Monday, July 25, 2011

Cinta Yang Pergi (Part 3)





Sebelum kami sampai ke destinasi gedung ilmu, 19 MAC 2007 Hisyam mengutus warkahnya kepadaku. Agak ringkas tetapi isi kandungannya agak padat dan penuh bermakna. Ingin aku kongsikan di sini…
Assalamualaikum sayangku,
Dari lubuk hati yang paling dalam, inginku lafazkan dan inginku berikrar dan berjanji bahawasanya kau adalah insan yang paling ku cintai, ku sayangi dan ku rindui setiap jam, minit dan saat.
Sayangku, walau apapun yang berlaku, hati ini tidak akan berubah terhadapmu dan tetap menjadikan kau isteriku satu masa nanti.
19 MAC 2007
Isnin,10:47 A.M
Yang Benar,
Abang*As-Syam’s89
Itulah janjinya kepadaku. Aku tidak terkata apa. Kerana aku khuatir, apa yang kita rancangkan bukanlah atas perlaksanaan kita melainkan Allah yang berhak di atas segala-galaNya. Aku Cuma takut dia tidak mampu mengotakan janjinya kepadaku. Aku tunggu janji itu.
Dan DESTINASI KAMI
Ke mana akhirnya, kami pergi membawa cita-cita kami ? Amanina yang kami junjung bersama selama ini. Kami sama-sama menyambung pengajian di IKMAS. IKMAS terletak tidak jauh dari sekolah menengah lamaku kerana itu aku tidak lama untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di sana.

Bermula dari pengalaman aku sewaktu minggu orientasi. Aku adalah penghuluwati ketika itu. Betapa banyak hukuman yang aku terima. Hisyam pula memandangku dengan penuh kasihan. Sempat dia bertanya kepada diriku, adakah aku sihat ? Dia risau melihat diriku sering kali dihukum. Bagiku pula itu adalah perkara biasa. Namun, dapat juga aku harungi minggu orientasi dan aku pula mendapat anugerah Kawad Kaki Terbaik Minggu Aluan Pelajar pada ketika itu.

Dua minggu aku berada di IKMAS, aku berjaya mendapat tawaran belajar di tempat lain. Pertama, maktab perguruan dan kedua Nilam Puri dan ketiga sepatutnya aku menyambung pengajian Sains di Tingkatan 6 di SMB St. Thomas. Bukan kerana dirinya, tetapi kerana kasihkan ibu dan ayah aku teruskan juga pengajian di IKMAS. Teruknya diriku kalau aku katakan, bahawa aku tidak mahu masuk IKMAS dan IKMAS bukanlah tempat pilihanku.

Pernah, aku pergi berjumpa dengan Ustazah Adawiyah pada ketika itu semata-mata menyatakan bahawa aku ingin berhenti belajar di IKMAS. Teruk sungguh kalau aku katakana, aku menangis kerana enggan meneruskan pengajian di IKMAS. Akhirnya, atas pujukan kawan-kawan dan Ustazah Adawiyah aku teruskan langkah mengejar cita-citaku di IKMAS. Kerana cita-citaku hanya satu. Aku ingin melanjutkan pelajaran di universiti.

Tidak lama selepas itu, sebulan berada di IKMAS, aku ditaklifkan menjadi kepimpinan pelajar. Aku memegang pula jawatan Timbalan Ketua Lujnah Sukan Dan Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007/2008. Sukar untuk aku katakan, bermulalah episod duka sedikit demi sedikit dalam hubungan kami. Salah satu sebab, agak jauh aku meninggalkan dirinya. Selalu dia berkata kepada diriku. Dia mula berasa rendah diri. Merasakan tercabarnya menjadi seorang lelaki kerana aku mengatasi dirinya dalam segala aspek. Aku perasan perubahan itu semenjak dari sekolah menengah lagi,walaupun di atidak menzahirkan nya secara terang-terangan. Bukanlah aku memandang kepada kekurangannya. Aku ikhlas menyayangi dirinya dan menerima dirinya seadanya.

