendail nombor Hisyam dan akhirnya dia menjawab.

"Assalamualaikum" ucapku tenang

"Wa'alaikumussalam" jawab Hisyam

"Nak tanya, boleh ? tanyaku

"Apahalnya ?" jawab Hisyam lagi

"Siapa Isnafizah Isna?Kenapa tulis Assalamualaikum Sayang di wall photo nya?Siap dengan jawapan salam lagi".
tanyaku berterus terang

Gulp!!! Aku perasan nada suaranya lain.Terus dia menjawab.

"Mana abang tahu???Mana ada abang tulis apa-apa.Dah lama abang tak buka facebook.

"Habis siapa yang menaip "Assalamualaikum sayang...hantu ?" kataku lagi


"Manalah abang tahu?Bukankah sayang tahu password abang. Dah lama dah tak buka fb.". Jawabnya lagi. 

Aku tanya dan terus tanya.Banyak kali juga dia menjawab dia tidak tahu. Kemudian akhirnya dia berkata sebegini.

"Abang bergurau sahajalah.Bukan ada niat apa-apapun.Dia cuma kenalan bukan ada apa-apa pun.Demi Allah abang tak ada hubungan dengan mana-mana perempuan lain"  

  Malas untuk aku memanjangkan isu.Terus aku meletakkan telefon.Aku berasa benar-benar marah ketika itu.Kerana takut keadaan menjadi lebih teruk lebih baik aku berdiam diri.Mula-mula Hisyam kata tak tahu apa-apa.Hisyam kata tak kenal perempuan itu. Tapi akhirnya kata kawan sekerja pula. Kenalan sahaja. Yang mana satu betul???Aku nekad mencari jawapan sehingga ke akhirnya.Aku tidak mempunyai bukti. Masakan aku tidak terkilan. Banyak mesej untuk nya yang aku tinggalkan di fb, kadang-kala aku SMS menceritakan perihalku di kampus. Alih-alih dia menyapa perempuan lain, memanggil perempuan lain dengan panggilan sayang.Itukah jawapannya setelah sekian lama menyepi diri.Kebetulan aku hendak balik ke Nilai. 

     Gara-gara dirinya, aku hampir sahaja dilanggar sebuah kereta ketika hendak melintas jalan.Aku tidak sedar apa yang aku fikirkan ketika itu.Tambahan pula, aku kehilangan kad simpanan barang ketika menemani Nadzirah dan Zafirah ke Mydin. Kasihan mereka terpaksa bersabar denganku. Mencari-cari kad tersebut.Mujur terjumpa kalau tidak alamatnya duit lah yang akan keluar.Itulah hari yang merubah diriku.Aku mula menjadi bukan diriku sendiri. 
      
     Aku tidak balik ke Sarawak kerana aku perlu menghadiri kelas bahasa LSP stand for English Language Support Programme dan Arabic Language Support Programme selama 7 minggu. 8 Julai barulah aku akan pulang ke Sarawak Tanah Airku.

   Selepas 15 Mei 2011, hatiku dirundung pilu akibat sikap Hisyam. Selama seminggu dia bersungguh-sungguh memujukku. Setiap pagi, petang dan malam dia memujukku. Datang pelbagai SMS darinya memohon kemaafan. Jika anda yang sedang membaca ini adalah diriku?Adakah anda akan memaafkan dirinya? 

Setiap pagi

"Assalamualaikum sayang" SMS nya berbunyi

Setiap pagi juga aku membalas aku katakan

"I'M NOT YOUR SAYANG" 

Sehinggalah dia sanggup berkata begini. Antara bait-bait ayat nya yang aku ingat,

"Tolonglah sayang, abang benar-benar sayangkan sayang.Maafkan abang.Kita bina kehidupan kita,hubungan kita semula dengan baik".

Kemudian, SMS nya datang lagi.

"Tolonglah sayang, maafkan abang. Abang benar-benar minta maaf.Hanya gurauan dengan kawan-kawan sekerja.Takkan itupun salah?Abang janji kelak abang buang mesej kat wall photo perempuan tu".

