Tuesday, July 26, 2011

Cinta Yang Pergi (Part 4)

   Aku pergi jauh melanjutkan pelajaran kerana cita-citaku sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Tambahan pula, aku pergi dengan harapan itulah sebenarnya terbaik bagi hubungan kami. Along, angah dan Kak Gee. Kalian mengerti akan keinginan ku  berada jauh dari diri Hisyam.  
   
   Julai 2010
   Alhamdulillah, akhirnya aku sudah pun menjejakkan kaki ke universiti. Pada permulaan agak kekok aku rasakan, suasana terasing, suasana baru yang aku rasai. Namun sedaya upaya aku cuba menyesuaikan diriku. Tugas sebagai pelajar aku pikul dengan sebaik mungkin tanggungjawab itu. Aku tetap menghubungi keluargaku walau jauh. Hisyam dan keluarganya tidak aku lupakan. Aku tetap menghubungi Hisyam seperti biasa. Kadang-kala aku menelefon dirinya sekadar bertanya khabar. Begitu juga ahli keluarga nya. Aku tidak pernah lupa bertanyakan khabar mereka.
   Selama aku berada di universiti, Hisyam tidak jemu-jemu menghubungi aku. Kebetulan, aku beraya di Terengganu mengikut kak Mas balik. Maka, aku tidak balik ke Sarawak Aidil Fitri tahun tersebut.Maka, aku kirimkan kad raya untuk keluargaku dan untuk dirinya sekali. Aku katakan kepadanya dalam kad ucapan raya tersebut, 
Assalamualaikum,
Semoga abang sihat dan sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah Taala.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Salam rindu. Jaga diri baik-baik. 
   Jika aku tiada kredit,dia sendiri sanggup memberikan kreditnya kepadaku.Aku katakan aku sibuk dan harap dia memahami ku.Tetapi aku sedaya upaya menjaga hati nya.Aku berusaha menjaga hati nya. Setiap kali aku balik dari kuliah, sudah pasti aku menerima mesej dari nya bertanyakan aku sudah tamat kuliah atau belum. Setiap hari dia menunggu diriku. Kadang-kala aku rimas. Kadang-kala aku kasihan dengan dirinya. 
Hampa
Kad raya yang aku kirimkan
Kepada Hisyam
Sampai semula kepadaku
Aku tidak tahu kenapa dan mengapa
Kad tersebut tidak boleh sampai kepadanya
  Dalam awal September 2010,dia menghubungi diriku mengatakan bahawa dia mendapat tawaran pekerjaan di PEERYATIM,Miri.Dia bertanya kepadaku,haruskah untuk dia menerima tawaran tersebut.Miri agak jauh dari Kuching.Lebih kurang dari N.9 ke Kelantan tetapi jam perjalanannya lebih sedikit.Jauh nya...dalam hati ku terdetik.Hatiku tiba-tiba dilanda kerisauan. Terus aku buang perasaanku tidak senangku jauh-jauh.Yang penting, Hisyam berjaya. Bisik hatiku.  

   Lantas,aku katakan kepadanya. Siapa aku untuk menghalang dia pergi. Aku bersungguh-sungguh memujuknya bahawa cubalah peluang pekerjaan itu terlebih dahulu daripada dia bekerja sebagai guru KAFA.Pergilah menimba pengalaman di tempat orang biarpun jauh dari keluarga. Hisyam lantas berkata kepada diriku,
"InsyaALLAH, Sayang. 
Abang akan pergi untuk membina masa depan kita bersama. Abang pergi kerana sayang.Untuk murnikan impian hidup kita bersama". 

       Rabu, 27 Oktober 2010
    Tarikh lahir ku ke 21. Selamat ulang hari lahir ucapku sendiri dalam hati. Seawal pagi, jam 6.45 pagi aku menunggu bas di hadapan asrama. Kebetulan aku menaiki bas dan duduk telefon ku berdering. Itulah panggilan dari Hisyam. Mujur di menelfon ku, kalau tidak sudah pasti aku berkecil hati jika dia terlupa tarikh istimewa ini. Seminggu mendapat talian percuma, tapi aku hanya pernah berbual dengan nya dua kali sahaja. Bila aku menelefon dirinya, secara jelas perkataan yang diucapkan nya membuatkan aku marah. Begitu juga dengan permintaannya yang melampau.Sekali lagi adalah pada hari terakhir talian percumaku pada 2 Nov.Itu mungkin yang terakhir kami berbual secara baik. Siapa sebenarnya yang bersalah ? Along, Kak Angah, Kak Gee itulah kebenaran yang tak berubah. Kerana enggan mengalah dan berkeras denga permintaan dirinya,kami bergaduh.Hanya kalian yang memahami bicaraku di sini.Hanya kalian memahami isyarat kataku ini.Hanya kalian mengerti segala-galanya. 