Dalam kesibukan kami, sempat Hisyam mencipta sebuah video lagu untukku.Lagu ini menjadi pilihan nya,
Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mahu mendampingi dirimu
Aku mahu cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mahu mendampingi dirimu
Aku mahu cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu

Dan sebuah lagu lain pilihannya…

“CINTA PERTAMA”

Mekar di taman hati
Cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa
Bermulanya di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galanya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan
Hadirlah cinta Cinta Pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama
Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtera

Walaupun aku sibuk, aku usahakan membuat sebuah video lagu untuk dirinya juga agar dia turut gembira. Namun, bahagia itu tidak selamanya berkekalan. Bermulalah episod duka, bila kami mula bermasam muka. Semakin lama dan semakin kerap episod duka menghambat hubungan kami. Kerana bertelagah perkara yang tidak sepatutnya, aku merasakan aku mula lemah. Goyah. Aku mengekorinya ke perpustakaan, aku menuntun dirinya dari belakang untuk memohon maaf kepadanya, namun dia enggan memaafkanku. Kerana tidak tertahan, kak angah menjadi penyelesai pertelingkahan kami. Perhubungan kami menjadi baik semula.

Akhirnya, semester Satu berlalu dengan begitu cepat. Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan lagi keputusan cemerlang dengan pointer 3.89. Namun, ini bukanlah kegembiraan untuk aku kongsi bersamanya. Dia menjadi semakin rendah diri. Bagiku, dia juga mendapat yang amat baik 3. 3 lebih ke atas. Kadang-kadang aku menjadi buntu bagaimana untuk aku terangkan kepadanya bahawa aku tidak memandang atau membezakan apa-apa pun yang ada pada dirinya.

Semenjak dari sekolah menengah lagi, aku mempunyai seorang sahabat baik bernama Asmad. Dia tinggal tidak jauh dari rumahku. Keluarga kami saling mengenali dan aku sememangnya agak rapat dengan keluarganya dan dirinya. Tambahan pula, semenjak dari sekolah menengah lagi kami juga rakan sekelas. Namun, di sebalik itu perhubungan rapat aku dengan Asmad dan keluarganya tidak disukai Hisyam. Semakin lama, semakin ketara dan Nampak perubahan sikap sebenar Hisyam. Begitu juga dengan Asmad, aku tidak faham kerap kali dia menuturkan kepadaku bahawa dia tidak menyukai Hisyam. Aneh!  

 Keanehan itu semakin ketara. Kenapa ? Sebab semakin lama aku Nampak Hisyam terlampau cemburu. Sedangkan aku sibuk dengan kerja-kerja MPP dengan assignment dan pelajaran. Pantang baginya ternampak aku bercakap dengan mana-mana lelaki kerana walau atas urusan kerja. Kadang-kadang bagiku itu susah melampau. Semakin lama terasa semakin jauh. Bergaduh dan kemudian berbaik semula. Itu sudah menjadi resmi hubungan kami.

 Hisyam adakalanya dia baik. Terlampau baik. Cuma dia seorang yang terlalu kuat cemburu. Kalau aku sakit atau demam, biasanya dia sanggup mengambil makanan dari dewan makan dan meminta sesiapa sahaja pelajar siswi menghantarkan makanan kepada diriku. Dia selalu membelikan aku makanan. Kadang-kala labtopku bermasalah. Dia sanggup berhabis duit membaiki labtopku dan menghantarnya ke kedai. Bila aku teringinkan sesuatu, kebiasaan nya dia akan segera memenuhi kehendakku. Bila dia ke mana-mana pasti dia akan bertanyakan kepadaku adalah aku teringin hendak mengirim sesuatu. Bila tiba hari Konvokesyen IKMAS 2007, Hisyam mengirimkan bunga kepada diriku.Aku tidak mempunyai wang untuk pergi ke Kampung Budaya. Aku katakan aku tidak dapat pergi tetapi dia mendesakku pergi dan dia yang sanggup membayarkan untukku.

