Monday, December 20, 2010

MABIMS Tangani Gejala Ancam Akidah Ummah

Malaysia Syor Kukuh Jati Diri Muslim Elak Salah Faham Agama


Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura ( MABIMS ) yang dijadualkan pada kali ini memberi penekanan kepada usaha menghindari gejala negatif yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata fahaman pluralisme, liberalisme, yang didukung beberapa kelompok Islam didapati berbahaya terutama apabila menyentuh soal akidah sehingga menyebabkan muncul perasaan fanatik.


Katanya, perjumpaan anggota MABIMS akan meletakkan asas perbincangan lebih konkrit bagi memastikan ancaman aspek fahaman umat Islam dapat ditangani secara bersepadu sebelum kesan penyebarannya meningkat ke tahap lebih ekstrem. " Selain peranan MABIMS dalam melaksanakan kerjasama serantau dan membina silaturrahim empat negara, perjumpaan tahunan juga akan dimanfaatkan untuk membincangkan isu semasa yang memerlukan tumpuan negara anggota."


"Penyebaran fahaman yang bercanggah dan menyentuh persoalan akidah membimbangkan kita terutama membabitkan kelompok yang merasakan mereka di pihak yang benar," katanya. Beliau berkata Malaysia akan mencadangkan pendekatan bersifat dalaman iaitu membina jati diri umat Islam, sementara pendekatan luaran pula ialah sesi memberi penjelasan mengenai fahaman salah itu serta kesannya kepada umat Islam.


Penganjuran seminar serta kursus juga dilihat sebagai kaedah memperbaiki kelompok berkenaan supaya tidak terikat dengan fahaman salah yang akhirnya membawa kepada tindakan atau perbuatan melampau. Jamil Khir berkata, semua wakil MABIMS membincangkan perkara itu secara terbuka kerana ia menjadi masalah kepada semua dan tanggungjawab mereka mendedahkan salah silap fahaman yang boleh menggugat ketenangan umat Islam sejagat.


"Ini sudah menjadi budaya MABIMS untuk setiap negara menjalinkan kerjasama dalam perkara yang membabitkan Islam dan perkara yang mempunyai nilai untuk dikongsi bersama. Apa juga rumusan daripada perbincangan adalah demi kebaikan umat Islam semua," katanya. Pertemuan itu juga meneruskan kerjasama yang dibuat secara dekat untuk pembangunan masjid, isu berkaitan penentuan anak bulan bagi menetapkan tarikh Ramadhan dan Aidilfitri, zakat dan usaha membangunkan aktiviti agama.




Ulasan Dato' Jamil Khir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri


Berdasarkan isu perbincangan yang dilaksanakan oleh anggota MABIMS, tidak dinafikan bahawa permasalahan akidah yang bercanggah kini menarik perhatian pada zaman ini. Bahkan bukan sahaja pada masa kini. Kalau kita kembali kepada sejarah Islam di mana pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin sewaktu pemerintahan Saidina Abu Bakar a.s yang berusaha berjuang untuk menentang kemunculan golongan Ar-Riddah dan mereka yang enggan membayar zakat. Pada masa itu juga, telah banyak kemunculan nabi-nabi palsu sebaik sahaja wafatnya junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Maka keadaan tersebut tidak jauh bezanya dengan dunia akhir zaman hari ini, kerana munculnya pelbagai ajaran sesat yang dibawa oleh golongan  tertentu.


Sehubungan itu, sebagai salah seorang anggota Bas Belai MABIMS 2009, saya mengharapkan bukan sahaja perbincangan ilmiah ini dapat diteruskan tetapi saya berharap agar usaha dialog berterusan juga perlu dipertingkatkan sebagai method untuk menjelaskan silap faham yang boleh membawa kepada ajaran Islam yang salah. Melalui kaedah ini, pihak yang terbabit dapat kita bimbing ke arah ajaran Islam yang diredhai. Secara tidak langsung, dialog ini akan membentuk kefahaman dan jati diri dalam diri seorang Muslim supaya mempertahankan aqidah Islam.

















Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

0 orang sayang saya:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...