Satu sudut lagi SMS nya berbunyi,

"Apahal sayang x faham-faham? Berapa kali nak cakap nak ulang?Abang tiada hubungan dengan mana-mana perempuan lain.

Lagi,

"Demi Allah, abang tiada hubungan dengan Isna or dengan mana-mana perempuan lain".

Lagi,

"Tension abang dengan keadaan macam ni. Tension abang dengan sayang.Kenapalah sayang tak faham? Dah lah abang sibuk dengan kerja".

Lagi,

Bila masa Isna menyusahkan hidup sayang ? Sudahlah, malas nak guna facebook lagi. Asyik bergaduh sebab facebook.

Aku berkata, dalam hati

Ya Allah

Dia tidak sedarkah siapa yang memulakan segala-galanya

Memulakan sengketa ini

Tidak sedarkah dia

Selama 5 bulan ini aku langsung tidak pernah menganggu dirinya

Walau dia tidak pernah menepati janjinya terhadapku

Aku tidak pernah marah

Sedarkah dirinya silapnya tidak pernah pedulikan diriku

Selama ini

Tetapi dengan selamba berkata sayang dengan perempuan lain

Mempertahankan perempuan lain

Akukah yang bersalah?

Kerana tidak memahami dirinya ? 

Dia salahkan penggunaan facebook menghancurkan hubungan kami.Walhal dia sendiri tidak menghubungi aku selama ini.Tapi gunakan facebook untuk berkata sayang dengan perempuan lain.Apa sahaja alasannya?Selama seminggu itu sahaja dia memujukku.Selepas itu sepi.Aku cuma katakan,padamkan mesej pada wall perempuan tersebut kalau mahu aku memaafkan dirinya.Seminggu berlalu, tidak juga dia membuat apa-apa tindakan. Bahkan dengan senang dia beralasan,

"Maaflah, abang tak sempat lagi nak buang mesej tu sebab abang sibuk dan tak sempat nak pinjam broadband kawan.Tapi abang berjanji abang akan buang kelak. Abang janji dengan sayang".

Namun,
Janji hanya tinggal janji.Aku sendiri yang membuangnya. Kerana malas untuk bergaduh. Lagipun, dia tetap enggan mengaku hubungannya dengan perempuan tersebut.Dalam penghujung Mei, aku cuba menghubungi dirinya.Aku berkira-kira untuk memaafkan dirinya.Namun tetap tidak bersahut panggilanku di talian sebelah sana.Lain pula yang terjadi tidak lama selepas itu.

Sehinggalah suatu hari.........................

29 Mei 2011

Isnafizah Isna request MARRIED relationship with 
Hisyam Syam
Itulah kenyataan yang aku terima dan berhadapan bila membuka facebook Hisyam.

IGNORE OR ACCEPT ?


Terus aku tutup komputer. Aku menangis.Aku terkejut teramat sangat. 

Ya ALLAH

Siap sebenarnya aku ?

Aku pula merasakan aku orang ketiga dalam kisah ini.

    Aku membuka fb Hisyam sekadar untuk melihat-lihat sahaja. Tetapi lain yang aku dapat.Aku tidak menyangka sejauh itu sekali. Permintaan perempuan tersebut aku rasakan agak melampau. Terus aku menangis. Menangis hiba. Aku menelefon Hisyam untuk bertanya kebenaran. Hampir 70 kali panggilanku tidak bersahut. Selepas Maghrib barulah aku mendapat SMS dari Hisyam mengatakan dia sibuk.Sempat aku menghubungi dirinya. Aku sempat berbual-bual sekejap dengan dirinya. 

"Mengapa Isna request MARRIED relationship kat facebook ?

"Manalah abang tahu perempuan tu buat macam tu. Abang tak tahu apa-apa pun.
Demi Allah abang tak pernah ada hubungan dengan mana-mana perempuan lain. Lagipun, 4 JUN sehingga 10 JUN kelak abang akan ke USIM. Bawa anak-anak yatim untuk pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid ASEAN.Tolonglah sayang jangan macam ni.Tolonglah".