Kadang-kala kami baik dan kadang kala kami bergaduh. Pernah semasa semester Satu tahun 2007, kami bergaduh teruk. Aku tidak mahu mengalah kerana permintaan nya yang mustahil untuk aku tunaikan. Akhirnya kak angah menjadi orang tengah menyelesaikan masalah kami. Semakin lama, semakin terasa keindahan itu berubah menjadi sesuatu yang menyakitkan dalam hubungan ini yang diselami dengan pergaduhan dan air mata.

Dalam diam aku tahu dia mempunyai ramai kenalan perempuan dan kakak angkat.Dalam ramai-ramai kakak angkat nya, aku hanya menyenagi dan menyayangi Kak Mas.Dahulu katakan fobia dan pemalu dengan perempuan, nah tujuh tahun dah berlalu. Sekarang aku lihat sudah luar biasa sikapnya dengan perempuan.Tapi aku biarkan sahaja.Kerana bagiku,aku tiada hak untuk menghalang dia berkawan dengan sesiapa. Sehinggalah aku terdengar dia mempunyai perhubungan dengan perempuan lain. Kerana itu juga sudah kerap membuatkan kami bergaduh. Tetapi kerana bersabar dan tiada bukti aku diamkan sahaja. Sebaliknya, dia menuduh aku pula mempunyai hubungan perasaan dengan Asmad. Jangankan Asmad, aku berurusan dengan kawan lelaki atas urusan tertentu pun menjadi punca kemarahan dirinya. Allahu akhbar. Aku tidak nafikan Asmad selalu bertandang melawat aku ke rumah. Tapi kerana urusan-urusan tertentu seperti sahaja. Kadang-kala Asmad datang menghantar makanan dan menghantar tempahan baju kakak dan adiknya kepada ibuku.

Dari tahun 2004 dan sekarang sudah menjangkau 2007. Masuk tahun keempat perhubungan kami. Dan aku selama mana aku di IKMAS, sepertimana aku sibuk di sekolah menengah. Begitulah aku selama berada di sana. Naik tahun 2008, aku ditaklifkan terus menjadi Timbalan Presiden 2 IKMAS untuk badan MPP. Kerana aku terikat dengan jawatan dan kesibukan, aku kerap kali lupa menjaga kesihatan diri. Sudah beberapa kali aku dimasukkan ke hospital kerana gastrik yang teruk. Dia tetap mengambil berat tentang diriku. Menghubungi keluargaku di kala aku dikejarkan ke hospital.Hubungan kami turun naik nadanya. Ada kala bahagia, ada kala berduka. 

Tahun 2009 rezeki ku datang mencurah-curah. Semasa berada di Semester 5 iaitu tahun ketiga pengajian, pada bulan Ogos 2009 aku mewakili Malaysia ke Singapura selama dua minggu untuk program MABIMS. Kerana risau aku meninggalkan dirinya, dia memberikan aku sepasang cincin yang terukir namanya kepadaku. Katanya, sebagai tanda ingatan diriku kepadanya walau aku jauh darinya. Bila aku menyatakan bahawa aku akan ke Singapura, dia benar-benar berkeras untuk melepaskan aku pergi jauh. Tambahan pula, aku pergi seorang dan  pada masa tersebut popular tersebarnya virus H1N1. Siapa dia untuk menghalang aku dalam melakukan aktiviti? Sempat lagi dikatakan kepadaku agar tidak mencari lelaki lain. Ya ALLAH, kata-kata apa ini? 
Hanya satu persinggahan.......
Paling aku tidak dapat lupakan, selama aku di Singapura dia kerisauan kerana aku langsung tidak menghubungi dirinya. Aku mendengar cerita dari kawan-kawan bahawa dia tidak senang duduk bila aku tiada di sisinya. Walaupun aku jauh, aku tetap mengingati dirinya dan keluargaku. Aku belikan ole-ole untuk mereka yang aku sayangi.Bila mana aku sampai di Malaysia, telefon bimbitku menerima banyak sekali mesej dari dirinya. Kebetulan selepas di Singapura, aku ada program di sekitar Selangor, Melaka, N.9 dan Johor. Dia tidak putus-putus menghubungi aku. Risaukan aku. Aku tidak faham mengapa dia begitu mengambil berat dan risau. 