        Hisyam mulai jarang menghubungi diriku. Kadang-kadang aku rasakan payah untuk aku memahami dirinya. Aku katakan, mengapa payah untuk menghantar berita kepadaku. Sekurang-kurangnya aku tahu perkembangan dirinya. Itu sudah memadai bagiku. Tetapi lain pula bagi dirinya. Dikatakan aku ini langsung tidak memahami dirinya, langsung tidak memahami kesibukan dirinya bekerja. Takkan lah nak berkepit 24 jam dengan aku? Ya Allah, betapa aku sedih mendengar kata-kata dirinya. Aku bukan minta dihubungi selalu, aku bukan minta setiap saat dia mengirim SMS dan menelefon diriku. Tetapi cukup menghantar khabar daripada dia sunyi mendiamkan diri. 

        Episod duka semakin rancak, 
      Permulaan, dia alihkan hubungan kami yang tertera di fb. Aku terkejut. Aku bertanya kenapa ? Hisyam berkata kepadaku. Sungguh, staff-staff di tempat kerja nya suka menyibuk hal orang. Jadi dia alihkan segala-galanya pada fb. Aku katakan tidak mengapalah kalau begitu. Jadi aku buatkan fb satu lagi, fb bersama agar nanti mudah untuk kami berhubung dengan rakan-rakan.Aku terima sahaja alasan nya kerana malas memanjangkan isu bergaduh kerana benda yang sia-sia. Tetapi..semakin lama semakin pelik. Semakin dia langsung menyepi diri. Aku bertanya kenapa? Dikatakan dia sendiri jarang top up kerana dah tak berduit. Sungguh aku katakan, tak kan lah keluarga sendiri dia tidak hubungi?Terus terang dia katakan, keluarga sendiri dia jarang hubungi apatah lagi aku.Alasan nya lagi, Dia membeli peti ais berkongsi dengan rakan serumah. Owh.. ok. Aku terima lagi alasan nya. Tetapi....dalam pada itu, 
Pergaduhan
Salah faham dan air mata
Menjadi teman dalam tempoh itu
November dan Disember 2010
Melampau sungguh Hisyam
Cukup aku katakan pendirian dan permintaan 
engkau melampau
Aku di sini dan engkau di sana
Tidak mungkin akan aku tunaikan permintaanmu
Sekalipun aku dekat dengan engkau
Walau apa pun 
Aku tetap dengan pendirianku
Along dan angah ... tolonglah adik 
Waktu itu terasa ingin berjumpa kalian
Supaya
Kalian mendengar bicaraku

Mungkin kalian dapat membantuku
Yang aku pendam bertahun-tahun lamanya
Kerana dia 
Mencipta kemarahanku
Kemudian...
dalam pada itu dia tetap memujukku ...

"Tunggu sayang balik Kuching, abang janji nak belanja sayang nanti". 

Tapi aku tak makan pujukan. Aku tak pasti dia akan tunaikan janji itu. Janji lelaki. Aku dah faham sangat dengan janjinya yang berapa kali berjanji denganku sebelum ini 

Akhirnya, 
Disember 2010 aku balik ke Sarawak
Dengan rajukku masih menebal terhadap dirinya, berusaha keras dia memujukku. Aku katakan aku hendak pergi ke rumah keluarganya. Dia bermati-matian menghalang. Tambah, seolah-olah dia ketakutan. Pagi petang siang malam dia mengirim SMS kepadaku semata-mata untuk memujuk diriku.
Untuk apa ? 
Persoalan nya akan ku jawab di akhir nanti. 

