Wednesday, December 22, 2010

Kota Singa - MABIMS 2009 Pengalaman Di Rantau Orang

Belia MABIMS ? Kali pertama mendengar nama tersebut memang agak pelik dan begitu asing. Saya macam ingat-ingat lupa bila dan di mana pernah mendengar perkataan MABIMS ini. Saya cuma tahu bahawa IKMAS tempat saya menuntut ilmu sewaktu mengambil diploma adalah sebahagian daripada agenda yang telah dijalankan oleh MABIMS 11 tahun dahulu. Namun itulah yang saya dengar pada suatu petang daripada Ustazah Roziah, selaku Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKMAS. "Ustazah perlu nak jumpa kitak (awak) sebab kitak(awak) nak terbang jauh ke negara orang lepas tok ( lepas nie). Kitak (awak) kelak pergi ke Singapura selama dua minggu untuk mewakili Malaysia dalam Program Bas Belia MABIMS."Hah ! Muka saya terpinga-pinga ketika itu, kerana saya berasa sangat terkejut. Namun itulah berita yang saya dapat bahawa saya akan membawa nama Malaysia untuk menghadiri program kerjasama serantau antara negara Indonesia, Brunei dan Singapura.  

Wah! Dalam hati saya segera terdetik, biar betul ini bukan satu mimpi. Ya, ini bukan mimpi. Hanya saya yang masih tidak percaya bahawa saya melangkah jauh ke luar negara. Jangankan Tanah Semenanjung, Tanah Borneo Sarawak Bumi Kenyalang ini pun saya tidak habis jelajah lagi. Saya masih bimbang dan berfikir apakah yang dapat saya lakukan untuk Malaysia ? Setelah mendapat berita itu, saya segera masuk kuliah walaupun agak lewat sedikit masuk ke kelas. Wajah saya menggambarkan kebingungan dan ini mendatangkan kehairanan kepada kawan-kawan sekelas. Sewaktu pensyarah memberi ruang untuk berehat sebentar, saya tuliskan dalam sehelai kertas kecil dan meminta bantuan seorang rakan untuk menyampaikan pesanan tersebut kepada Akhi, saya akan terbang ke Singapura untuk tempoh dua minggu. Dia bagaikan tidak percaya. Saya tahu dia amat membimbangkan diri saya. Terima kasih atas keprihatinan itu. Saya hargainya.

Sambil menunggu hari untuk berangkat, saya hanya mendiamkan keadaan tersebut. Hatta kepada rakan sebilik juga tidak saya nyatakan. Saya lebih selesa begini.  Saya hanya khabarkan kepada sahabat handai terdekat sahaja. Namun, sebaliknya yang berlaku. Saya katakan saya akan ke Singapura untuk mewakili Malaysia bagi melaksanakan program kerjasama serantau...Tahu apa yang berlaku ? Tiada orang mempercayai saya. Kata orang, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Terdapat sahabat yang menyifatkan bahawa saya beruntung kerana dapat pergi melancong. Sebenarnya dalam hati saya resah gelisah. Tambahan pula, pada masa tersebut wabak H1N1 dilaporkan berleluasa. Sedikit pun saya tidak gembira pada ketika itu. Masih segar diingatan saya,  sebelum pergi saya berkesempatan berjumpa dengan ayah dan ibu, saya menangis semahu-mahunya seolah-olah saya takut untuk berjauhan dengan mereka. Tetapi saya tidak hamburkan air mata saya di hadapan mereka. Dalam hati, saya risau akan balik dengan selamat atau tidak.

5 Ogos 2009, Rabu
Tarikh keramat itu akhirnya menghantar saya dengan selamat ke KLIA. Paginya, sebelum bermula kelas Metodhologi Penyelidikan saya telah menghilangkan diri.. Haha.. sebenarnya saya dah selamat sampai KLIA jam 12.30 tgh harinya. Bermulalah perjalanan saya di rantau orang. Sarawak.. Saya benar-benar rindukan Sarawak walaupun baru sebentar meninggalkan Tanah Borneo. Hari tersebut hari bermula perkenalan saya dengan seorang hamba Allah yang agak istimewa, Adawiyah Juzailah Martin. Adawiyah berusia 18 tahun dan baru sahaja memeluk Islam. Sepatutnya saya terus ke ILIM, untuk berehat kerana esok akan memulakan perjalanan ke Singapura. Tetapi perkenalan saya dengan Adawiyah mendorong saya untuk membantunya. Terus pada sebelah petang saya ke balai polis untuk menemani Adah membuat laporan  terhadap permasalahan yang dihadapinya. Permasalahan tersebut melibatkan agama dan akidah. Tidak dapat saya nyatakan dengan jelas di sini kerana saya perlu menjaga nama baik beberapa pihak tetapi cukuplah sebagai seorang umat Islam saya amat bersimpati dengan Adah. Saya cuma mampu memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada Adah. Saya sempat menghadiri taklimat program dan berkenalan dengan beberapa orang peserta Malaysia pada sebelah malamnya.



