Sunday, December 19, 2010

Hadiah Buat Ayah Dan Ibu Tercinta

Sempena tahun baru Hijrah ini, aku membuka tirai tahun baru ku dengan penulisan dalam blog ini. Sebelum lebih jauh aku memulakan thariq kehidupanku biarlah ku perkenalkan serba sedikit mengenai kehidupan ku dan thariq yang telah ku tempuh selama 21 tahun ini. Man Ana ??? Siapa saya ??? Aku adalah insan.. Insan yang sederhana.. Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala aku masih bernafas di atas bumi Allah ini. Syukur pada Allah Taala kerana telah mengurniakan aku sebuah keluarga, biarpun sederhana namun atas thariq hidup yang telah ditetapkan oleh Allah Taala sebenarnya sedikit sebanyak telah banyak mengajar aku erti untuk menghargai kehidupan yang aku kecapi sekarang. 


Aku anak sulung daripada empat orang adik-beradik yang dibesarkan dengan penuh kasih dan sayang oleh kedua Walidaini dalam sebuah keluarga yang sederhana. Aku dilahirkan di Kuching, Sarawak. Ya.. dilahirkan di Tanah Borneo.. Dan kini aku menuntut ilmu di sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terletak di selatan tanah air Semenanjung Malaysia. Syukur pada Allah Taala kerana dengan izinNya dan Doa Walidaini akhirnya aku berjaya menentukan sendiri thariq yang aku kehendaki dalam hidup ini. Thariq fi Sabilillah..

Ayah dan ibu terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan. Semoga anakmu ini menjadi anak yang solehah serta hamba yang taat kepada perintah Allah dan Rasul. Dan daripada pelbagai kejayaan yang telah ku kecapi semenjak kecil sehingga kini, Alhamdulillah tahun ini aku telah berjaya mencipta kejayaan yang amat gemilang untuk ku hadiahkan kepada ayah dan ibuku. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah Taala telah mengurniakan nikmat yang sangat besar tanggal 12 JULAI 2010 sempena Konvokesyen IKMAS kE-8. Aku menginsafi bahawa Anugerah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tidak akan aku peroleh tanpa izini darinya.


Alhamdulillah.. Al-Falah
Ayahanda Fetheri Bin Kipli dan Ibunda Rajemah Binti Amit, sesungguhnya mereka adalah tunjang kepada kejayaan ku. Aku menyedari betapa ayah dan ibu tercinta telah banyak memberikan dorongan kepada kami adik-beradik untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup bukan hanya mengejar dunia semata-mata tetapi thariq ke akhirat sebagai pedoman hidup berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dan nikmat Iman serta Islam.


Hadiah Buat Ratu Hatiku
Hadiah Buat Ayah Tersayang

Masih segar di ingatanku, ketika ku berucap di atas pentas di hadapan ratusan hadirin sempena majlis konvokesyen yang lalu, perasaan sebak dalam diriku tidak dapat digambarkan. Bermacam-macam perasaan ku rasakan ketika berdiri di hadapan pentas sewaktu MC membacakan biodataku sebelum menerima anugerah tersebut. Kakiku menggeletar. Aku tahu, ayah dan ibuku menangis di bawah pentas sana. Mereka tidak menyangka dengan HADIAH yang aku janjikan untuk mereka pada waktu itu. Walhal, sekarang.. ketika menaip penulisan ini..mataku bergenang air mata. Ku tahu ayah dan ibu meletakkan harapan yang tinggi padaku. Aku terkilan dan jauh di sudut hatiku, aku bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah Taala ini. Terima kasih juga aku ucapkan kepada keluarga angkatku yang datang jauh semata-mata untuk meraikan kejayaan diriku dan rakan-rakan.


Syukran Mummy & Izah


Ayah Karim Dan Mak Memah
Bagiku, setiap orang boleh berjaya jika dirinya percaya bahawa dirinya mahu berjaya. Bahkan Nabi S.A.W pernah bersabda sebagai galakan kepada umatnya agar tekun dalam melakukan sesuatu sebagaimana sabdanya yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah Taala mengasihi seseorang daripada kamu, apabila ia melakukan sesuatu urusan maka dilakukannya dengan tekun."