Azura menjadi penyelamat sekali lagi kepada perhubungan kami. Azura menjadi orang tengah yang mendamaikan kami.Akhirnya, datanglah Hisyam ke rumahku semata-mata untuk memujukku. Bersungguh-sungguh dia hendak berjumpa diriku memujuk rajukku. 
Aku menunggu dirinya
Dari pagi sehingga ke petang
Kesabaranku terbatas..rupa-rupanya dia balik ke Sampadi 
Berada di rumah keluarga angkatnya
Aku menunggu dan terus menunggu
Akhirnya,
Selepas Asar barulah dia kunjung tiba di rumahku

Itupun, dirinya berkeadaan tergesa-gesa

Itulah kali terakhir aku berjumpa dirinya 

Aku berkata kepada dirinya sekadar menduga, 

Kata nak belanja ?

Jawapannya,

Dah tak berduit.

Dalam hatiku, aku dah agak jawapan tidak seiring dengan janji. Bukan aku meminta, tapi aku kenal dirinya. 
Pendiriannya selama 8 tahun ini. 
Semakin lama semakin aku mengenali dirinya. 
Kerana aku tahu
Dulu sewaktu mula-mula memikat
Dibelikan aku bermacam benda
Dihadiahkan diriku bermacam-macam
Tapi semakin lama semakin aku mengenalinya
Semakin aku mengerti...
Biarlah
Hanya aku memahami dan mengenali sikapnya kini
Kemudian
Hisyam berkata
Mengapa aku langsung tidak memahami dirinya, kerjayanya
Boleh dia katakan aku ni 
Pemarah
Aku berkata, bila masa aku menganggu dirinya
Aku pun sibuk dengan study
Bila masa aku memarahinya ?
Aku cuma menzahirkan perkara yang aku tidak puas hati
Supaya masalah cepat selesai
Supaya salah faham dapat di atasi
Aku tidak suka membiarkan masalah berpanjangan
Selagi itulah aku tidak mampu fokus dengan kerja
Jika dirundung masalah
Cuma aku minta cukup dirinya menghantar khabar
Itu sahaja pintaku 
Aku katakan aku enggan bergaduh lagi
Adakah itu terlalu payah ?
Hisyam berkata lagi
"Abang minta maaf, InsyaAllah lepas ni abang akan cuba meluangkan masa, mencari masa untuk sayang"
Aku meminta maaf kepada dirinya agar keadaan tidak menjadi semakin payah. Dalam kesempatan itu, aku serahkan ole-ole untuk dirinya, untuk keluarganya yang aku beli di sana.Alhamdulillah, masalah kami selesai. Tetapi, perasaan aku masih terasa "TERASING". Aku terasa aneh. Aneh yang aku sendiri dapat rasa kelainan sikapnya di hadapanku. Tapi aku buang jauh-jauh. 


Kalau dahulu, kami bermasalah Hisyam lah yang akan segera menghubungiku. Segera menelefon diriku. Segera memujukku agar salah faham di antara kami cepat-cepat diselesaikan. Tapi kini, dia telah jauh berubah. Tidak sampai sebulan dia berada di Miri. Aku kehairanan dengan sikapnya tetapi aku pendamkan sahaja. Biarlah..aku memujuk hatiku, mungkin dia tertekan dengan kerjanya atau dia benar-benar sibuk. Aku tetap berprasangka baik. 

    Januari 2011
    Aku kembali semula ke kampus 1 Januari 2011 untuk memulakan kuliahku bagi Semester Dua. Kali ini lebih sibuk dari Semester Pertama. Aku sengaja mendiamkan diri kerana aku teringat janjiku agar tidak menyusahkan diri Hisyam lagi. Dua tiga, hari kemudian aku menerima mesej darinya. 

"Salam, Sayang apa khabar ?Dah berada di kampus kah? 

Aku senyap. Terus menyepikan diri.