Barisan deligasi Malaysia : Hazwanie Abd Rani, Rafezza(saya), Johari, Khairil Anuar, Ahamd Syakir, Izzat Naqib
 6 Ogos 2009, Khamis
Seawal jam 7 pagi saya dan lima orang rakan lain memulakan perjalanan ke Singapura dengan menaiki Bas serta diiringi oleh pegawai JAKIM iaitu Ustaz Lukman Ibrahim. Terus saya bertolak tanpa sempat berjumpa dengan Adah pada pagi tersebut. Rasa sedih dalam hati. Pegawai JAKIM bahagian dakwah, Kak Laili memberikan kata-kata semangat kepada kami. Selesai bacaan doa, bas pun bergerak. Barulah saya mengerti kenapa program ini dinamakan Bas Belia MABIMS. Sepanjang perjalanan, saya menghayati pemandangan  alam. Bila berada di jambatan yang menghubungkan Johor dengan Singapura.. Awal-awal saya katakan kepada sahabat dan orang-orang tersayang jangan menghubungi saya selama berada di sini. Bayangkan, satu mesej memakan RM2. Bukan apa, saya tidak mahu membebankan orang di sana. Nanti menghabiskan duit mereka dengan menghubungi saya. Terkejut dengan keadaan ini... Wow.. yalah.. fikir logik saya berada di Singapura bukan lagi berada di negara Malaysia...



This is our bus, travel around M'sia & Singapore   =)

Alhamdulillah, selamat sampai NACLI ( National Community And Leadership Institute ), Singapura tepat jam 1.30 petang. Then, ada sesi ice breaking. Saya berkenalan dengan peserta-peserta dari negara Brunei, Indonesia dan Singapura. Malamnya, ke bagi acara pembukaan dan makan malam di Sultan Mosque then travel around Arab Street. I knew kak Ayu, kak Hajar dan kak Ana from Brunei Darussalam. Then, kak Seri, kak Izzah, kak Yes or No... sorry kak Yasmin, kak Surina..kak amiju..Singaporian..em.. Indonesian.. hanya hantar peserta lelaki. I mean saya nak kenalkan kawan-kawan wanita sahaja ya.. Lelaki enggak bisa dong =). Selama dua minggu di rantau orang alhamdulillah, saya sihat walfiat. Bahkan dapat ramai teman dan kawan-kawan baru. Sepanjang program ini berlangsung, saya berpeluang mempelajari sedikit sebanyak mengenai penduduk dan negara Singapura.


Apa yang saya tahu tentang Singapura ?

Penduduk : Majoriti Cina manakala Melayu, India dan lain-lain hanya 25 %

Agama : Ada 10 agama rasmi, Buddhieme dan Hindusme penganut terbesar

Menteri Hal Ehwal Islam Singapura : Dr Yaacob Ibrahim lulusan PhD Engineering

Negara : Sistem demokratik dengan undang-undang sekular

Kaedah elak ajaran sesat : Adanya rangkaian asatizah,  

Pentadbiran masjid : Penglibatan 69 buah masjid 100% duit masyarakat

Pendidikan : Madrasah sepenuh masa dan madrasah separuh masa

Banyak lagi kot...tak kan nak terangkan semua.. baca habis artikel ni ye..

7 Ogos 2009, Jumaat
After breakfast di Banquet Harbourfront Centre terus ke Singapore Islamic Hub(SIH). Dalam bas, peserta diagihkan tugasan secara berkumpulan dan bercampur dengan negara lain untuk menyiapkan sebuah dokumentasi sepanjang MABIMS berlangsung.  Sampai di SIH, terus ke sekitar Madrasah Al-Irsyad dan Masjid Muhajirin, Singapura. Agak lucu, kelihatan para peserta berusaha bersaing untuk mendapatkan maklumat untuk kumpulan masing-masing. Tidak terkecuali saya sendiri. Melihat Masjid Muhajirin, saya dapati ia masjid tertua di Singapura. Mengenali Al-Irsyad, dapat saya katakan sebuah sekolah dengan sistem pendidikan tercanggih. Sistem pendidikan di Singapura berbeza dengan Malaysia dan pendekatan pendidikan juga berbeza..Apa yang berbeza ???