Aku katakan,
"Kalau tak ada hubungan istimewa masakan Isna berani request MARRIED relationship.Selama 8 tahun hubungan kita,tak pernah kita guna perkataan MARRIED di alam maya?Tak pernah pun diri ini mengada-ngada sebegitu.Silakan datang ke universiti ni, tapi ambil balik semua barang-barang hak milik abang.Minta dengan Nabilah".


"Tolonglah, tolonglah jangan begini. Jangan marah. Abang terlalu sayangkan sayang".
rayu Hisyam kepadaku

Dalam perbualan kami.Dia tetap tidak mengaku dan tegas menyatakan bahawa dia tidak mempunyai hubungan dengan sesiapa pun.Selepas itu, dia kerap kali SMS kepada diriku. Berkali-kali dia memujukku. Tapi hatiku sendiri kecewa dengan sikapnya.Dan aku tetap berdoa pada Allah,
Ya Allah

Aku kebuntuan

Jika benar Hisyam menipu diriku

Kau tunjukkankah aku

Berikanlah aku petunjuk Ya Allah
Dalam pada itu, aku merangka strategi. Ku minta sahabat baikku Khairun Niswah mencari dan membantu menyiasat. Aku minta kepada sahabat baikku Lissa menyelidik perkara sebenar.Aku bertanya kepada sahabat terdekatku yang berada di MIRI untuk menyelidik perkara sebenar.Setiap malam, aku bangun malam bermunajat pada yang Esa agar dilimpahkan ketenangan dalam hatiku. Aku mohon diberikan yang terbaik untukku.  

Tibalah masa yang dijanjikan, akhirnya Hisyam datang ke universiti ku. Aku tahu dia berada dekat denganku kerana aku boleh menyemak dari laman web universiti mengenai segala aktiviti yang dijalankan. Aku SMS dan menelefon dirinya namun langsung tidak berbalas. Aku biarkan sahaja. Kemudian, keesokkan harinya, aku sempat berjumpa dirinya. Aku mengambil masa rehatku kerana aku sendiri ada kelas bahasa. Aku pergi mencari dirinya di Dewan Kuliah Pusat 3 dengan ditemani kawan-kawan sekelasku. Sempat,aku belikan air soya kegemarannya dan sedikit roti sebagai tanda aku menyambut kedatangan dirinya adalah tetamuku di universiti ku.  

Bila aku berjumpa dengannya, sempat aku berbual-bual dengannya. Sehinggalah ke satu saat, aku berkata sebegini, 

"Boleh tanya tak?Tapi jangan marah. Pasal Isna?" 
kataku dengan perlahan-lahan dan berhati-hati

Em... 
katanya, tanpa segarit senyuman. Memang pun, langsung dia tak pernah senyum kepadaku walau baru bersua. Mukanya serius.

"Macam mana boleh kenal Isna ?"tanyaku

"Kenal dengan keluarganya masa ikut pergi function. Lepas tu pernah pergi ke rumahnya sekali".

"Owh, mesti selalu berhubungan dengan Isna".Jawabku lagi.

"Mana ada ? 
Jarang abang berhubung dengan Isna. Tapi dia selalu hubungi abang. Selalu call abang".

"Owh.."Jawabku ringkas

"Betul ke?Entah-entah memang sayangkan Isna. Mesti ada juga perasaan suka tu. Mustahil". tambahku lagi.

"Abang sayangkan sayang,sayang juga pada Isna tapi dia hanya kawan.Abang sayangkan sayang lebih dari Isna. Tapi keluarga abang dan keluarga Isna benar-benar nak abang dengan Isna". 
jawabnya dengan wajahnya memandang ke arah lain

Ya ALLAH

Jawapan apa itu ?

Siapa aku di hatinya ini ? 