Esok datang lagi SMS nya

"Mengapa sayang senyap ? Sayang sihatkah ?
Esok datang lagi dan datang lagi. Akhirnya, aku membalas SMS nya. Sekadar menjawab pertanyaan nya. Tapi terhenti cukup! Setakat itu sahaja. 
Dalam Januari 2011, aku mula terlibat dengan bola jaring dan bola baling semasa di kampus. Aku cuma menghantar SMS kepadanya sekadar menyatakan aktivitiku di kampus.Menyatakan keadaan kehidupanku di kampus. 
    Kemudian, aku teringat lagi aku ke Pahang, Kedah dan Pulau Pinang dalam bulan Januari 2011.Aku mengikut budak sekelas lamaku Atiqah ke pulang ke Pahang. Sempat lagi aku belikan dia ole-ole semasa kunjungan ku ke Kedah Darul Aman. Aku bercadang untuk memberikan ole-ole tersebut kepadanya kelak jika ditakdirkan aku berjumpa dengannya. Betapa aku jauh darinya. Laut China Selatan memisahkan kami dan aku tidak pasti bila aku akan balik ke Sarawak. Biarlah aku menyimpan dahulu ole-ole itu untuknya. Sempat lagi, aku khabarkan kepadanya, walau di mana aku berada dan apa yang aku lakukan. Tetapi dia terus-terusan menyepi.Aku cuma terus-terusan bersangka baik kepadanya. 

     9 Februari 2011
     Genap usia Hisyam 22 tahun. Semalam lagi,ba'da solat maghrib aku menelefon dirinya sekadar mengucapkan selamat hari lahir. Mendoakan kebaikan buat dirinya. Cukup aku berbual sebentar dengan dirinya. Harapanku moga dia tetap terasa dia dihargai. Kebiasaannya, panggilan percuma hari lahirnya dia akan menelefon diriku. Tapi kali ini tidak. Hatta SMS ku pun tidak dibalasnya. 3 hari kemudian, barulah dia menelefon diriku. Itupun, aku sempat berbual selama 2 minit dengan dirinya. Selepas dari itu, tidak pernah dia menelefonku. Hari kelima panggilan percuma sempena hari lahirnya, aku melihat paparan pada skrin telefon bimbitku. 
"2 MISSED CALLS"
AKHI 
    Aku tidak mempunyai kredit pada masa itu. Aku menunggu dan terus menunggu dengan harapan dia akan menelefon diriku semula.Namun, hatiku hampa.Rupa-rupanya,itulah panggilan terakhir darinya.Selepas itu, dia tidak pernah menghubungi diriku melainkan aku sahaja yang menghubungi dirinya. Maksudnya ??? Biarlah aku jelaskan kemudian. 

Pertengahan Mac aku menghantar SMS kepadanya, bertanyakan adalah dia masih menyimpan lagu tema thriller dalam hp nya kerana aku hendak berlakon cerita Dr Jekyll And Mr Hyde untuk subjek bahasa Inggeris. Jawabnya hanya sepotong ayat, 
"Maaf, dah tak ada. Dah tukar hp". 
Balasku,
"Tak apalah, Terima kasih". 

Hatiku hampa.Mengapa dia tidak pernah bercerita apa-apa kepadaku. Namun,aku biarkan sahaja.Aku lebih suka jarang berhubung, tapi mengapa dia nampak aneh. Pernah aku katakan kepada dirinya sebelum ini, sekurang-kurangnya hantarlah khabar berita kepadaku. Masakan tidak, setiap apa yang aku lakukan. Aku terlibat dengan pelbagai aktiviti apapun sekurang-kurang aku SMS kepadanya agar dia tahu perkembangan aku. Tetapi dirinya, aku tidak pernah tahu mengenai apa-apa pun.Aku bersabar. Aku mendiamkan diri. Itu yang terbaik. Kerana aku tidak mahu bergaduh lagi. 

Awal Mac dia menghantar SMS kepadaku,

"Assalamualaikum sayang, apa khabar? Lama dah tak dengar khabar ?

Aku kehairanan. Siapa yang dah lama menyepi ?

Sedangkan aku tetap menghantar khabarku kepadanya 

Walau dia yang menyepi

Namun, aku membalas SMS dirinya sekadarnya sahaja

Aku takut aku yang "DESPERATE"
Sebab selama ini aku yang menghantar khabarku kepadanya..
tetapi 
DIA TETAP MENYEPIKAN DIRI


19 MAC 2011
Genap ulang tahun ke lapan hubungan kami. Aku SMS kepadanya cukup sekadar mengingati tarikh tersebut. Aku katakan kepadanya, 

"Assalamualaikum, moga abang sihat dan sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah Taala. Hari ini genap lapan tahun hubungan kita. Mohon maaf andai terdapat banyak salah dan silap selama ini. Moga dipermudahkan segala urusan.Moga kasih sayang kita berkekalan dan berdoalah selalu moga jodoh kita berpanjangan. Jaga diri baik-baik". 