Disember 2009 juga, aku sekali lagi mendapat rezeki dari Allah Taala. Aku mewakili IKMAS untuk Dialog Mahasiswa UKM-IKMAS. Sehinggakan dia berkata kepada diriku, betapa aku ini jauh lebih hebat dari dirinya. Aku tahu dia benar-benar berasa rendah diri. Sudah berapa kali aku katakana kepada dirinya bahawa aku langsung tidak memandang jurang dan perbezaan tersebut. Aku menerima dirinya seadanya. Mengapa begitu susah untuk memahamkan dirinya ? Perkara sebegini selalu menjadi punca pergaduhan kami. Aku berkata cuma sokonglah aku dalam setiap apa yang aku lakukan. Aku tidak memandang kepada kelebihan yang ada pada diriku untuk membeza-bezakan dirinya. Ya Allah

Januari 2010,akhirnya kami teruskan tahun akhir kami Semester 6 dengan mengikuti amali dakwah di perkampungan yang terletak jauh di pedalaman. Aku dengan Hisyam terpisah mengikut kumpulan dan selama sebulan lebih aku tidak pernah menemui dirinya. Namun, sebaik sahaja balik ke IKMAS, bermacam-macam berita yang aku dengar mengenai dirinya. Mengenai sikap dan perlakuan dirinya.

Pertama, aku dengar dia terlalu peramah. Menjadi seorang yang peramah. Aku tidak tahu itu kejutan budaya atau keramahan nya memang disengajakan. Tidak salah menjadi peramah tetapi kalau sudah duduk bersembang dengan perempuan lain di pinggir jambatan untuk apa ? Kawan-kawanku menemui dirinya. Tambahan mukanya menjadi pucat dek terlihat kawan-kawanku. Tidak cukupkah lagi dia menyakiti hatiku. Tidak kah dia ketahui fitnah boleh datang melanda bila-bila masa. Aku teringat kata-katanya di dalam surat tujuh tahun yang lalu, “Sebenarnya abang pemalu, fobia dengan perempuan dan tak elok jika kita berjumpa takut fitnah akan melanda”. Nah kata-kata itu yang dituturkan kepadaku tujuh tahun lalu, mengapa sekarang berani berbuat begitu ? Aku pulangkan kembali kata-kata itu kepadanya.
Teringat, kisah Hisyam memberi bunga kepadaku sewaktu Konvokesyen IKMAS 2009. Dia mengaku sayang kepadaku dan memberi bunga kepadaku. Dengan kata-kata manisnya tertera pada kad tersebut, 
“ Khas buat Zaujati Sayang, Hanya Kau Dulu, Kini Dan Selamanya di hatiku”.
 Tetapi pada masa yang sama, memberi bunga juga kepada perempuan lain iaitu seorang junior di tempat aku belajar.Alasannya sekadar kawan.Tidakkah dia terasa pelik boleh memberi benda yang sama kepada dua wanita ? Aku berasa terkilan dengan sikapnya sebegitu.Tetapi aku langsung tidak memarahi junior ku. Aku tetap melayan dia dengan baik kerana dia di bawah ku dalam badan MPP.Aku tidak mahu kerana perkara peribadi merosakkan hubungan aku dengan orang lain. Kerana aku lebih mementingkan ukhuwwah aku dengan orang lain.  
Tidak lagi dengan karenah dia melayani perempuan lain berlebih-lebihan. Aku dah cukup bersabar selama ini menerima sahaja segala alasannya berkawan dengan perempuan lain kerana aku malas untuk bergaduh. Bila aku ketahui pelbagai ragamnya semasa duduk di Kampung Sampadi sepanjang amali dakwah, terus-terusan aku enggan melayan sebarang panggilan dan SMS dari nya yang kerap kali menuturkan perkataan maaf. Sehingga dia sanggup menghubungi sahabatku Nabilah dan Khairunnisa’ semata-mata untuk memujuk rajukku.