Madrasah Al-Irsyad, Singapura
Masjid Muhajirin tertua di Singapura

Pertamanya di Singapura tiada sekolah rendah dengan sekolah menengah. Kebanyakan institusi pendidikan adalah madrasah-madrasah yang terdiri daripada madrasah separuh masa dan madrasah sepenuh masa. Selain itu, pendekatan teknologi dengan multimedia amat berbeza. Contoh, perhatikan alat tangan berwarna hitam di bawah. Inilah alat untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh asatizah ( guru ) dalam kelas. Dengan alat ini, asatizah tahu bilangan soalan yang betul dan salah yang dijawab oleh anak murid serta dapat mengetahui kepantasan anak murid mereka menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi membentuk minat dan kemahiran dalam bahasa Arab pula, pelajar dikehendaki melatih diri menghasilkan  komik bahasa Arab menggunakan komputer. Bagi memahirkan pelajar dalam bidang matematik, sejenis alat seperti game digunakan untuk sesi pembelajaran.Nak tahu macam mana ? Sila rujuk gambar ye..

Nama alat ni dah x ingat.. tapi yang pasti no need to use pen or marker bila nk jawab soalan guru.. senangkan..


Pelajar sedang membuat komik bahasa Arab..Ada superman..ada batman..mcm2 ada..


Salah seorang deligasi Malaysia saudara Khairil Anuar bertanya mengenai penggunaan alat "Game Matematik"


Sistem pendidikan di Madrasah Al-Falah
Dah penat di keliling Madrasah Al-Irsyad dengan Masjid Muhajirin, kemudian kami ke bangunan hadapan iaitu Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Maka bermulal majlis perkongsian ilmu and the title is "Strategi dan Usaha-usaha Membangunkan Belia Islam Menggunakan Teknologi Kreatif". Haa.. ini bersesuaian sekali dengan tema program ini.. "Penggunaan Media Baru Dan Teknologi Kreatif Untuk Mendekati Golongan Muda". Alhamdulillah banyak perkara dapat dimanfaatkan bersama dalam perbincangan ini. Seterusnya, kami bergerak ke Masjid Al-Falah, Bideford Road untuk solat Jumaat bagi peserta lelaki. Manakala peserta wanita pula dibenarkan berjalan-jalan di kawasan sekitar sebelum kami menikmati makan tengah hari di Restoran Ayam Penyet Ria, Lucky Plaza.


Tema Program Bas Belia MABIMS 2009

 

Kesempatan yang ada sewaktu berjalan-jalan, saya pergunakan untuk membeli sedikit ole-ole kenangan buat keluarga dan sahabat handai. Sebelum tu, nak kena tukar duit dulu.. Alamak..sikitnya money changer tu bagi. Tukar RM 50 Malaysia dapat la 20 dolar sen-sen Singapura je..kena tambah RM 100 Malaysia dapat la lebih sikit..  =(

 

Nak tahu apa yang saya beli ? Benda tu murah je.. sekitar RM 2 kot.. Saya dah tak ingat harganya.. Haha..murah di Singapura, tapi kalau ditukar dengan nilai wang Malaysia bayangkan harganya mencapai RM 5 untuk satu sahaja. Nak tahu, tengok la gambar kat bawah ni...
==

Bygkn bilangan key chain ni 24 x RM 5 M'sia... fuuuhhhhhh..mkn RM 100 ke atas sahaja untuk key chain
Alhamdulillah, sepanjang mengikuti program MABIMS makan minum tidur dan kebajikan peserta semua terjaga. Haa.. Belum lagi cerita bab makan, makan Nasi Ayam Penyet memang rezeki Allah hari tu. Sedap.. Air kaler2.. Yang paling glamour jus Avocado kat restoran tu.. hehehe.. macam-macam ada. Nak tau sedap tak, agak-agak from this pictures ya...

