Tuesday, January 17, 2017

Permata Bumi Kenyalang



11 Januari 2017 

Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali
Tok Nan, Tan Sri AdenaN Satem 
'Apai' yang kami sayangi 
Telah kembali ke rahmatullah 
Dipinjamkan seketika kepada kami 
Di saat kami masih memerlukannya
Ternyata pemergian dirinya 
Membuatkan kami berasa hiba 
Namun 
Kami akur atas ketentuan ini
Moga roh Allahyarham Tok Nan sentiasa dicucuri rahmat 
Ditempatkan bersama-sama dengan golongan yang beriman dan beramal soleh 
Sungguh kami berasa bangga terhadap perjuangan Tok Nan semasa hayatnya 
Terima kasih Tok Nan 
Sebagai rakyat Sarawak betapa beruntungnya kami mempunyai pemimpin seperti 
Tok Nan. 
Kami mengharapkan moga legasi pemerintahan Tok Nan 
Untuk memajukan Sarawak dapat diteruskan oleh pemimpin seterusnya 
Tahniah Abang Jo atas perlantikan beliau sebagai CM Sarawak yang baru.

Al-Fatihah 
Tok Nan dalam kenangan
Kami sayang Tok Nan
Permata Bumi Kenyalang





Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Monday, January 9, 2017

Sehingga Ke Hari Ini


1st January 2017
Alhamdulillah, syukur hamba panjatkan ke hadrat Illahi kerana masih memanjangkan usia hamba sehingga ke hari ini.

1 Januari 2017. Selamat tahun baru 2017. Moga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Azam hamba pada tahun ini, hamba berusaha untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Usia bertambah lagi, namun semakin pendek umur hamba dan semakin hamba dekat dengan kematian. Entah esok atau lusa, mahupun sekarang, hamba pergi menghadap Illahi. Hamba suka menggunakan perkataan “Hamba” di sini, kerana hamba merasakan hamba lebih dekat kepadaNya. Hamba teringat kepada arwah pak cik hamba, apabila pak cik berdoa minta disembuhkan dari penyakit, antara bait-bait doanya berbunyi, ‘Ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba,”

Justeru, semenjak itu hamba terdetik menggunakan perkataan hamba ini.
Tahun demi tahun, jika dulu hamba kurang bersama al-Quran, sedikit demi sedikit hamba berusaha meluangkan lebih banyak masa untuk membacanya bahkan mentadabbur isi kandungannya. Jika dahulu, kadang-kala hamba perasan hamba solat di akhir waktu. Sedikit demi sedikit hamba berusaha untuk solat di awal waktu. Puasa, hamba gigihkan untuk berpuasa sunat.

Tahun lepas, hamba berazam untuk istiqamah solat sunat taubat setiap malam dan Alhamdulillah, hamba berjaya melakukannya untuk setahun. Kali ini hamba ingin berazam agar hamba dapat berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis untuk setiap minggu dan sepanjang tahun ini. In sha Allah. Hamba berazam agar hamba juga istiqamah untuk melaksanakan segala solat-solat sunat. Hamba zahirkan di sini bukanlah tujuan hamba untuk menunjuk-nunjuk namun sebagai coretan rasa hati hamba semata-mata.

Betapa ... Jika difikirkan teruknya hamba suatu waktu dahulu. Terlalu banyak yang ingin hamba perbaiki dalam diri hamba ini. Andai waktu dapat diputarkan kembali, sudah tentu hamba tidak ingin diri hamba berada di dalam lembah kejahilan dan kehinaan. Namun, siapalah hamba ? Hamba hanya insan yang kerdil lagi lemah tidak berdaya.

Ya Allah,
Apa yang hamba harapkan moga tahun baru 2017 ini membawa lebih banyak kebaikan dan kebahagiaan kepada diri hamba dan orang-orang yang hamba sayangi. Tahun 2016 merupakan tahun kedukaan bagi hamba dan ahli keluarga hamba. Kami kehilangan orang yang kami sayangi. Namun, bukanlah bermakna hamba mengeluh serta tidak akur terhadap segala suratan yang telah Engkau takdirkan Ya Allah. Cuma hamba ingin meminta kepadaMu Ya Allah, moga berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada diri hamba untuk menempuh segala dugaanMu.

Ya Allah,
Hamba memohon dan meminta kepadaMu Ya Allah agar tahun baru 2017 ini juga menjanjikan sinar kebahagiaan dan kebaikan buat diri hamba di dunia dan di akhiratMu.

Ya Allah,
Janganlah Engkau jauhkan hamba daripada akhirat. Janganlah Engkau gelapkan hati hamba dengan dunia.
Ya Allah
Kurniakanlah hamba kejayaan di dunia dan di akhirat.
Berikanlah peluang kepada hamba untuk memperbaiki diri supaya hamba menjadi hamba yang lebih baik daripada sebelumnya.
Berikanlah peluang kepada hamba untuk menjadi hamba yang solehah yang taat mengerjakan segala suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu.
Berikanlah peluang kepada hamba untuk bertaubat sebelum maut menjemput hamba. Kurniakanlah hamba taubat nasuha sebelum maut.
Ya Allah
Jauhkan hamba daripada sebarang sifat-sifat mazmumah dan jadikanlah hamba seorang Muslim yang mempunyai akhlak yang baik
Ya Allah
Jauhkanlah hamba daripada azab api nerakaMu.
Ya Allah
Matikanlah hamba dalam keadaan Husnul Khatimah. Tempatkanlah roh hamba bersama-sama dengan golongan yang beriman dan beramal soleh. Hamba meminta kepadaMu Ya Allah, akhirilah hayat hamba dengan kalimah
La ilaha illallah
Moga hamba terus qawwiy. In sha Allah. 
Sehingga ke hari ini. 

Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Monday, May 16, 2016

Special From Korea

I got these special souvenirs from Eton @ Wan Katrun Nadia. I'm quite into Korea not because of their K-Pop star ( but Running Man is ! ) but for their food. Omo Omo Omo. Thanks eton. 😘😘😘


Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Last Night

Last night
Sleeping is so hard when I can't stop thinking
Everyone makes mistakes
And so do I
I'm just me
Feeling hurt lost and empty
I just don't know what to do
Perhaps I'm the one
At the wrong time and wrong place
Sometimes people don't want to hurt you but they don't realize they already did
Crying is how your heart speaks
When your lips can't explain the pain you feel
Therefore
I lead the way to ask for forgiveness
Even
You did hurt me a lot
Your action tell me
Sometimes,
I may cry over ridiculous things but when I apologize for something I've done
I truly mean it
I knew it was my fault
But the way you act in front of me
I was dismayed too
I cry over too much because I'm really sad
Why can't I understand that not all people are same ?
Yeah ! I'm just me.


Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Wednesday, October 28, 2015

Doaku


Assalamualaikum, 

Syukur Alhamdulillah ya Allah kerana masih mengurniakan umur yang panjang kepadaku. Alhamdulillah terima kasih di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada hambaMu ini. Terima kasih ya Allah kerana membenarkan aku menumpang di duniaMu ini. 

27 OKTOBER 1989

Kini, 27 OKTOBER 2015. Genap 26 tahun usiaku. Terima kasih ibu kerana melahirkan kakak ke dunia ini. Terima kasih ayah di atas segala pengorbanan buat kami anak-anakmu. Ya Allah peliharalah kedua ibu ayahku sebagaimana mereka mengasihani diri kami semenjak kami kecil sehingga dewasa. 

Ya Allah, 
Aku minta kepadamu agar Engkau kurniakan aku iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna serta kehidupan yang dirahmati di dunia dan di akhirat. 

Ya Allah, 
Semoga hari-hari esok merupakan hari-hari yang lebih indah dalam hidupku. Moga dipermudahkan segala urusanku ya Allah. Bantulah hambaMu ini dalam setiap pekerjaan hambaMu. Jadikan hambaMu ini sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau kurniakan serta tidak pernah lupa dan alpa di atas segalanya. Jauhkan aku daripada sebarang sifat mazmumah dan tanamkan lah sifat mahmudah serta nilai kasih sayang dalam diriku. 

Ya Allah, 
Bantulah aku dalam menulis dan menyiapkan kajian disertasi aku ya Allah agar aku dapat menghabiskan sarjana pada tahun hadapan. Itulah impian dan harapanku kini. Aku tahu ibu ayahku begitu mengharapkan aku dapat membantu mereka pada masa akan datang. Maka aku mohon dan minta kepadaMu ya Allah agar Engkau murahkanlah rezeki pekerjaan kepadaku di masa akan datang. Panjangkanlah usia kedua ibu ayahku agar aku pula berpeluang menjaga dan berbakti kepada mereka sehingga hari tua mereka. 

Ya Allah, 
Jadikanlah aku hambaMu yang merasa cukup dengan segala nikmat yang Engkau kurniakan. Maka untuk itu aku berupaya mendidik jiwaku bersyukur selalu. Ya Allah, Engkau berikanlah hidayah, petunjuk dan bimbingan kepada ahli keluargaku agar kami semua dapat menempuh jalan ke syurgaMu. Ya Allah lindungilah semua ahli keluargaku walau di mana mereka berada. Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepada mereka agar mereka sentiasa dekat kepadaMu. 

Ya Allah, 
Aku memohon dan meminta kepadaMu agar Engkau kurniakanlah aku pasangan hidup yang sekufu, taat kepada perintah agamaMu, penyayang dan soleh. Kurniakanlah suami yang soleh dan jadikanlah diri aku wanita solehah milik dirinya. Berikanlah aku peluang untuk menjadi seorang ibu, melahirkan dan membanyakkan zuriat umat Muhammad S.A.W. Sungguh, aku ingin sekali merasai pengalaman itu dalam hidupku. 

Ya Allah, 
Ampunilah segala dosa-dosa hambaMu ini, dosa kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, para pensyarah dan guruku, sahabatku serta sekalian umat Islam. Ya Allah, terimalah taubat hambaMu ini. Janganlah Engkau sesatkan aku setelah aku kembali kepada jalanMu. Matikanlah aku dalam penuh Iman. Berikanlah aku pengakhiran yang baik pada akhir hayatku. Akhirkan hayatku dengan kalimah La Ila Ha Illallah. Jauhkan aku daripada siksa api nerakaMu Ya Allah. Tutupkanlah aibku dan jauhkan aku daripada fitnah kehidupan dunia. Berikanlah peluang untuk aku menerima buku catatanku dengan tangan kananku bukan dengan tangan kiriku. Ya Allah, dekatkan hambaMu ini dengan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W agar aku beroleh syafaatnya kelak di akhirat. Agar bertambah kasih, sayang dan cintaku kepada Muhammad S.A.W. Aar aku berusaha untuk mencontohi akhlak baginda S.A.W. 

Ya Allah
Sekali lagi terima kasih dan alhamdulillah di atas segalanya. Ampunilah hambaMu ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu hamba yang hina ini meminta dan memohon. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan hanya dirimu ya Allah Tuhan sekalian alam. Amin. Amin Ya Rabbal a'lamin. 


27 OKTOBER 2015, 26 TAHUN
14 Muharam 1437 H. 


Thank You For Reading My Entry.♥ it, Please Like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...