Pagi petang siang malam dia memujukku. Tidak jemu-jemu memujukku. Kerana terkenangkan hubungan ini sudah terlalu lama, tujuh tahun lamanya maka aku maafkan dirinya. Biarpun berapa kali dia menyakiti hati ini. Aku tetap memaafkan dirinya. Alhamdulillah, akhirnya semester 6 berlalu dengan pantas dan kami berjaya menamatkan pengajian di IKMAS. Sementara menunggu Konvokesyen kami pada bulan Julai 2010, aku bekerja sebagai guru Kafa.

Pada bulan Mei 2010, dia juga mula mengajar KAFA tetapi agak jauh dari rumahnya sendiri. Maka keluargaku membenarkan dia bermalam di rumahku untuk memudahkan dia pergi mengajar. Sekolah Kebangsaan Matu baru hanya memakan masa selama lima minit untuk ke sana. Setiap Selasa dan Rabu pasti dia akan menginap di rumahku kerana jadualnya mengajar adalah selama dua hari berturut-turut. Maka, selama itulah aku menyediakan sarapan, menghantar dan menyambutnya di muka pintu apabila dia balik dari mengajar. Selalunya aku akan masak pada tengah hari supaya dia sempat makan sebelum pulang ke rumah.Bila dia bertandang melawatku dan keluarga ku, kebiasaan aku akan memasak untuknya. 

Keluargaku pula memang mempercayai Hisyam. Kalau dahulu setiap kali melawat aku ke IKMAS dan sekolah menengah lagi, pasti ada buah tangan dari ibu ayahku untuk dirinya. Kalau aku dibekalkan makanan, sebahagian lagi aku agihkan kepada Hisyam. Begitulah selalunya. Tambahan pula, dia rapat dengan adik perempuan bongsuku. Jadi, setiap kali bergaduh, kami tetap akan berbaik semula kerana aku mengenangkan kebaikan yang pernah dilakukannya. Mengenangkan hubungan ini sudah terlalu lama.Mengenangkan keluarga kami masing-masing sudah serius. 

Menghitung hari sempena Konvokesyen kami, aku berusaha keras menyiapkan baju Melayu dirinya. Aku jahit sendiri khas untuk dirinya. Warna ungu dan putih menjadi tema kami. Aku jahitkan corak-corak putih di leher, tangan, kaki seluar dan hujung baju Melayu miliknya. Sesuai dengan warna putih, ayahku meminjamkan sampin nya yang berwarna putih. Sampin putih tersebut adalah sampin istimewa kerana itulah sampin yang digunakan oleh ayahku 21 tahun yang lalu sewaktu menikahi ibuku.


12 Julai 2010
 Itulah tarikh bersejarah dalam hidupku, Alhamdulillah kami sama-sama berjaya mendapatkan segulung diploma setelah 3 tahun menuntut ilmu di IKMAS. Syukur Alhamdulillah rezeki datang lagi kepadaku apabila aku berjaya mendapat Anugerah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sempena Konvokesyen IKMAS Ke-8 tersebut. Hadiah itu aku titipkan buat ibu dan ayahku. Mengalir air mata ibu, ayah dan ahli keluargaku yang hadir tatkala mendengar ucapanku di atas pentas. Itulah hari terakhir aku bergambar kenangan bersama dirinya. Bergambar bersama merakamkan sepasang baju warna seragam yang kami pakai bersama sempena Konvokesyen kami. Bergambar bersama dengan kejayaan yang aku perolehi. Selesai Konvokesyen aku sempat berjumpa dengan ahli keluarganya. Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami bertemu lagi. Itulah juga saat terakhir aku bertemu dengan ahli keluarga Hisyam.