Besau giler.. x larat nak habiskan

Nasi ayam penyet special.. Alhamdulillah.. rezeki jangan ditolak.. hehe

Alhamdulillah, perjalanan saya dan rakan-rakan diteruskan lagi menuju ke Scape Youth Park dan Site Tour di Somerset Road. Agenda perbincangan ilmiah kali ini ialah " Strategi Dan Usaha-usaha Pembangunan Belia Di Peringkat Nasional dan Masyarakat Menggunakan Teknologi Kreatif". Kebanyakan program yang dijalankan menggunakan bahasa Inggeris termasuklah di sini. Apa yang saya tahu, Youth Park ini disediakan sebagai tempat khas untuk para remaja dan belia Singapura menghabiskan masa lapang mereka. Jadi mereka tidak berpeleseran atau melepak di merata-rata tempat. Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah alat muzik, taman scape dan studio jamming. Ini merupakan usaha kerajaan Singapura untuk membangunkan para belia dan remaja mereka. Contoh, mengadakan pertandingan dan aktiviti berfaedah di Youth Park ini.

Antara kemudahan alat muzik yang disediakan di Youth Park.

Pada sebelah malam, diadakan pula sesi dialog dengan Presiden MUIS( Majlis Ugama Islam Singapura) Masjid Bencoolen. Yang menariknya, Masjid dengan Hotel Bencoolen ni hanya bersebelahan sahaja. Kiranya bangunan bersambung la..Senang nak cakap.. Alhamdulillah sesi dialog kali ini memaparkan banyak perkongsian ilmu secara santai di antara peserta empat buah negara pada ketika itu. Lepas tu, kita orang semua pergi jalan-jalan di pusat membeli belah Mustafa Centre. Hehe.. ramai juga yang shopping tapi deligasi negara lainlah. Kita orang deligasi Malaysia rata-rata student hanya mampu window shopping. Kak Izzah hadiahkan saya sehelai t-shirt Singapore. Terima kasih banyak-banyak kak. Sempat lah juga capai sehelai baju logo bertuliskan nama dan gambar identiti Singapura untuk akhi. Itupun harganya hampir-hampir 15 dolar Singapura. Untuk family, rasa-rasanya, saya memang tak dapat nak beli  di sini. Hehehe, x mampu nak beli barang..tapi ada perkara yang dapat saya buat dengan barang-barang yang saya window shopping..


Smile =) Action
Kenangan bersama kak Nurul Izzah Khamsani ( Singaporian )
8 Ogos 2009, Sabtu
Hari ini menikmati sarapan pagi nasi lemak teh tarik di Restoran Hajah Maimunah, Joo Chiat di kawasan Geylang Serai. Ha..inilah petempatan orang Melayu di Singapura. Dengar-dengar macam tu lah agaknya. Perjalanan diteruskan lagi ke Masjid Darul Ghufran, Tampines  untuk sesi perkongsian "best practise" oleh negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia tentang usaha-usaha membangunkan belia. Pada pandangan saya, negara Brunei dan Indonesia masing-masing mempunyai pendekatan berbeza dalam usaha-usaha membangunkan belia. Kalau di Indonesia lebih menggunakan kemahiran tenaga muda seperti mahasiswa di universitas-universitas. Di Brunei Darussalam kebanyakan berunsur program-program keagamaan. After morning tea break, sesi diteruskan lagi dengan Perkongsian "Memesrakan Masjid Dengan Belia Dan Remaja". Then, we visited kawasan sekeliling Al-Ghufran. Di sinilah pertama sekali, mula membuat facebook.. Haha..masjid ni best.. line internet power.. Kebanyakan masjid di Singapura menyediakan rangkaian internet. Lepas tu, yang menarik seni bina masjid ni.. Macam syarikat besar.. Mula-mula sampai ingatkan pejabat..


Kedatangan disambut dengan paluan kompang.. Fityan Al-Ghufran..

Destinasi seterusnya yang menjadi pilihan adalah Masjid Al-Istighfar, Pasir Ris. Kebetulan hari tersebut adalah sambutan Hari Istighfar dan kami disambut oleh para asatizah masjid dengan meriahnya. Masjid Al-Istighfar ini adalah salah satu masjid yang menjalankan sistem pendidikan Islam separuh masa. Sesi perkongsian ilmu kali ini tentang modul Youth aLIVE ( Learning Islamic Values Everyday ). aLIVE merupakan sistem pendidikan Islam separuh masa. Program ini melibatkan golongan kanak-kanak sehingga dewasa dan dipecahkan kepada 4 kategori. Bermula dari kanak-kanak, mereka akan diajar mengenai Islam, bahasa, kemahiran, budaya dan sebagainya. Kelas untuk golongan remaja dan belia pula adalah berbeza. Masjid ini memainkan peranan penting sebagai institusi pendidikan umat Islam di Singapura.