Bahkan Allah Taala berfirman, " Hendaklah ada satu golongan dari kalangan mereka yang mendalami ilmu agama dan apabila mereka pulang kepada masyarakatnya, mereka memberikan peringatan kepada masyarakatnya, mudah-mudahan mereka beroleh peringatan." Dan aku mengharapkan sebagai pemegang amanah yang telah mendalami ilmu agama, aku mengharapkan akhlak dan penampilanku seiring dengan ilmu yang dimiliki. Seperti yang dinyatakan oleh Saidina Uthman bahawa orang menuntut ilmu adalah sukar untuk mendalami ilmu daripada meniti sehelai rambut.


Kerana kesukaran itu, aku terbayangkan saat ketika aku mula menjejakkan kaki di IKMAS. Masih segar diingatanku, pada awalnya aku enggan memasuki IKMAS sehinggakan mengalir air mataku kerana kecewa teramat sangat kerana ayah dan ibu tidak membenarkan aku menyambung pengajian di tempat lain disebabkan beberapa masalah. Aku menjadi marah pada ketika itu yang ku pendamkan sahaja di dalam hati.

Pada mulanya, aku tidak bersungguh dalam menuntut ilmu setelah aku kecewa. Namun, banyak kali aku fikirkan dan muhasabah diri..serta meminta nasihat daripada teman, sahabat dan pensyarah. Dan perkara pertama aku lakukan adalah membetulkan niat ketika menuntut ilmu. Baru kini aku sedar, rupa-rupanya di sebalik setiap yang berlaku adalah rahmat dan hikmah dari Allah Taala. Alhamdulillah, sepanjang belajar dan melalui proses belajar akhirnya aku sedar ilmu itu hanya akan menjadi seronok untuk dipelajari jika kita benar-benar menginginkannya dan menghayati ilmu tersebut. Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang ada, akhirnya........

Alhamdulillah,
Aku dikurniakan rezeki dari Allah Taala,
Aku sampai ke Hadiqah Ilmu yang aku impikan.



Dan aku berjanji tidak akan aku ulangi kesilapan yang lalu.
Kejayaan lalu yang ku kecapi hanyalah persinggahan dan cetusan pembakar semangat,
Untuk aku terus melangkah melalui thariq kehidupan di masa hadapan.
Kerana aku menemukan Thariq Kehidupanku dan...
Aku yakin dengan tindakanku.


Ku coretkan pengalaman berharga yang ku peroleh ini sekadar menjadi kenangan indah yang telah aku cipta dalam hidup untuk ku hadiahkan khas buat ayah dan ibu yang tercinta. Selain itu, sebagai pengajaran buat diriku sendiri. Jangan telalu memilih dalam hidup, tetapi hargai dan manfaatkan peluang di depan mata. Paling penting, doa dan restu Walidaini membawa kebahagiaan dalam hidupku. Dan kesempatan ini juga ku ambil untuk ku zahirkan ucapan syukran buat semua yang telah banyak memberikan sokongan kepada ku terutama sahabiey Khirunnisa' Binti Husbi, Nabilah Binti Morsidi, Afiqah Binti Mustapa, Faten Khalilah and the GenG.. tidak lupa kepada semua beloved sisters Radhiah Binti Bujang, Noraniza Binti Latif, Noraini Binti Latif, Mastura Binti Mohd Ali, Sh Noorhidayah Wan Morshidi serta sahabat-sahabat lain sepanjang berada di IKMAS.


Bersama Dik Fiqah, Nabilah & Faten..Anis yg cute


Kenangan Bersama Sahabiey.. Afiqah Binti Mustapa
Kebenaran dalam Al-Quran itu terserlah dan bila aku membaca ayat 216 Surah Al-Baqarah..lalu..firman Allah Taala itu menjadi panduan untuk aku beringat selalu, "...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." 


Dan ingatlah thariq kehidupan ada di hadapan kita. Maka pilihan kita hari ini terhadap perkara yang kita suka tidak semestinya mendatangkan kebaikan buat kita, bahkan sebenarnya.. perkara yang kita tidak suka itu sebaliknya mendatangkan seribu satu maslahah dan hikmah buat kita. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Besar. Allahu Akhbar.

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

1 orang sayang saya:

RaFezza said...

Cuma sedih x sempat nk merakamkan saat indah kita bersama ... nieys, afiqah, nabilah... x sempat nk bgmbr.. =(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...