Seminggu kemudian...........................................................

Aku sebenarnya mendapat kerja di IKMAS. Berbakti semula dengan IKMAS. Namun,  Allah telah memberikan aku sebuah destinasi yang jauh lebih baik. Destinasi yang merupakan cita-citaku sejak dari dulu lagi. Alhamdulillah, Allah limpahkan lagi rezeki kepada diriku. Akhirnya, aku berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di universiti. Aku mendapat tawaran untuk belajar di Universiti Sains Islam Malaysia, dalam bidang Pengajian Akidah Dan Agama.

Syukran Ya ALLAH. Betapa gembiranya aku mendapat berita tersebut. Telah lama aku idam-idamkan untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Berita tersebut ku khabarkan kepada kedua-dua ibu ayahku dan keluarga. Aku khabarkan kepada dirinya. Aku nampak riak bersahaja di wajahnya. Aku tidak tahu apa yang bermain di fikirannya. Kali terakhir aku berjumpa dengan dirinya sempena majlis kesyukuran di rumahku. Aku berangkat ke sana pada pagi Isnin 26 Julai 2010. Bersama-sama dengan Nabilah aku meneruskan cita-cita hidupku kerana Nabilah juga mendapat tawaran USIM. Tercalit kesedihan di hatiku kerana berpisah dengan insan-insan yang aku sayangi.

Maka
Terpisahlah aku dari ibu ayah dan keluarga
Terpisahlah aku dari dirinya
Terpisahlah kami mengejar cita-cita masing-masing
Berkali-kali Hisyam mengingatkan diriku
Agar tidak melupakan dirinya
Tidak melupakan segala janji dan impian kami bersama
19 MAC 2004
Janji Hisyam ku sematkan dalam hati
Aku tahu
Perpisahan adalah saat menyedihkan
Tetapi
Bagiku itulah yang terbaik buat kami bersama

Aku tidak menyangka
Lagu kegemaran Hisyam benar-benar menjadi lirik yang tertulis untukku
Lirik yang tertulis untuk dirinya
Kenyataan yang harus diterima
Kerana aku benar-benar pergi dari sisinya
Hisyam sukakan lagu ini

“Selamat Ulang Tahun Sayang”

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat Ulang Tahun Sayang
Kini kau bersayap pergilah terbang
Rentaslah langit cita-citamu
Harapkan nanti kita kan bertemu

Selamat Ulang Tahun Sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal selamat jalan

Aku hanya inginkan
Engkau setia
Kerana setia mencipta bahagiamu

Dan sebuah lagu yang sering dinyanyikan dirinya kepadaku

“PERCIKAN CINTA”

Ku dendangkan syair syahdu ini
Untukmu di kau yang
Ku Sayangi
Sebagai menyatakan betapa
Dirimu tetap di hati
Walaupun di kau jauh di sana
Di hati kau tak pernah ku lupa
Terbayang-bayang di ruang mata
Kenangan waktu bersama
Percikan cintamu
Menyelinap di seluruh jiwaku
Belai kasih sayangmu
Menghangat setiap kenanganku
Membuat aku semakin sayang
Semakin rindu
Bilakah masa dapat bersua untuk mengadu
Segala resah di jiwa
Yang telah ku pendam sekian lama
Di sudut hatiku
Yang mengharapkan
Kau akan segera kembali
Ke pangkuan diriku jua

 Bersambung................................

Cinta Yang Pergi ( PART 4 )


Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...