Masjid Al-Istighfar, Singapura


aL.I.V.E memberi penekanan semua aspek kehidupan misalnya budaya

Kelas TEEN-aL.I.V.E untuk golongan remaja

Seterusnya, ada aktiviti riadah.. hehe..kira hebat nie..kira wakil Malaysia riadah main bowling.. hehe walaupun tak jadi pemain bowling yang famous.. Rentap Bowling antara 4 buah negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura di Safra Yishun, Teluk Blangah Road.. After that, apa lagi, makan malam.. Makan lagi.. lepas tu ada sesi rumusan program selama berada di Singapura. Banyak perkara yang dibincangkan termasuk perjalanan ke Malaysia pada esok hari.

9 Ogos 2009, Ahad
Hari terakhir di Singapura dan bersiap-siap untuk check out dari NACLI atau nama glamour nya Pasir Panjang. Sejarah ringkas, Pasir Panjang berkait dengan Leftenan Adnan seorang askar Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Akhirnya, hari ini saya balik Malaysia. Journey di Malaysia pula lepas ni. Saya rindukan Malaysia, Sarawak..tanah airku..

Sebelum flag off semua siapkan siri terlebih dahulu untuk sesi dengan Menteri. Alhamdulillah, berpeluang untuk berbicara secara dekat dengan Menteri Hal Ehwal Islam Singapura, Dr Yaacob Ibrahim. Perkongsian  video turut diselingkan dengan pembentangan dan perkongsian  dari setiap negara oleh deligasi sendiri. Selepas sarapan, semua peserta bergambar kenangan di akademi MUIS sebelum flag off. Flag off dilakukan oleh Dr Yaacob Ibrahim. Maka bermulalah perjalanan Bas Belia MABIMS ke Malaysia.

Bergambar before flag off


Tamat sehingga di sini sahaja perjalanan saya selama di Singapura.. To be continue in Malaysia. Ke mana saya akan pergi selepas ini ??? Tunggu dan lihat.....

Alhamdulillah, sambungan hala tuju saya dan rakan-rakan MABIMS selepas flag off dari MUIS, akhirnya perlahan-lahan bas bergerak meninggalkan Kota Singa. Akan saya kenang dengan baik segala kenangan dan ilmu yang saya peroleh selama berada di Singapura. Pada tengah hari, Bas Belia MABIMS akhirnya selamat tiba di Kompleks Islam, Johor Bahru. Kedatangan kami disambut dengan paluan kompang dan silat. Ya..finally I'm arrived in Malaysia. My country... as I'm A.D.A.M.. Aku Darah Anak Malaysia. I'm proud to be Malaysian. After having some food.. masakan Johor.. then we performed Zohor and Asar prayer in Masjid Sultan Abu Bakar Johor. Ya.. I'm happy to see the beautiful scenery. Then, our next destination is Melaka.. Ya.. Melaka Bandaraya Bersejarah..

We arrived at Masjid Al-Adzim, Melaka. Ya I can see Melaka city.. It's beautiful.. There's A'Famosa, Crocodile Farm, Zoo..wow.. so many interesting places in Melaka to visited.. But.. deep in my heart, actually I want to see Adawiyah.. for the last day, before I gone to Singapore.. I can't meet her.. What a very sad story.. like what Kak Laili said.. I can't see her anymore. His father become angry with her.. as she tried to run away from his family. Ya.. what a poor girl..





























Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

4 orang sayang saya:

RaFezza said...

Terlalu banyak untuk diceritakan. Cukuplah sekadar saya berkongsi sedikit kenangan manis ini untuk saya abadikan dalam catatan saya sendiri. Sekiranya, terdapat perkara yang tidak menyenangkan dalam catatan ini sewaktu anda membacanya, saya mohon maaf.

vico panas said...

as salam kak.. nk apply IKMAS yar mesti namiak SMKA kah?mun xda basic gney o xpatkah?

Rafezza Fetheri said...

Wsalam.. sik semestinya biak SMKA jk bleh apply IKMAS. yg sekolah biasa bleh juak. tp sik dpt ambik diploma mesti ambik persijilan asas Islam (PERAPI). Mun mok ambik diploma juak kenak la ambik Bahasa Arab SPM luar.

vico panas said...

@Rafezza Fetheri adoe..xpa lah xda rezeki kmk kali rah ikmas.. nyesal ada juak dolok xmauk masuk smka dolok..nasi dah jadi bubur..kmk tauk basic arab jak nok sekolah rndah..syg kmk xteruskn dolok.. :) kmk belajar pun bukan aliran n sekolah yg diminat..ada hikmah kali eyh.makaseh o atas penerangan yar

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...