Hisyam berkata lagi, 
"Jangan risau, nanti tunggu pulang Sarawak kita selesaikan semuanya. Abang janji. Mungkin dengan keluarga abang tidak payah untuk abang jelaskan tapi agak sukar di sebelah keluarga Isna".

Aku tanya,"Perlu ke aku bantu dia?

Dia menggeleng berkata, "Tidak perlu".

"Nanti semasa Hari Raya akan datang, Isna dan keluarganya akan bermalam di rumah abang. Keluarga Isna selalu berhubung dengan keluarga abang". 

Ya ALLAH

Jawapan apakah itu ? Aku tidak terucap dengan kata-kata apabila mendengarnya.

Aku pelik. Bukankah keluarganya tahu hubungan kami selama ini.
Bukankah keluarga kami tahu hubungan kami? 
Mengapa boleh terjadi sebegini? 
Siapa aku? 
Akukah penghalang di pertengahan jalan ?
Kalau benar Hisyam dan Isna berhubungan
Akukah insan ketiga dalam kisah ini???????
   Air mataku bertakung di kelopak mataku setelah mendengar kata-kata Hisyam. Aku segera minta diri beredar untuk ke kelas. Dalam kelas, apa sahaja yang dituturkan oleh tutor masuk ke kiri keluar ke kanan. Air mataku pula boleh automatik jatuh. Ya Allah, aku terasa lemah ketika itu.Selesai kelas, aku sempat menghantar SMS kepadanya,aku katakan aku tidak mampu nak fokus di dalam kelas.Namun,sepi.Tiada balasan.Aku ceritakan kepada teman serumahku bahawa tadi aku ditemani budak-budak sekelasku pergi menemui Hisyam.Terus terang mereka sendiri tidak mempercayai Hisyam.Atas saranan mereka akhirnya,aku nekad meminjam telefon Hisyam pada keesokkan harinya.Aku nekad berjumpa dengan dirinya sekali lagi.


   Aku katakan kepada Hisyam.Aku hendak berjumpa dengannya.Dengan ditemani rakan-rakan,Fizah,Fatimah dan Nadzirah.Aku dapat berjumpa dengannya.Itupun dia enggan berjumpa denganku.Bermati-matian dia enggan berjumpa dengan diriku sehinggakan aku katakan kalau tidak aku akan pergi pinjam dia dari pasukannya.Risau aku pergi mendapatkan dirinya akhirnya dia akur bertemu denganku.Aku serahkan ole-ole kepadanya.Ole-ole yang kau belikan sewaktu aku ke Kedah dahulu.Aku hadiahkan dua buah lukisanku kepadanya.Aku memang gemar melukis.Pada lukisan itu, aku pahatkan kata-kata, 
I'm So Glad... 
I Will Never Find Another Lover
Sweeter Than You
And I Will Never Found Another Lover
More Precious Than You
Close To Me You're Like My Mother
Close To Me You're Like My Father
Close To Me You're Like My Sister
Close To Me You're Like My Brother
And You Are The Only One My Everything
All My Life
I Prayed For Someone Like You
And
I ThanK ALLAH
That I Finally Found You
All My Life 
I Prayed For Someone Like You
I Prayed That You Do Love Me Too
For All My Life
    Lepas aku serahkan ole-ole dan lukisan tersebut kepadanya.Aku katakan aku nak pinjam hp nya.Dia lantas bertanya kenapa pula nak pinjam?Aku katakan tak kan tak boleh nak pinjam.Salah ke?Kalau telefon aku bukan main lagi dia selalu buat spot check sebelum ni.Segera dia berkata,nak pergi tandas sekejap.Aku kata tak mengapalah.Silakan.Sekembalinya dari tandas dia memberikan telefon bimbitnya kepadaku.Aku bawa lari telefon bimbitnya.Apalagi,aku agak sudah tentu dia benar-benar marah kepada diriku.Aku sengaja berbuat begitu kerana ingin mencari jawapan kepada SANDIWARA yang sedang dilakonkan olehnya.


