Sunday, July 31, 2011

Cinta Yang Pergi (Part 9)


Aku tetap mendiamkan diri.
Bersabar dengan apa yang terjadi.Kesedihan menjalar di segenap hatiku.
Ya ALLAH
Hanya kepada dirimu aku mengharapkan pertolongan
Bantulah aku
Peliharalah hambaMu ini

Tiba-tiba aku teringat,
Kali terakhir,aku melihat Hisyam di hadapanku.
Hisyam memakai baju melayu
Warnanya seakan-akan aku kenali
Warna kegemaranku warna ungu
Ya..... memang aku benar-benar kenal
Masakan tidak
Itulah baju melayu yang aku jahitkan untuk dirinya
Aku menjahit sendiri baju melayu untuknya
Bukan tangan sesiapa
Tetapi tanganku 
Aku teringat aku sanggup bersengkang mata 
Menyiapkan baju melayu untuknya
Sebagai tanda hadiah dariku untuknya
Namun,
Itu hanya kenangan
Aku teringat,
Aku gemar memasak makanan kegemarannya 
Jika dia bertandang ke rumahku
Namun, 
Itu hanya tinggal kenangan
Aku menjadi sedih.
Aku menjadi kasihan kepada diriku sendiri.
Kadang-kala aku berfikir
Begitu mudah dia sendiri melupakan segala-galanya
Lupa kepada orang yang telah berkorban untuk dirinya selama 
LAPAN tahun ini
Bukan aku minta dibalas
Namun
Dia lupa kepada janji dan cita-cita kami bersama
"AMANINA" CITA-CITA KAMI
19 MAC 2004





Selama itu,setiap hari aku bangun malam.
Aku mengadu pada yang Maha Esa.
Setiap kali selepas solat,
Selepas doa yang aku panjatkan ke hadratMu 
Ya ALLAH
Saat itu baru jiwaku terasa tenang
Dalam sujudku terakhir
Doa ku panjatkan padaMu Ya ALLAH
Dalam doaku
Seribu pengharapan ku serahkan kepadaMu Ya ILLAHI
Ya ALLAH
Berikan kebaikan kepada hambaMu ini
Aku lemah Ya ALLAH
Tiap kali aku tadabbur firman-firmanMu 
Ya ALLAH
Maka saat itu jualah air mataku menitis
Paling terkesan dalam hatiku
Kisah Nabi Yusuf dan Nabi Ya'akub
Ya ALLAH 
Kurniakanlah kesabaran kepadaku
Selagi aku mampu

Sehinggalah aku bermimpi.......

Aku masih menanti jawapan dari Hisyam.Ternyata lelaki yang berdiri di hadapanku itu sukar untuk memberikan sebarang kata putus.Memilih salah seorang antara kami.Antara aku dan seorang perempuan bernama Isna.Kedua-duanya menantikan jawapan keramat dari bibir seorang lelaki.

Seorang lelaki dan dua orang wanita.
Terperangkap dalam sebuah kisah cinta tiga segi.
Bagaikan sebuah cerekarama di televisyen.
Temanya tidak lari dari kisah cinta.
Uda dan Dara.
Laila dan Majnun.
Romeo dan Juliet.
Kumbang dan Bunga.
Seolah-olah hanya kisah cinta itu yang wujud di dunia ini.

Itu yang pernah aku bisikkan di hatiku suatu ketika dahulu.
Itu yang pernah aku nyatakan kepada Hisyam suatu ketika dahulu.
Kini..
Rupa-rupanya sandiwara itu adalah sebahagian daripada lukisan hidupku.

"Maaf...abang tidak dapat memberikan keputusannya."
Akhirnya jawapan yang dinanti tidak memberikan sebarang keputusan muktamad.
Aku,Hisyam dan Isna saling berpandangan.

Sepasang mata mula berkaca sebelum titisan-titisan jernih mengalir di pipi gadis bernama Isna.
Hatiku terusik.Namun,aku tidak akan sekali-kali membiarkan air mata gadis itu menjangkitiku.
Aku tidak selemah itu.
Menitiskan air mata hanya kerana merebutkan cinta seorang lelaki?
Tidak!

