Sunday, July 24, 2011

Cinta Yang Pergi (Part 2)

SURATMU ... BICARAMU MENGUKIR JANJI 

Permulaan adalah saat-saat indah. Surat-surat pemberian Hisyam masih aku simpan sehingga kini, dan tibalah masa untuk aku membuangnya.. Biarlah aku kongsi sedikit sebanyak kata-kata janji manis nya selama mana dia berusaha mendapatkan hatiku satu masa dahulu. Antara bait-bait suratnya kepada diriku …

(maaf conteng buku Fera)
Assalamualaikum.....
Apa khabar buah hati abang yang disayangi ? Semoga sihat hendaknya dan sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah Taala. Tahniah diucapkan atas kejayaan cemerlang Fera dalam ujian bulan Mac yang lepas. Abang janji akan belajar bersungguh-sungguh dan InsyaAllah akan cuba untuk mengalahkan Fera dalam peperiksaan yang akan datang.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fera kerana telah berjaya menjadi Koperal Kadet Polis sekolah kita. Bila agaknya buah hati abang  nak ajar abang ? Dengar-dengar Fera terlalu sibuk dengan sukan bola jaring, sukan bola baling. Belum lagi mengurus latihan rumah sukan,kadet polis, kerja-kerja pengawas dengan aktivti kelab. Bila agaknya nak meluangkan masa untuk mengajar abang ? Abang benar-benar berharap agar Fera dapat memberi dorongan dan semangat kepada diri ini untuk terus maju dalam pelajaran.

Abang harap Fera akan sentiasa mengingati tarikh istimewa kita pada 19 MAC 2004. Semoga Fera tidak bosan dengan pesanan dari abang. Semoga impian kita akan tercapai. Abang sentiasa mendoakan semoga kita akan dipertemukan dengan Ijab dan Kabul suatu hari kelak.Semoga hubungan kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga impian kita untuk membahagiakan kedua-dua ibu ayah tercapai. InsyaAllah. Jaga diri baik-baik, jaga aurat, jaga akhlak hiasi peribadi. Ingatlah orang yang tersayang dan InsyaAllah coklat akan menjelma.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai abang antara Nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Yang benar,
Temanmu As-Syam’s

Di satu sudut, terdapat  bait-bait suratnya seperti berikut,
Tangan nya yang tidak pernah jemu menulis kepadaku ... Aku kehairanan.. semakin aku membiarkan..semakin banyak dia menulis 
Terima kasih atas kek dan biskut yang Fera berikan. Ternyata ia amat sedap dan Fera kini mempunyai cirri-ciri isteri solehah yang abang inginkan pada masa hadapan. InsyaAllah.

Bagaimana dengan kerongsang yang abang bagi ? Harap Fera menyukainya. Nanti abang belikan yang lain. Maafkan abang, kerana diri ini seorang yang pemalu, pendiam, fobia dengan perempuan dan abang tidak mahu berlakunya fitnah kelak.
Pergi ke ladang menanam barli,
Barli ditanam berbakul-bakul
Teman di sini berbesar hati
Jika hatimu dapat ku rangkul.

Fera nak tengok cerita Armageddon tak sempena tayangan video di perpustakaan sekolah Minggu Bahasa Inggeris ni ? Nanti abang belikan tiket. Fera hadir tak ke majlis makan malam pelajar yang memberi sumbangan kepada sekolah ? Bagaimana dengan majlis makan malam pengawas ? Kalau Fera pergi, abang akan pergi.
Hari-hari menampi padi,
Padi ditampi berguni-guni,
Walaupun hanya terlihat sekali,
Namun dirimu tetap ku nanti.
Dan begitulah antara bait-bait suratnya kepada diriku. Terlalu banyak surat yang dituliskan oleh dirinya kepadaku. Sama ada sekolah atau cuti sekolah. Suratnya tetap sampai kepadaku. Aku tidak pasti janji itu mampu atau tidak dia berpegang. Dari caranya, dia bersungguh-sungguh memikatku, memenangi hatiku. Apakah harus aku berikan hatiku untuk menerima dirinya ? 

Bersambung.................................


Cinta Yang Pergi (Part 3)


Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...