     Aku tidak mencari bahagian “Contacts” kerana aku yakin di situ pasti tiada jawapannya.Terus aku mesej ke Celcom untuk mengetahui 8PAX LIST.Dalam kesemua nombor yang terkandung dalam 8PAX LIST nya,hanya terdapat satu nombor yang aku langsung tidak kenali.Terus aku dail nombor tersebut.Dan terpaparlah pada skrin tanda senyuman kenyit mata (“,).Segera aku menyemak di bahagian mesej.Bahagian INBOX dan SENT MESSAGE nya memang kosong.Tapi,ternyata menggunakan Sony Ericsson tidak mudah untuk aku mengesan.Ternyata,hanya nombor tersebut terdapat pada paparan mesej sebelum dihantar.Hanya satu-satunya nombor itu terdapat dalam kotak mesej.Aku simpan nombor tersebut kerana aku yakin itulah nombor orang yang aku cari-cari iaitu orang yang mampu menjawab persoalanku.Aku simpan nombor salah seorang staff PERYATIM kerana kemungkinan ia berguna suatu hari nanti.

Aku dapati dalam telefon Hisyam ada dua lagu.Kedua-duanya tertera nama Isna(Kanda-Adinda) dan sebuah lagi lagu Isna(Jujur-Radja). Aku mengambil kesempatan itu,mendail nombor tersebut. Namun hampa tidak berjawab. Kemudian,aku dail sekali lagi.Isna mengangkat namun dia meletakkan semula taliannya.Aku dail sekali lagi dan dail dan terus mendail.Namun hampa. Yang kedengaran hanyalah PETI PESANAN SUARA. Aku semak di bahagian “CONTACTS”. Aku ternampak nama yang tertera di telefon Hisyam sebagai “AYANG 1” dan telefon talian Maxis pula adalah “AYANG 2”.Bermakna dia menggunakan dua nombor selama ini yang aku sendiri tidak tahu.

Tidak lama selepas itu, telefon nya berdering.Hisyam menelefonku menggunakan nombor telefon yang satu lagi.Lantas,aku matikan panggilan darinya.Kemudian, dia mendail lagi.Dan dengan marah dia meminta dipulangkan semula telefon bimbitnya.Aku katakan aku di luar dewan sahaja.Ambillah telefon nya.Lantas dia mengambil telefon dariku dan berlalu begitu sahaja.Aku berdiri di hujung pintu DKP 3 berhampiran dengannya, itupun dia langsung buat tidak tahu.Seolah-olah dia langsung tidak mengenali diriku.Aku ingin bertanya dan terus bertanya kerana semakin banyak yang aku ketahui semakin aku rasakan dia berahsia kepadaku.

Semakin lama semakin aku tidak mengerti sikapnya terhadapku.Sempat aku berbincang sekejap dengan Hisyam dengan ditemani oleh rakan-rakanku.Itupun dia berkeras dan benar-benar enggan berjumpa denganku.Aku mendesak untuk bercakap sebentar dengan nya kerana aku masih ingin jelas perkara sebenar.Aku bertanya kepada dirinya.Apakah ini?Ya Allah dengan selamba dia berkata,Isna memang pernah menggunakan telefonnya.Aku tidak tahu hendak berkata bagaimana ketika itu.Aku terdiam.Namun hatiku berasa sangat sedih.Dalam pada itu,sempat dia menghantar mesej kepada diriku dan berkata,


"Mengapa sayang tak faham-faham?Nanti kita bincang di SARAWAK.Abang janji kita selesaikan semuanya di Sarawak nanti.Kenapa sayang mengada-ngada sangat ni? 

      

Kemudian, dia berkata kepadaku.


      "Tolonglah faham, abang bekerja. Tengah sibuk dengan pertandingan.Dahlah tension dengan pertandingan ni.Sayang menambah lagi beban abang.Abang janji balik Sarawak untuk selesaikan semuanya". 


Aku berkata lagi dengan perlahan-lahan,


"Jangan tension kerana pertandingan Tilawah Al-Quran ni.InsyaAllah anak-anak yatim ni dah membuat yang terbaik.Mengapa perlu risau?Cubalah jangan campur adukkan kerja dengan.....