Aku tidak akan tunduk kepada hatiku.Jika gadis itu ingin menangis,menangislah.Tetapi tidak aku.
"Isna..."
Seketika Hisyam melepaskan pandangannya ke wajah aku.Perasaannya serba salah.Antara aku atau Isna...
"Ma..maafkan abang, sayang..Maafkan abang..."

Akhirnya,
Mohammad Hisyam Bin Mat 
seorang lelaki yang pernah berjanji untuk membahagiakan aku,telah mengkhianati janjinya sendiri.
Aku ditinggalkan...
Ditinggalkan untuk mentafsir sendiri apa ertinya cinta dan janji setia seorang lelaki....

Terjagaku dari tidur!

Astaghfirullahaladzim......






Aku beristighfar berulang kali di dalam hati.
Setiap malam aku melakukan Istikharah dan adakah ini petunjuk Mu Ya ALLAH.
Aku kerap bermimpikan Hisyam.
Setiap kali,
Bila aku hendak tidur,
Aku rasakan mindaku tetap berfikir
Zikir dan doa penguat semangatku
Sukar benar untuk aku melelapkan mata kebelakangan ini


Bila tersedar
Aku tahu ini realiti yang harus aku tempuh
Kisah hidupku ini menjadi kisah cinta tiga segi
Cuma yang menjadi perebutan
Adalah seorang lelaki dan bukannya seorang perempuan
Aku cekalkan hatiku
Bukan kerana seorang lelaki
Aku akan bertegang leher dan bergaduh dengan sesiapapun
Aku masih mempunyai kewarasan akal untuk berfikir
Bahawa 
Kemarahan tidak akan mendatangkan kebaikan
Kesabaran itu tetap aku junjung selama mana aku mampu bersabar
Aku berpura-pura senyum dan gembira di hadapan semua orang

Aku terasa tidak sabar untuk pulang ke Sarawak.Aku ingin sekali dekat dengan ibuku.Aku rindukan pelukan dan belaian seorang ibu.
Ibu ialah orang yang paling hampir kepadaku.Paling setia,paling memahami diriku.Ibu adalah segala-galanya. 

Suatu hari aku menerima SMS dari ibuku,
"Assalamualaikum sayang, 
banyakkan bersabar dan bertawakkal serta berdoa kepada Allah Taala moga diberi petunjuk dan ketenangan jiwa.
InsyaAllah.Amin.
Ibu tahu anak ibu kuat,tabah dan sabar.Jangan cepat putus asa kakak,"

Air mataku menitis lagi bila membaca SMS dari ibuku.Aku tahu betapa ibu terlalu bimbangkan diriku.
Usah risau ibu dan ayah,sekuat manapun badai melanda,kakak akan cuba bertahan selagi kakak mampu.
InsyaALLAH
Kakak sayang ibu dan ayah.Doakan kakak.
Kakak tak menyesal kecewa dengan cinta manusia.
Hati kakak milik ALLAH
Akan kakak usahakan menjaganya dengan lebih baik
Kakak tahu pasti ada hikmahnya.

Cuma hatiku sengsara
Dipanah kedukaan, kesedihan, kesengsaraan
Betapa tempoh hari aku masih terkilan 
Dengan tindakan Hisyam mengasari aku
Berkata-kata kasar kepadaku
Aku cuma mampu berdoa sekurang-kurangnya 
Biarlah Engkau lembutkan hatinya 
Ya ALLAH
Sekurang-kurangnya menjaga tutur katanya kepadaku
Kerana itu aku bersabar
Keluarga Hisyam menunggu kepulanganku
Untuk mengetahui perkara sebenar
Untuk itu
Aku tetap berdiam diri
Bersabar
Berdoa
Itu yang aku mampu lakukan
Sekurang-kurangnya aku membela diri aku dari tuduhan Hisyam
Aku bukanlah seperti yang disangkakan

Sehinggalah petang itu,

Khamis 16 JUN 2011

    Petang itu, aku ke Bank Islam kerana hendak membuat kad bank baru.Aku kehilangan kad bank dengan duit ku sekali.
Entah macam mana aku cuai sangat.Setelah siap membuat kad bank,aku menunggu kawanku datang menjemputku.
Maka aku hanya duduk-duduk sahaja di dalam bank.
Tiba-tiba..................................................