SEPI
   Tiada jawapan darinya.Senyap dan terus senyap. Biarlah, mungkin dia benar-benar sibuk.Mujur aku sibuk selama di universiti.Maka aku biarkan sahaja perasaan tidak senangku.Aku katakan, aku ke Sekolah Menengah Pajam kerana ada perlawanan bola baling. Aku cuma meminta dia mendoakan kejayaan aku. Namun... tetap sunyi sepi dan tiada jawapan. Aku mula terasa kelainan pada diri Hisyam.Tetapi aku diamkan sahaja.Aku tetap berprasangka baik.Mungkin dia tidak mempunyai kredit.Biarkanlah. Yang penting aku tetap berpegang dengan janjiku.Aku berjanji sebelum ini.Aku tidak akan memarahinya lagi atau menyusahkan dirinya.Kerana apa aku mendiamkan diri ?   
Aku mendiamkan diri
Bersabar
Kerana terkenangkan anak-anak yatim
Walaupun dia tidak pernah menunaikan janjinya
Janji untuk meluangkan masa denganku
Aku tidak menagih janji itu
Tetapi
Cukuplah sekadar dia menghantar khabar
Itupun dia tidak lakukan
Hatiku hampa
Tetapi
Aku berfikir satu perkara
Anak-anak yatim
Aku kasihkan mereka
Kerana aku teringat junjungan kita 
Nabi Muhammad S.A.W
Adalah anak yatim
Aku tidak mahu memarahi dirinya
Kerana aku takut
Kemarahan aku nanti seolah-olah
Aku memarahi
Dirinya kerana kesibukan bekerja
Seolah-olah 
Aku memarahi anak-anak yatim
Kerana sering kali
Dia memberikan alasan sibuk
Aku menerima sahaja
Aku tidak mahu memarahi dirinya
Kerana kesibukan bekerja
Aku anggap pekerjaan dirinya pekerjaan yang mulia







Bekerja menjaga kebajikan anak-anak yatim
Oleh itu
Aku takut benar dimurkai Allah Taala
Menyakiti anak-anak yatim
Kerana itu
Aku tidak pernah memarahi Hisyam
Biarpun agak lama dia tidak pernah menghubungi diriku
Biarpun khabarku tidak berbalas
Sering kali panggilanku sukar dijawabnya
Namun aku tetap bersabar
Bagiku biarlah
Kerana aku merasakan Anak-anak yatim
Lebih wajar untuk diutamakan
Biarlah masanya untukku lebih bermakna 
Mengurus dan menjaga anak-anak yatim
Bersama husnuszhon dan tawakkal
Serta doaku kepadaMu
Ya Allah
Aku tidak pernah berhenti mendoakan kebaikan untuk dirinya
Aku tidak pernah berhenti dari berdoa 
Ba'da solat







اللهم ارزقني زوجا صالحا  وهومحمد هيشام وجعلني زوجة صليحة اليه

Ya Allah, kurniakanlah aku suami yang soleh dan dialah Muhammad Hisyam dan jadikanlah aku isteri yang solehah kepadanya

    April 2011
Pada awal April...aku katakan lagi, aku telah tamat mengikuti sukan bola jaring.Kemudian, aku meminta di doakan dipermudahkan urusanku.Aku akan bertanding dikir Arab pada penghujung April ini,maka doakan lah kejayaanku.Aku meminta pertolongan kepadanya.Bukankah dia bekerja mengikut shift.Maka aku minta dia bangunkan aku jam 3 pagi selama dua minggu kerana aku hendak study memandangkan peperiksaan tidak lama lagi.Namun,tetap..
DIA MENYEPI.