Namun belum sempat aku menghabiskan ayatku segera Hisyam mencelah dengan wajahnya membengis memandangku,


"Sayang cakap memang senang.Kerja kalau dah orang atas tak puas hati, siapa yang tanggung beban? Abang juga.Kena marah kena kata macam-macam.Belajar? Apa yang susah sangat belajar? Result kalau tak baik pun tanggung sorang-sorang, bukan beban pun bukan ada orang nak marah nak kata macam-macam.Ish..tension benar abang macam ni".


"Sayang sedarlah diri tu macam queen control. Selama ni sayang dah lah queen control,tahulah pandai masuk universiti jangan nak mengajar abang lah.Tahu lah abang sendiri nak buat apa.Ini nak mengajar abang.Abang tahulah!".

Hisyam bernada kasar terhadapku


Lantas aku menjawab,


"Ya Allah, bila masa jadi queen control. Pernah ke halang abang buat apa-apa pun selama ni.Jurang perbezaan lebih atau kurang,pandai atau tidak tak pernah terlintas di hati ini.Siapa pun diri abang, tak pernah membanding-bandingkan perbezaan antara kita selama ini.Sampai hati abang sanggup cakap begitu.Kalau dah macam tu,dari sekolah menengah lagi diri ini tak sudi berkawan dengan abang,dah lama diri ini membuang abang". 

kataku sambil teresak-esak

Ya Allah, 


 Terus air mataku mengalir bila Hisyam berkata sebegitu.Bila masa aku menjadi "QUEEN CONTROL"?Bila masa aku menganggu dirinya?Bila masa aku menyekat pergerakan dirinya selama ini?Dengan riak wajahnya tanpa segarit senyuman.Dengan perkataan yang keluar dari mulutnya umpama ledakan bom yang tercetus tanpa henti lantas merobek-robek hatiku ini.Sempat lagi dia berkata kepadaku,nanti lepas ni dia makin sibuk.Nak bawa anak-anak yatim ke Brunei.Nanti lepas ni uruskan dan selesaikan segala-galanya di Sarawak.Lantas dia berjanji sekali lagi,


"Abang janji dah di Sarawak nanti kita selesaikan segala-galanya".


  Kemudian,sempat aku duduk berborak-borak dengan kanak-kanak dari Peryatim Miri.Aku dan kawan-kawanku berborak dengan beberapa orang anak-anak yatim.Telatah mereka lucu dan menghiburkan diriku.Sempat aku berborak dengan staff PERYATIM sendiri.Lalu Ustaz tersebut memanggil Hisyam untuk duduk sama berborak-borak dengan aku dan kawan-kawanku.Namun sia-sia.Dia enggan dan benar-benar enggan.Sehinggakan ustaz tersebut berkata,"Entah-entah Fera ni buah hati Hisyam ya".Aku mendiamkan diri sahaja.Tetapi, kawanku Fizah yang duduk di sebelah tiba-tiba menjawab ya.


Aku agak pelik ketika itu,Hisyam benar-benar menjauh.Bahkan aku menghantar SMS dan menelefon dirinya ketika balik ke asrama pun dia tidak menjawabnya.Bahkan aku terserempak dengannya sewaktu turun dari bas yang menghantarkan mereka ke asrama.Aku lambai anak-anak yatim tersebut,aku lambai dirinya.Tetapi hampa.Dia langsung tidak memandangku dan berpura-pura memandang ke arah lain sambil menyibukkan dirinya bercakap-cakap dengan orang yang berada di sebelahnya.Ya Allah, mengapa begitu sekali Hisyam melayanku seolah-olah dia tidak mengenali diriku.Walhal dia yang datang ke universitiku. Tetapi lagaknya SOMBONG terhadapku.

SEHINGGALAH PETANG ITU............

~BERSAMBUNG~

Cinta Yang Pergi ( Part 6 )




































     











Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...