1 MESSAGE RECEIVED

*Akhi

Hisyam menghantar SMS kepadaku.Antara bait-bait SMS Hisyam kepadaku,

"Assalamualaikum, sayang.Abang memang bersalah selama ini.Jangan disebabkan perkara ini hubungan keluarga kita berantakan.
Abang memang dah tak ada perasaan pada sayang.
Perasaan abang sekarang pada Isna.
Abang harap sayang faham.
Perasaan cinta dan kasih sayang jika ianya tiada dan dipaksa-paksa pun tiada gunanya."

Datang lagi SMS nya kepadaku,

"Abang memang dah tolak cinta Isna sebelum ni,tapi abang tak tahu entah akhirnya perasaan abang memang pada Isna.
Tiada niat untuk abang menganiaya cinta dan kasih sayang kita.Tapi perasaan bukan boleh dipaksa-paksa.Sayang pun faham bukan?"

Datang lagi SMS nya,

"Maaf sayang,memang kita tiada jodoh.Jodoh abang memang dengan Isna.
Kalau sayang sayangkan abang tolong lupakan abang dan lupakan segala yang terjadi"

Lagi dan lagi...SMS Hisyam aku terima dengan banyaknya pada petang itu.

YA ALLAH

Kebenaran terbukti juga akhirnya 

Engkau mengaku sendiri akhirnya HISYAM!

Kenapa tidak dari dahulu.

Engkau terangkan segala-galanya

Berbulan-bulan engkau siksa perasaan aku

Saat aku menerima SMS Hisyam,

Aku tidak peduli di mana aku berada

Dalam bank itu juga aku menangis

Air mataku menitis lagi

Aku cuma berkata kepada Hisyam,

"Jika benar diri sendiri menolak cinta Isna sebelum ini mengapa tidak pernah diceritakan kepada Fera siapa Isna?

"Mengapa perlu bersungguh-sungguh bersumpah DEMI ALLAH enggan mengakui adanya Isna dan enggan mengakui ada hubungan dengannya?"

"Diri sendiri tahu Fera paling membenci orang yang menipu.
Tetapi alangkah beraninya diri sendiri sanggup bersumpah dengan nama ALLAH semata-mata untuk membuatkan Fera percaya.
Semata-mata untuk menutup kesalahan sendiri.
Tidak sedarkah dengan apa yang diri sendiri katakan.
Bersumpah dengan nama ALLAH bukan untuk mainan.
Kelak sumpah memakan tuannya sendiri"

"Jika diri sendiri mengatakan kita tiada jodoh,
mengapa perlu beberapa hari lepas berkata sayang,lagi-lagi bersungguh-sungguh memujuk diri Fera?"

"Satu perkara lagi,jika benar Fera ada hubungan dengan lelaki lain?
Siapa?????
Buktikan?????
Kalau benar dah tak perlukan Fera dalam hidup
Lebih baik berterus-terang.
Ini memfitnah Fera.
Rupa-rupanya memang seorang lelaki pengecut dan penipu. 

"Jika benar diri sendiri sibuk selama ini,
mengapa boleh meluangkan masa untuk Isna?Menghubungi Fera apatah lagi,langsung tiada kesempatan dengan alasannya yang tidak munasabah."