Aku SMS kepadanya menghantar khabar bahawa aku mendapat Johan sempena Pertandingan Mencipta Blog. Namun, 
DIA TETAP MENYEPI.
    Sebenarnya, sesibuk mana sekalipun aku tidak pernah lupa menghantar khabar berita dan perkembanganku di universiti. Kadang kala ada juga aku menghubungi dirinya. Pernah aku menghubungi dirinya tetapi dia tidak sihat. Dia mengatakan dirinya demam. Mengapa tidak dikhabarkan kepadaku.Sekurang-kurangnya aku tahu dan mengambil berat akan keadaannya. Biarpun jauh, kasih sayang aku tidak pernah berubah terhadap dirinya. Aku sedar dan aku perasan bahawa setiap kali aku menghubungi dirinya, dia sedikit pun tidak pernah menceritakan perkembangan dirinya.Percakapan dirinya agak kaku. Aku terasa pelik dengan sikapnya. Aku terasa janggal. Aku terasa kekok. Setiap kali membuka fb, aku menyapa pada wall nya. Sekurang-kurangnya aku tetap menghubungi dirinya walau sesibuk mana sekalipun. 
Aku?
Hairan...kerana dia bersikap luar biasa
Ke mana janji-janjinya?
Mencari masa untukku
Namun 
Aku tidak menuntut janjinya
Tidak meminta
Kerana aku lebih selesa jarang berhubung
Untuk kebaikan kami bersama
Untuk itu 
Aku mendiamkan diri
Tetapi dia terlalu menyepikan diri
Sedangkan aku
Tetap setia menghantar khabar berita
Tetapi aku pendamkan jauh di sudut hati
Agaknya dia benar-benar sibuk
Aku tetap berprasangka baik terhadap dirinya
Kerana aku yakin
Allah akan pelihara diriku dengan berprasangka baik
Membuang jauh-jauh fikiran jahat
Aku bersabar
Aku tidak mahu marah
Kerana aku tahu itu tidak baik
Aku berkongsi rasa dengan rakanku Azura
Aku khabarkan Hisyam benar-benar berubah
Hisyam dah lain sekarang
Namun 
Aku pujuk jua hatiku
Supaya bersabar dan terus bersabar
Kebetulan April dan Mei 2011 adalah minggu aku berhadapan dengan final exam. Maka aku bekerja keras untuk peperiksaan dan aku lupakan segala permasalahanku. Aku minta sebelum ini kepada Hisyam agar mengejutkan aku jam 3 pagi kerana aku hendak study. Namun sepi tiada jawapan. Aku tetap usahakan diriku sendiri.Bukan apa aku meminta pertolongan darinya, kerana dia bekerja mengikut shift. Aku tahu dia tidak tidur jika shift dirinya bekerja adalah pada sebelah malam. 

Aku teringat lagi sewaktu belajar di IKMAS. Aku bangun sahur tapi sekadar bangun dan minum meneguk air kosong. Tetapi tidak untuk dia membiarkan aku dengan tabiat itu.Kebiasaan dia akan membangunkan aku dan mengingatkan aku berkali-kali supaya bersahur di dewan makan. Atas sebab menghormati dirinya, aku gagahkan jua ke dewan makan makan seawal jam 4 pagi untuk bersahur. Aku terkenangkan dia bersusah payah sanggup menelefon diriku selagi tidak nampak kelibatku di dewan makan. Bukan apa, sebenarnya aku ini penghidap gastrik yang teruk. Cukup sudah pengalaman pahitku asyik bermalam di hospital. Kerana aku tahu dia selalu mengejutkan aku, kerana itulah aku meminta pertolongannya supaya mengejutkan aku seawal jam 3 pagi. Namun, begitulah hendaknya... Dia TETAP MENYEPIKAN DIRI. Maka aku, teruskan langkahku bersendiri bersama doa yang aku sentiasa panjatkan kepada Allah Taala.
Akhirnya
Sehinggalah 15 MEI 2011 
Tarikh yang merungkai segala-galanya
Apa yang aku rasakan selama ini
Tarikh yang membongkar segala-galanya
Apa yang aku fikirkan selama ini
Tarikh yang merubah segala-galanya
Merubah impian dan cita-citanya yang melangit selama ini
Tarikh yang menjadi kunci kepada pintu rahsia Hisyam selama ini
Menjawab segala persoalanku

BERSAMBUNG....................................

Cinta Yang Pergi ( PART 5 )





























Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...