"Jawapannya,
tepuk dada tanya diri sendiri,
Diri sendiri mencari peluang untuk bersama perempuan lain,
Diri sendiri mencipta jurang antara kita,
Diri sendiri menghampiri perempuan lain,
Diri sendiri menjauhi Fera,
Kawan-kawan dah ceritakan segala-galanya 
Berapa orang perempuan lagi dalam hidup Hisyam
Selama ini
Fera dah penat dah mempertahankan hubungan ini
Cukuplah!
Apapun,paling penting,
Lakukanlah Istikharah dalam melaksanakan pilihan hati" 

Aku teringat lagi tempoh hari ketika Hisyam berkasar kepadaku.
Sempat aku katakan kepadanya terima kasih kerana memfitnah diriku.
Namun,
Jawapannya
Lagaknya
Seolah-olah dia adalah benar
Seolah-olah dia tidak melakukan kesalahan
Dengan amarahnya dihamburkan kepadaku

"Bila masa aku memfitnah kau? "

Ya ALLAH...

Sudah 2 orang mengatakan aku ini mempunyai lelaki lain dalam hidupku
Aku mengetahui dari Kak Angah dan Along sendiri
Hisyam!
Kesemua cerita tentang aku yang engkau khabarkan 
Aku tahu dari keluargamu sendiri Hisyam
Bukan aku yang mereka-reka cerita
Tetapi
Keluargamu sendiri yang mengkhabarkan segala-galanya kepadaku
Aku berkata dalam hatiku
Aku sentiasa ingat akan itu
Aku tidak berdusta kerana aku sendiri benci kepada orang yang menipu!!!
Tambah lagi engkau sanggup menipuku bersumpah 
Atas nama ALLAH
Sungguh tidak ku sangka begini rupa-rupanya sikapmu

YA ALLAH

Syukur alhamdulillah akhirnya Engkau tunjukkan kebenaran kepadaku

Walaupun hatiku pedih 

Aku tersiksa,aku derita,aku sengsara

Namun,

Aku tahu Engkau sebaik-baik perancang 

Aku tahu ada hikmah tersembunyi

Ya ALLAH

Kuatkanlah hambaMu menempuh ujian ini

Namun,sebaliknya pula yang terjadi.....

Lewat petang itu,sebelum masuk waktu Maghrib..

Aku menerima SMS lagi

1 MESSAGE RECEIVED

*013-8294026

Hisyam menghantar SMS kepadaku.

"Kelak abang akan buat Istikharah.
Tolonglah sayang,
Tolonglah beri abang masa untuk berfikir tentang semua ni dan membuat keputusan.
Tolonglah sayang"

Hanya satu yang aku katakan,

"I'm not a stuff that you can choose which one do you like or do you want? 
It's Me or Isna? 
Then you ignore me just like that."

Itulah SMS nya terakhir kepadaku.Merayu kepada aku supaya memberikan masa kepadanya sama ada untuk memilih aku atau Isna.

Dahulu pun sudah dia berkata begitu.Dia sendiri tidak pasti dan terasa buntu sama ada nak memilih aku atau Isna. 
Ahh..lelaki Engkau memang tamak!

Dan aku berkata,aku bukanlah barangan yang boleh dibuatnya mainan. Dia nak pilih sesuka hati sama ada hendakkan aku atau tidak. 
Aku ialah manusia yang mempunyai hati dan perasaan.
Bukan barang mainan.

Dari situ aku nampak kelemahan engkau Hisyam.
Engkau tidak mampu meletakkan keputusan
Bagaimana mungkin engkau menjadi imamku kelak

Engkau tidak mempunyai keberanian berterus-terang
Bagaimana mungkin engkau berani berhadapan dengan cabaran kelak
Kerana engkau seorang pengecut
Engkau sendiri sanggup menipuku selama ini

Engkau sanggup berkasar denganku
Bila engkau dilimpahi dengan amarahmu
Engkau sengaja bersikap dingin
Agar sengketa antara kita wujud
Aku tahu
Itu jalanmu
Untuk mengusir aku dari hidupmu
Puas sudah aku menangis kerana engkau Hisyam
Maka 
Aku rela bersedia menghadapi segala kemungkinan
Hanya pada ALLAH
Aku meletakkan pengharapan

Dan pengharapan itu akhirnya berubah menjadi mimpi ngeri

MIMPI NGERI

Kepada Diriku

Dan

Insan-insan yang menyayangi engkau

~BERSAMBUNG~
...............................................

Cinta Yang Pergi ( part 10 )








Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...